Anda di halaman 1dari 78

GGGA1133: PROFESIONALISME KEGURUAN DAN

PEMBANGUNAN INSAN

Kuliah 7b:
STANDARD GURU MALAYSIA
Latar Belakang

 Misi negara - pembangunan modal insan

 Modal insan - jati diri, berketerampilan, berkeperibadian mulia,


berpengetahuan, dan berkemahiran

 Cabaran - globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan,


perkembangan ICT

 Tugas KPM - membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia


mengikut acuan Malaysia
RASIONAL
 Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan,
pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran P&P yang tinggi bagi
membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan

 Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan


yang jelas dan lengkap

 KPM berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan yang


dapat dijadikan showcase

 SGM menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan MQF yang
menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi
TUJUAN

 SGM digubal untuk mengenal pasti:

‣Tahap kompetensi profesional guru dalam aspek:

 Amalan nilai profesionalisme keguruan

 Pengetahuan dan kefahaman

 Kemahiran pengajaran dan pembelajaran

 Keperluan latihan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi
menjamin tahap kompetensi profesional guru yang ditetapkan tercapai

•SGM dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambah
baik.
SGM
Menggariskan kompetensi profesional keguruan yang patut

dicapai oleh guru (Standard), dan Keperluan yang patut

disediakan oleh agensi & institusi latihan perguruan bagi

membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.


Dokumen SGM

1.
• Standard Guru Malaysia

2.
• Panduan Standard dan Keperluan

3.
• Instrumen Standard dan Keperluan
Proses Penggubalan

 Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan,


praktikal, dan realistik

 Standard dan Keperluan berasaskan dapatan penyelidikan

 Penandaarasan amalan terbaik latihan guru di luar negara

 Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif dengan


pihak-pihak berkepentingan
RUJUKAN

 Teacher Training Agency, London, United Kingdom

 Training and Development Agency, London

 Teachers Council, New Zealand

 IPTA

 Jabatan/Bahagian KPM - Jemaah Nazir Sekolah, Institut Aminuddin Baki, Pusat


Perkembangan Kurikulum, Bahagian Sekolah, Bahagian Sumber manusia, BTP, EPRD

 Kongres Kesatuan Guru

 Majlis Pengetua/Guru Besar


PENGGUNAAN

Pengurus &
Agensi Latihan
Pentadbir Guru Besar &
Guru Pensyarah Perguruan
Institusi Pengetua
Refleksi kendiri Refleksi kendiri, Memantau
Memantau dan Sekolah
prestasi memantau, Memantau dan Standard &
menambah baik
pencapaian membimbing menambah baik Keperluan dan
Standard Standard & mengkaji semula
Keperluan Standard
dasar
KERANGKA SGM
STANDARD 1
AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN
Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

Usaha untuk membentuk guru yang:

Memiliki towering personaliti

Mempunyai world view yang positif


Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
3 Domain Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
STANDARD 2:
PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN
STANDARD 2:
PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN
 Memperincikan kompetensi yang patut dimiliki oleh seorang guru iaitu menguasai ilmu
pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan
kokurikulum.
 Guru harus memiliki dan menguasai segala ilmu terhadap matapelajaran agar dapat
meningkatkan profesionalisme keguruan serta dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan
berkesan (Syed Ismail & Ahmad Subki 2010).
 Guru juga perlu berfikiran dengan lebih kreatif dan inovatif seiring dengan pembelajaran
abad ke 21. Guru yang efektif perlu mempunyai kesediaan dan tahap pengetahuan yang
tinggi terhadap apa yang telah digariskan dalam SGM ini.
 Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru adalah kemahiran berfikir di mana
kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid perlu diberi penekanan. Ini selari
dengan arus kemodenan dan perubahan yang sedang dihadapi oleh masyarakat di
Malaysia (Low Suet Fin et.al 2014).
 Seorang guru perlu mempunyai keyakinan diri dan kewibawaan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) bukan hanya dalam bidang guru itu sendiri tetap
mendalami pelbagai bidang ilmu yang lain (Fathiyah 2012).
 Oleh itu, guru perlu menguasai pelbagai disiplin ilmu. Disiplin dalam pendidikan
mengandungi persoalan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai displin ilmu
antara guru dan pelajar dengan tujuan mengubah tingkah laku guru sesuai dengan
kemasyarakatan dan kemampuan untuk menjadi manusia yang berguna (Ishaq Farhan
1989).
 SGM ini juga turut menekankan kefahaman dan penghayatan guru yang jelas tentang
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ingin dicapai untuk menjana pembangunan
modal insan yang seimbang ialah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (Mohd
Fathi et.al 2010).
 Guru juga perlu menguasai kurikulum sekolah. Ini kerana kurikulum memainkan peranan
yang penting dalam perkembangan potensi pelajar dari aspek pengetahuan, kebolehan
dan sikap (Sharifah Alwiyah 1984).
 Standard ini juga menyatakan seorang guru perlu memahami dan mengetahui berkaitan
pengetahuan ikhtisas, kaedah pentaksiran dan penilaian, penyelidikan serta pelbagai
strategi pragmatik bagi membina persekitaran pembelajaran yang berkesan.
rep
K
ean
Bidang
aln
j pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru dalam
n
a
SGM: d
jd
u
ai
n
rn
g
at
an
ke
n
er
a
yp
iaes
ln
r
m
ld
g
u
a
u
al
d
p
a
in
eam
n
jp
d
aep
irn
e
d
l
kg
ia
n
t
ekT
n
o
lo
g
i
M
akl
u
m
atd
an

K
o
m
u
n
ikas
(T
M
K
),m
ed
ia
d
a
n
su
m
b
er
p
en
d
i
d
ikan
d
alm
p
elaks
n
a
n
k
u
riku
lu
m
d
a
n
k
o
ku
rik
u
l
u
m
.

u
g
a
n
er
tm
a
u
b
n
ka
n
p
m
g
e
ekm
n
ab
an
e
m
n
l
b
ya
aj
h
a
sr
b
ea
acn
ia
kry
a
an
1) Pengetahuan dan kefahaman falsafah, matlamat dan objektif
pendidikan

Matlamat dan
FPK Objektif
Pendidikan

Perancangan dan
Pelaksanaan Nilai
Aktiviti
1) Pengetahuan dan kefahaman falsafah, matlamat dan objektif pendidikan

 Guru perlu mengetahui, memahami dan menghayati FPK dan mengaplikasikannya ke dalam
perancangan PdP. FPK menjadi teras dalam guru melaksanakan program dan aktiviti pendidikan.

 Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan
untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan
matlamat pendidikan Negara (KPM,2001).

 Guru perlu mengetahui dan memahami matlamat dan objektif pendidikan. Matlamat pendidikan
di Malaysia adalah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara
Malaysia yang baik dan berguna (Mohd Fathi et.al 2010).

 Manakala menurut perspektif Islam, tujuan dan matlamat pendidikan adalah untuk membentuk
akidah, sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah untuk
membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara bagi mencapai keredaan Allah (Hasan
Langgulung, 1986).
 Darisegi pelaksanaan pendidikan, guru perlu memahami nilai-nilai
pendidikan berasaskan Rukun Negara, Tonggak Dua Belas, Nilai dan
Etika Perkhidmatan Awam, Tatasusila Profesion Keguruan, Pelan
Integriti Nasional dan Dasar Pendidikan Negara.
 Guru perlu memahami keperluan dan strategi penerapan dan
penyerapan nilai pendidikan dalam pelaksanaan program, aktiviti
serta prosese PdP.

 Bidang kokurikulum pula, guru perlu memahami dan menghayati


konsep 4K:
1) Kemahiran asas
2) Kepegawaian
3) Kejurulatihan
4) Kepengelolaan
2) Pengetahuan dan Kefahaman falsafah, matlamat, objektif kurikulum
dan kokurikulum, hasil pembelajaran dan keperluan PdP.

Menterjemah Menterjemah
falsafah matlamat dan
kurikulum objektif

Penggunaan
Penggunaan
 Falsafah dan matlamat dalam kurikulum ini menjadi panduan kepada guru dalam
merancang dan melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum dalam
mencapai hasil pembelajaran yang berkesan.

 Guru perlu mengetahui dan memahami falsafah Kurikulum Bersepadu Sekolah


Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam PdP.
Kini KBSR ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun
2011 dan KBSM ditukar kepada Kokurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
yang akan bermula pada tahun 2017.

 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan


unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara
menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan
mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan
pengetahuan pada abad ke-21 (Dayana et.al 2014).
BUKU PENERANGAN KSSM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
 Terdapatpelbagai pendekatan strategi PdP yang perlu diketahui dan
difahami oleh guru. Antaranya ialah:

1) Pembelajaran Masteri ialah pendekatan PdP yang berfokuskan


penguasaan pelajar dalam sesuatu perkara yang diajar (Zamri 2012).

2) Pembelajaran Koperatif ialah strategi pembelajaran yang


melibatkan kumpulan-kumpulan kecil di mana pelajar bekerjasama
antara satu sama lain sambil dipantau oleh guru (Noor Shah 2002).

3) Kecerdasan Pelbagai ialah pendekatan yang digunakan oleh guru


dalam membuat perancangan PdP yang lebih berkesan untuk
perkembangan diri setiap murid (Shafee et.al 2009).
4) Kajian Masa Depan ialah merupakan strategi
secara saintifik yang dibina untuk menambahkan
keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai
cabaran hidup dan membuat keputusan.

5) Pembelajaran Konstruktivisme ialah kaedah


pembelajaran merupakan hasil daripada usaha
murid itu sendiri dari pengalaman sedia ada mereka
dan bukan dipindahkan daripada guru kepada murid
(Syahida Nadia 2015).
6) Pembelajaran Kontekstual ialah pendekatan yang
dilaksanakan dengan menggunakan lima strategi seperti
yang dinyatakan oleh Crawford (2001): strategi menghubung
kait, mengalami, menggunakan, bekerjasama dan
memindahkan. Tujuan kelima-lima strategi ini digunakan
supaya pengajaran guru memberi penekanan terhadap
perhubungan antara konsep mata pelajaran dengan situasi
kehidupan sebenar (Zurida et.al 2005).
Guru perlu mengetahui dan memahami serta
mengaplikasikan kemahiran generik dalam pelaksanaan PdP:

1) Kemahiran Belajar
2) Kemahiran Berfikir
3) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4) Kemahiran Pemudah Cara
5) Kemahiran Mentaksir dan Menilai
 Konsep kemahiran generik telah diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan dalam beberapa mata pelajaran dan juga program (PPK
1999). Perubahan ini adalah perlu kerana setiap perubahan yang berlaku
adalah untuk memberi satu bentuk pendidikan yang berkualiti dan
bermakna kepada pelajar. Misalnya, FPK yang digubal mempunyai
matlamat ingin menghasilkan warganegara yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran negara (Abu Bakar & Ikhsan 2003).

 Kemahiran generik ini adalah sesuatu yang realistik dan penting untuk
dibangunkan dan ditaksir. Kemahiran-kemahiran ini sangat diperlukan
oleh semua sektor untuk menjadikan pelajar dan pekerja lebih efektif
dan berkesan (Rodiah, Siti Rahayah & Noriah 2008)
3) Pengetahuan dan Kefahaman Mata Pelajaran

Penggunaan
sukatan pelajaran
Isi
dalam perancangan Kandungan

Strategi
penyerapan dan
Perkembanga
penggabungjalinan n terkini
 Peranan utama guru adalah untuk membantu murid meningkatkan pengetahuan
dan kefahaman dalam mata pelajaran yang dipelajari.
 Guru juga berperanan sebagai pembimbing, menggunakan bahasa yang sesuai
dalam pengajaran dan pembelajaran, mengambil tindakan penambahbaikan
kepada amalan kendiri (Low Suet Fin et.al 2014).
 Jadi guru perlu menguasai kandungan mata pelajaran yang meliputi aspek ilmu,
kemahiran dan nilai selaras dengan kehendak kurikulum.
 Ini membolehkan guru merancang, menyediakan dan menyusun pengalaman
pembelajaran yang sesuai serta bertindak balas terhadap masalah pembelajaran
dan keperluan murid.
 Proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu proses yang melibatkan
interaksi guru dengan murid. Berkesannya pengajaran guru hanyalah bergantung
kepada bagaimana guru dapat menyesuaikan diri dan memahami masalah
pembelajaran murid (Azizi et.al 2101).
 Guru juga perlu mengetahui dan memahami perkembangan terkini mata
pelajaran serta menghubungkannya dengan kehidupan seharian murid.
4) Kandungan ilmu pendidikan

Perkembanga
Refleksi PdP
n murid

Teori dan Pentaksiran


Strategik PdP dan Penilaian
 Ilmu pendidikan merangkumi pedagogi, psikologi, sosiologi, bimbingan dan kaunseling yang menjadi
teras kepada perkembangan ikhtisas guru.
 Ilmu psikologi membolehkan guru memahami tahap perkembangan murid serta faktor yang
mempengaruhinya.
 Ilmu pedagogi pula membolehkan guru mengetahui pelbagai kaedah mengajar dan disesuaikan
dengan kepelbagaian murid, mata pelajaran yang diajar serta keperluan pembangunan potensi
murid.
 Menurut Abdul Razaq et.al (2010), kepelbagaian murid ialah asas untuk menginklusifkan sekolah
supaya keperluan semua murid dapat diberi layanan untuk mengoptimumkan pembelajaran mereka.
 Pengetahuan dalam aspek-aspek ini bukan sahaja hanya untuk mengajar murid normal tetapi juga
untuk murid kurang upaya. Boer et. al (2011) menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada
murid kurang upaya di sekolah-sekolah biasa merupakan indikator bahawa satu perkembangan
pendidikan telah berlangsung dengan baik.
 Sehubungan dengan itu, guru perlu bersedia dan mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk
mendidik golongan ini. Kejayaan dan keberkesanan pengajaran guru kepada murid kurang upaya
bergantung kepada ilmu yang telah diperoleh ketika menjalani latihan di samping mempunyai sikap
yang positif terhadap golongan ini (Loreman et.al 2005).
 Oleh itu, guru perlu memahami strategi pentaksiran dan penilaian bagi mengukur pencapaian murid
dan mengambil tindakan susulan.
 Pengetahuan dan kefahaman sosiologi pendidikan membolehkan guru
memahami pengaruh latar belakang dan persekitaran murid terhadap
pembelajaran. Ini dapat membantu guru mewujudkan suasana bilik darjah
yang kondusif serta dapat membina hubungan komuniti dan peka terhadap
kepelbagaian budaya serta pengaruhnya terhadap PdP (Azwani & Zahara
2009).
 Guru juga perlu mengetahui dan memahami Pendidikan di Malaysia dari
aspek sejarah perkembangan pendidikan, pembentukan FPK, FPG dan
implikasinya terhadap peranan profesional guru serta cabaran yang perlu
dihadapi. Ini membolehkan guru membuat refleksi dalam PdP .
 Melalui bimbingan dan kaunseling turut membantu guru merancang dan
melaksanakan pelbagai program dalam perkembangan potensi murid serta
guru berperanan sebagai pembimbing dalam menangani masalah murid.
 Dalam bidang kokurikulum pula dapat membantu guru dalam mengenal
pasti minat dan bakat yang perlu dikembangkan.
5) Pengetahuan dan Kefahaman Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Sumber Pendidikan

Kriteria pemilihan dan


Pengintegrasian TMK Etika penggunaan TMK
penggunaan sumber
 Selaras dengan perkembangan teknologi pada masas kini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau Information Communication
Technology (ICT) yang merupakan kompenan yang penting dalam pendidikan pada alaf 21 (Nor Izah
& Norazah 2008).

 Oleh itu, guru di alaf 21 ini perlu celik teknologi supaya mereka dapat menggunakan pelbagai
sumber dan media untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik.

 Sehubungan dengan itu, guru perlu mempunyai kemahiran dalam penggunaan multimedia ini dalam
pembelajaran dan pengajaran. Guru perlu menggalakkan murid untuk berinteraksi menggunakan ICT
supaya pembelajaran berkesan boleh berlaku (Low Suet Fin et.al 2014).

 Selain daripada boleh menggalakkan interaksi, penggunaan ICT juga dapat memberi peluang kepada
pelajar untuk meneroka ilmu secara berdikari. Penggunaan pelbagai sumber serta ICT dalam
pembelajaran dan pengajaran dapat meningkatkan kemahiran murid untuk membuat penaakulan
serta mengamalkan pemikiran aras tinggi (Mc Clain & Cobb, 2001; Kirkwood, 2000).

 Guru berperanan mengikuti perkembangan TMK yang sentiasa berubah dan mengaplikasinya dalam
PdP serta memahami etika penggunaan TMK. Ini menunjukkan bahawa pengetahuan dan kemahiran
guru dalam penggunaan teknologi amat penting dalam mendidik generasi masa kini.
6) Pengetahuan dan Kefahaman Strategi untuk Mewujudkan Persekitaran Pembelajaran

Suasana Bersih dan


selamat ceria

Penyusunan
Kerjasama dan
murid dan
 Persekitaran pembelajaran yang kondusif dari aspek fizikal, sosial dan budaya banyak membantu
murid untuk belajar dalam keadaan yang selesa dan menyeronokkan serta berkesan.
 Persekitaran pembelajaran adalah merujuk kepada ruang yang diperuntukkan untuk pembelajaran
sama ada bilik darjah, makmal sains, kawasan lapang ataupun pejabat (Tessmer & Harris 1992).
 Ia merupakan tempat di mana pembelajaran berlaku sama ada dalam konteks sosial, psikologikal
mahupun pedagogikal yang seterusnya mempengaruhi pencapaian dan sikap pelajar (Fraser 1998).
 Oleh itu, guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat serta menggalakkan
kreativiti, daya usaha dan pemikiran terbuka murid. Guru juga perlu mewujudkan bilik darjah yang
bersih dan ceria serta dapat memupuk hubungan interpersonal yang positif.
 Ini menunjukkan kecekapan guru dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan
seterusnya merancang strategi untuk meningkatkan kualiti persekitaran pembelajaran yang sedia
ada (Che Nidzam et.al 2010).
7) Pengetahuan dan Kefahaman Pentaksiran dan Penilaian serta Penyelidikan Tindakan

Kaedah Pembinaan
pentaksiran dan instrumen
penilaian berkualiti

Memahami Program
murid Intervensi
 Guru berperanan dalam merancang dan menyepadukan aktiviti
pentaksiran dan penilaian dalam PdP. Tujuannya ialah untuk
mengesan penguasaan dan kemajuan pembelajaran, mengenalpasti
kesukaran pembelajaran serta keberkesanan pengajaran guru
terhadap murid.
 Dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah ini, para guru
adalah pemangkin dalam menentukan kejayaan pada keseluruhan
proses (Chan Yuen Fook et.al 2012).
 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu transformasi
dalam sistem penilaian pendidikan yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Norsyuhada 2013).
 Salah satu komponen PBS dalam bidang akademik adalah Penaksiran Sekolah
(PS). PS adalah komponen utama dalam proses PdP kerana berperanan
mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta
mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan.
 Oleh itu, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang jelas
dalam menganalisis maklumat pentaksiran. Ini membolehkan guru membuat
keputusan yang mempunyai ciri kesahan dan kebolehpercayaan yang
berkaitan dengan pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru.
 Penyelidikan tindakan amat berguna kepada guru terutama dalam aspek
refleksi kendiri guru, penambahbaikan dan proses pembelajaran berterusan
yang boleh meningkatkan amalan pengajaran guru (Sax & Fisher, 2001).
 Proses pembelajaran yang berlaku ketika melakukan penyelidikan tindakan
boleh membawa kepada perubahan yang positif dalam pedagogi, cara berfikir
dan tahap keyakinan guru (Low Suet Fin et.al 2014).
7) Pengetahuan dan Kefahaman Pengembangan Potensi
Murid

Program
Perbezaan
pengembangan
murid potensi murid

Penggunaan 4K
untuk meningkat
 Guru perlu menyediakan pelbagai peluang bagi mengenal pasti dan
mengembangkan potensi murid yang berbeza dari segi kecerdasan, kecergasan,
persepsi, gaya pembelajaran dan tahap pencapaian.
 Oleh itu, guru dapat merancang dan melaksanakan PdP serta aktiviti pendidikan
dengan lebih berkesan bagi mengembangkan potensi murid secara menyeluruh
dan bersepadu.
 Dalam pengurusan kokurikulum, guru perlu mengetahui dan memahami
kemahiran tentang kejurulatihan dan kepegawaian untuk mengenalpasti potensi
murid dan mengambil tindakan susulan.
 Komitmen guru-guru seperti ini amat diperlukan jika Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang mahukan individu dikembangkan secara bersepadu
dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis supaya mereka berilmu,
berpengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negaradi realisasikan
(Mohamad Najib & Jamaliah 2011).
STANDARD 3
KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
STANDARD 3 KEMAHIRAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
S3.1 Menyediakan
S3.2 Melaksanakan
perancangan
pengajaran dan
pengajaran dan
pembelajaran pembelajaran

S3.3 Memantau,
S3.4 Mengurus
mentaksir dan
S3.1 KEMAHIRAN MENYEDIAKAN PERANCANGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Rancangan Rancangan Rancangan Rancangan


Pengajaran Kokurikulu Pengajaran Kokurikulu
Tahunan m Tahunan Harian m Harian
Sukatan Garis Objektif, Objektif, kos,
pelajaran, panduan aktiviti, prosedur,
Takwim pelaksanaan sumber, keselamatan
persekolaha kokurikulum pentaksiran , surat rasmi,
n , Takwim dan penilaian maklumat
badan program
kokurikulum
S3.2 KEMAHIRAN MELAKSANAKAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penyesuaian strategi pengajaran dan pembelajaran

Mengintegrasikan kemahiran generik

Memainkan peranan sebagai penyampai ilmu, pemudah cara, pengurus dan pemimpin pembelajaran

Membuat pemilihan, penyediaan dan pengurusan bahan sumber

Menjalankan aktiviti latihan bercorak pengayaan dan pemulihan

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Penguasaan kemahiran asas 4K


S3.3 KEMAHIRAN MEMANTAU,
MENTAKSIR DAN MENILAI
Menggunakan Menganalisis data
pelbagai kaedah untuk pemantauan,
menilai perkembangan pentaksiran dan
pembelajaran murid penilaian

Membimbing Merekodkan
murid membuat pencapaian murid
S3.4 KEMAHIRAN MENGURUS BILIK
DARJAH
Mengurus disiplin murid

Melaksanakan peraturan

Merancang penggunaan masa

Membina persekitaran kondusif

Mengenal pasti salah laku murid dan mengambil tindakan

Menyediakan bahan sumber


KEPERLUAN
KEPERLUAN 1 KELAYAKAN MASUK DAN
PROSEDUR
Tujuan: Memastikan hanya calon guru yang berpotensi, layak
dan sesuai sahaja dipilih memasuki program latihan perguruan.
K1.1
• Mengiklankan permohonan untuk mengikuti latihan perguruan

K1.2
• Menapis semua permohonan dan memanggil calon guru yang layak untuk menduduki ujian kelayakan

K1.3
• Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan untuk ditemu duga mengikut keperluan program
K1.4

• Melaksanakan sesi temu duga calon guru

K1.5

• Membuat tawaran masuk latihan perguruan kepada calon guru yang berjaya dalam temu duga

K1.6

• Mendaftar calon guru untuk mengikuti program latihan perguruan berpandukan buku panduan pendaftaran

K1.7

• Menandatangani perjanjian latihan perguruan


KEPERLUAN 2 LATIHAN, PENTAKSIRAN DAN
PENILAIAN PROGRAM LATIHAN PERGURUAN

K2.2 Sumber manusia yang


K2.1 Kurikulum bagi program berkelayakan, kompeten dan
latihan perguruan mencukupi selaras dengan
keperluan latihan perguruan

•Merangkumi komponen
utama dan komponen teras
•Menyediakan
•Memastikan guru pelatih program
mendapat pengetahuan,
kemahiran dan nilai keguruan
peningkatan
selari dengan tuntutan SGM. profesionalisme
K2.3 Program bagi guru K2.4 Sumber K2.5 Pentaksiran dan
pelatih memperoleh pengajaran dan
pengetahuan dan pembelajaran untuk penilaian program
pengalaman di sekolah latihan perguruan latihan perguruan

•Menyediaka •Boleh dijadikan •Mematuhi peraturan


peperiksaan dan
n program sebagai rujukan penilaian
praktikum asas dan boleh sebagaimana
diakses dengan termaktub dalam
dan Akta Pendidikan
internship mudah 1996 (Pindaan 2002)
KEPERLUAN 3: KOLABORASI

 Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan


institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institut
pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, bukan kerajaan serta
institusi-institusi lain yang boleh memantapkan lagi latihan
perguruan.
 Kolaborasi antara agensi dan institut latihan perguruan dengan
sekolah dan institut pendidikan tinggi dalam dan luar negara perlu
dilaksanakan secara konsisten dan sistematik.
 Tujuan keperluan adalah untuk menjalin kerjasama kepakaran
dalam bidang praktikum, amalan terbaik, penanda aras untuk
jaminan kualiti, pensyarah pelawat, fellowship, program berkembar,
penyelidikan pendidikan dan pengantarabangsaan.
1) Mewujudkan Kolaborasi Dengan Sekolah
 Latihan perguruan yang mantap memerlukan kolaborasi antara agensi dan institusi
latihan perguruan dan sekolah. Semua pihak patut bekerjasama mewujudkan
aktiviti latihan yang boleh mendatangkan faedah kepada latihan perguruan.
 Tujuannya ialah kolaborasi antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan
sekolah diperlukan untuk memberi peluang kepada guru pelatih dan tenaga
pengajar mendapat pengalaman sebenar melalui program amalan profesionalisme
secara terancang seperti program sandaran tenaga pensyarah, teaching school,
Latihan Pembangunan Staf dan PBS.
 Kolaborasi memberi peluang kepada guru pelatih dan tenaga pengajar
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme melalui penyelidikan
dan pembangunan, aktiviti projek sekolah angkat dan kursus kelolaan institusi
latihan perguruan.
2) Mewujudkan Kolaborasi Dengan Institusi
Dalam dan Luar Negara
 Agensi dan institusi latihan perguruan perlu mengikuti perkembangan
pendidikan dalam dan luar negara serta organisasi lain untuk
mengenalpasti bidang kolaborasi yang boleh dilaksanakan bagi
memantapkan program latihak perguruan.
 Tujuan ialah kolaborasi dapat mengalakkan perkembangan
profesionalisme guru pelatih dan tenaga pengajar melalui perkongsian
kepakaran, perkongsian teknologi, sumber pendidika dan program
berkembar. Penyelidikan, perkongsian kursus dalam pembangunan
staf, konsultansi, pensyarah pelawat, amalan terbaik, penggubalan
kurikulum, pentaksiran dan penilaian, PBS dan penglibatan dalam
kokurikulum.
3) Menilai Keberkesanan Kolaborasi Secara Berterusan

 Agensi dan institusi latihan perguruan perlu mengesan


keberkesanan program kolaborasi dengan sekolah, universiti dalam
dan luar negara, organisasi dan agensi yang berkaitan melalui proses
pemantauan dan penilaian secara sistematik dan berterusan.

 Keberkesanan ini bileh dinilai melalui pemantauan, kajian dan


maklum balas. Contoh maklum balas Keberkesanan Latihan
Perguruan, Keperluan Latihan Perkembangan Profesionalisme,
Keberkesanan Bimbingan Praktikum dan Perundingan.
 Tujuan penilaian keberkesanan kolaborasi antara agensi dan institut
latihan perguruan dengan sekolah, universiti tempatan dan luar negara
patut dijalankan bagi mencapai tujuan berikut:
1) Memperoleh maklumat bagi menambah baik program kolaborasi
2) Memanfaatkan hasil pemantauan dan penilaian serta perkongsian
kepakaran dan teknologi dalam meningkatkan keberkesanan latihan
perguruan
3) Memantapkan keyakinan kepada institusi dan pihak yang
berkepentingan terhadap jaminan kualiti latihan perguruan.
KEPERLUAN 4:
INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR
 Latihan perguruan yang berkesan memerlukan infrastruktur dan infostruktur yang
lengkap dan terkini untuk mewujudkan iklim belajar dan bekerja yang kondusif bagi
menjamin kecemerlangan latihan perguruan. Kemudahan ini merupakan asas yang
menyokong keberkesanan aktiviti PdP serta pengurusan dan pentadbiran organisasi.

 Infrastruktur ialah kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong


pelaksanaan kokurikulum serta kokurikulum yang berkesan. Manakala Infostruktur ialah
pemilihan dan penggunaan TMK secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta
perkhidmatan pusat sumber.

 Infrastruktur ialah menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi
memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran serta
kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang
berkuatkuasa.
KEPERLUAN 4:
INFRASTRUKTUR DAN INFOSTRUKTUR
 Infostruktur ialah menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk
menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan
pentadbiran.

 Tujuan infrastruktur dan infostruktur merangkumi fizikal institusi dan TMK.


Penyediaan infrastruktur dan infostruktur di institusi latihan perguruan perlu
menepati perkara-perkara berikut:
1) Memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum semasa, pengurusan dan
pentadbiran serta kebajikan guru pelatih dan staf berdasarkan standard dan kos
yang sedang berkuatkuasa.
2) Mempunyai rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti
PdP serta pengurusan dan pentadbiran.
KEPERLUAN 5: JAMINAN KUALITI
 Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi
memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu
tinggi;

 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard


 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
 Penandaarasan latihan perguruan
 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA)
PELAN INDUK PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME KEGURUAN
Kerangka Pembangunan Profesionalisme Keguruan
PENERANGAN KERANGKA

 Kerangka ini yang diadaptasi daripada Model of Educator Talent Menagement Framework
(Sherratt et. al., 2013) menerangkan konsep pembangunan profesionalisme keguruan KPM
bermula daripada fasa praperkhidmatan, awal perkhidmatan dan pemantapan kerjaya PPP.

 1.1.1 Fasa Praperkhidmatan


 Peringkat ini bermula daripada pemilihan calon yang menepati kriteria untuk mengikuti latihan
keguruan pada peringkat pengajian tinggi. Calon-calon akan dinilai oleh institusi pengajian
tinggi untuk memperoleh kelayakan ikhtisas. Dalam fasa ini juga, calon perlu memenuhi
kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh KPM. Sekiranya tidak melepasi penilaian, calon tidak
layak dipertimbangkan memasuki perkhidmatan PPP.
 1.1.2 Fasa Awal Perkhidmatan
 Pada peringkat ini, PPP dilantik ke jawatan tetap DG41 dan didaftarkan menjadi
Guru Malaysia. PPP melaksanakan PdP dalam tempoh permulaan perkhidmatan dan
menjalani program induksi serta pementoran dengan sokongan sumber-sumber
organisasi. Dalam tempoh ini, pembangunan profesionalisme PPP perlu
ditingkatkan untuk memenuhi kompetensi dan prestasi yang dinilai dengan PBPPP.
 
 1.1.3 Fasa Pemantapan Kerjaya
 Pada peringkat ini, PPP yang kompeten dan mencapai tahap prestasi yang
ditetapkan berpeluang memilih antara tiga laluan kerjaya iaitu PdP, Kepimpinan dan
Kepakaran Pendidikan. Perkembangan dan pemantapan kerjaya PPP disokong
melalui pembangunan kompetensi dengan menjalani aktiviti PPB secara kendiri atau
anjuran organisasi.
RUMUSAN
Penguasaan kemahiran merancang,
melaksana, memantau, mentafsir dan menilai
serta pengurusan bilik darjah yang baik dapat
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang efisien, bermakna, dan menyeronokkan.
Penguasaan ilmu keguruan dan pendidikan yang
mantap dapat meningkatkan keyakinan guru
melaksanakan tugas profesional dan mengekalkan
keberkesanannya. Pelaksanaan standard
pengetahuan dan kefahaman ini akan menjamin
kualiti profesional guru berada pada tahap tinggi
dan mengekalkannya relevan dengan
perkembangan pendidikan.
SGM
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai