Anda di halaman 1dari 32

Himpunan

TOOLBOX
AKTIVITI
Pengajaran dan Pembelajaran

PdP
2019

1
2
Senarai Kandungan

Perkara Muka surat

Pendahuluan 5

Toolbox Aktiviti PdP 6


Senarai Aktiviti PdP 6
 3 Steps Interview 6
 Audience Reaction Team 6
 6 Thinking Hats 7
 Attitude Movement 8
 Brainstorming 8
 Build The Biggest Tower 8
 Bus Stop 9
 Café 10
 Carousel 10
 Case Study 11
 Chain Link 12
 Chunking 13
 Circle of Voices 13
 Circle Time 14
 Cloze Procedures 14
 Diamond Ranking 15
 Envoys 15
 Field Trip 16
 Hot Seating 17
 Human Graphing 18
 I See, I Think, I Wonder 19
 Iceberg 20
 Jigsaw 21
 Number Head Together 22
 Odd One Out 22

3
Senarai Kandungan

Perkara Muka surat

 One Stay Others Stray 23


 Paraphrase Passport 23
 Paired Annotations 24
 Parachute Building 24
 Party/ Tea Party 24
 Role Play 25
 Round Robin 26
 Snow Ball Fight 26
 Think-Pair-Share 27
 Build The Biggest Tower 27

Senarai Aktiviti Pentaksiran 28


 “Post-It Notes” 28
 Anecdotal Notes 28
 Checklist 28
 Classroom Opinion Poll 30
 Parking Lot 31
 Thumbs Up 31
 Traffic Lights 31

4
Pendahuluan

Toolbox Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini merupakan himpunan


cadangan aktiviti berpusatkan murid yang dapat menjadi panduan kepada guru
ke arah membudayakan KBAT khususnya dalam PdP. Kepelbagaian aktiviti
tersebut dapat memberikan alternatif kepada guru dalam merancang aktiviti PdP
pada masa hadapan. Dalam memenuhi keperluan murid secara inklusif, guru
perlu bijak memilih aktiviti yang menarik minat dan perhatian mereka untuk
belajar. Inkuiri murid dapat dicetus secara semula jadi sekiranya guru dapat
memberikan rangsangan yang betul dan sesuai dengan keupayaan mereka.

Himpunan aktiviti yang disenaraikan ini meliputi aktiviti yang menyokong


pelaksanaan PdP dan juga pentaksiran. Aktiviti PdP tersebut terdiri daripada
aktiviti yang dapat menjana idea serta perkongsian maklumat bersama rakan
sama ada secara berpasangan, berkumpulan mahupun seluruh kelas. Aktiviti
pentaksiran secara formatif pula dapat membantu guru dan diri murid sendiri
membuat penambahbaikan berdasarkan maklum balas semasa tentang kemajuan
pembelajaran mereka. Murid dilibatkan secara langsung melalui assessment as
learning secara kendiri mahupun secara peer assessment.

Sumber rujukan utama penyediaan Toolbox Aktiviti PdP ini adalah daripada
perkongsian guru yang melaksanakan Middle Years Programme International
Baccalaureate (MYPIB) di 10 buah IB World School di Malaysia serta pelaksanaan
Pembelajaran Abad Ke-21. Selain itu, terdapat aktiviti yang dilampirkan dengan
tayangan video supaya pelaksanaan aktiviti tersebut lebih mudah difahami.
Adalah diharapkan agar semua guru dapat memanfaatkan perkongsian ini dalam
usaha membudayakan KBAT secara menyeluruh. Guru amat digalakkan untuk
sentiasa membuat penyesuaian terhadap aktiviti tersebut berdasarkan keupayaan
dan kecenderungan murid masing-masing.

5
Toolbox Aktiviti PdP

Toolbox aktiviti PdP menyenaraikan cadangan aktiviti yang berpusatkan murid. Aktiviti
yang dicadangkan dapat memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif dan
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat
meningkatkan keyakinan mereka untuk menyumbang idea dan pandangan berkaitan topik
yang dibincangkan tanpa rasa risau jika idea tersebut tidak diterima. Kepelbagaian aktiviti
PdP yang dirancang dapat meningkatkan peranan guru sebagai fasilitator dan murid
berpeluang untuk mencungkil potensi dan kelebihan diri ke arah pembelajaran yang lebih
bermakna dan menjana pemikiran aras tinggi. Selain itu, terdapat juga aktiviti yang dapat
membantu guru dan murid untuk melaksanakan pentaksiran bilik darjah secara formatif.

Senarai Aktiviti PdP


Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
1. 3 Steps Interview Persediaan:
1. Guru menyediakan soalan temu bual.
Murid 2. Soalan ini juga boleh disediakan oleh murid jika
mengaplikasikan mereka sudah biasa menjalankan aktiviti ini.
kemahiran
mendengar dan Prosedur:
temu bual yang 1. Guru meminta murid duduk secara berpasangan.
berstruktur. 2. Murid A akan bertindak sebagai penemu bual.
3. Guru menetapkan tempoh masa untuk temu bual.
4. Setelah masa tamat, Murid B pula akan bertindak
sebagai penemu bual.
5. Kemudian, 2 pasangan murid membentuk satu
kumpulan.
6. Secara bergilir, murid menjelaskan idea pasangan
mereka dalam kumpulan tersebut.

2. Audience Aktiviti ini dilaksanakan semasa sesi pembentangan atau


Reaction Team public speaking oleh murid. Audience Reaction Team
merupakan sekumpulan murid yang dilantik bagi
mewakili penonton. Mereka perlu memastikan maklumat
yang disampaikan dapat difahami oleh penonton dan
menjadi penghubung antara kedua-dua pihak ini.

Prosedur:
1. Guru melantik 3 hingga 5 orang murid dalam
kalangan penonton untuk menjadi Audience Reaction
Team.
2. Sebelum itu, pembentang perlu dimaklumkan bahawa
sesi ini akan dibantu oleh pasukan Audience Reaction
Team.
3. Pasukan ini akan membantu penonton meningkatkan
kefahaman mereka tentang maklumat yang
disampaikan dengan meminta penerangan lanjut atau
memberikan justifikasi serta perincian tentang
sesuatu perkara yang kurang jelas.
4. Guru mengingatkan pasukan ini untuk bertanya
secara sopan dan bertujuan untuk meningkatkan
kefahaman penonton tentang maklumat
pembentangan (tidak bersifat peribadi).

6
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
3. 6 Thinking Hats 1. Guru memaparkan situasi/ isu yang perlu
diselesaikan oleh murid. Rujuk video
Aktiviti ini biasanya 2. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada
dijalankan bagi 6 orang ahli. Rujuk nota:
membantu murid 3. Murid diminta menyatakan pandangan berdasarkan Gallery walk &
membuat keputusan warna Thinking Hats yang diwakili oleh murid. Ini
terhadap sesuatu
one stay, others
membolehkan setiap kumpulan dapat meneliti setiap
isu/ masalah. aspek sebelum membuat keputusan atau stray
menyelesaikan masalah.
4. Perwakilan warna topi adalah seperti berikut:
i. Biru: metakognitif
ii. Hitam: penghakiman
iii. Putih: maklumat dan fakta
iv. Merah: emosi
v. Hijau: kreativiti
vi. Kuning: pandangan positif
5. Dalam sesetengah situasi, guru juga boleh memilih
untuk menggunakan beberapa warna thinking hats
sahaja dalam aktiviti yang dirancang dan semua
murid akan mewakili warna topi yang sama.
6. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.
7. Guru boleh menggunakan aktiviti Gallery walk atau
one stay others stray untuk sesi pembentangan.

7
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
4. Attitude 1. Guru menampal kenyataan berkaitan isu/ topik yang Rujuk nota:
Movement telah dibincang di sekeliling bilik/ dewan. Think-Pair-Share
2. Murid diminta membaca setiap kenyataan dan berdiri/
berkumpul di tempat kenyataan yang mereka
persetujui.
3. Murid memberikan pandangan berkaitan kenyataan
yang dipilih dalam masa yang telah ditetapkan.
4. Guru boleh menggunakan aktiviti seperti Think-Pair-
Share untuk menggalakkan murid berkongsi
pandangan/ idea mereka bersama seluruh kelas.

5. Brainstorming Peraturan aktiviti:


1. Semua idea amat dialu-alukan dan tiada jawapan
Merupakan teknik yang salah.
untuk menjana 2. Pelibatan murid adalah secara kreatif dan berfikir di
pemikiran kreatif. luar/ tanpa kotak.
Tujuan aktiviti ini 3. Setiap ahli perlu menyumbang sebanyak mungkin
adalah untuk idea dalam tempoh yang ditetapkan.
memberi peluang 4. Ahli kumpulan digalakkan mengaitkan idea tambahan/
kepada murid untuk sokongan berdasarkan idea ahli kumpulan.
berfikir secara
bebas dan mencatat Prosedur:
semua idea. 1. Guru mengemukakan topik perbincangan. Topik/ isu
yang dipilih seharusnya berfokus agar pemikiran
murid lebih terarah.
2. Murid bekerjasama dalam kumpulan dan melantik
ketua kumpulan/ fasilitator.
3. Semasa perbincangan, fasilitator perlu memastikan
peraturan aktiviti sentiasa dipatuhi oleh semua ahli.
4. Fasilitator juga perlu mendorong setiap ahli kumpulan
untuk berfikir secara kreatif bagi menjana idea.
5. Setiap idea yang dikemukakan perlu dicatatkan.
6. Pelbagai alat berfikir juga boleh digunakan untuk
menjana idea seperti peta minda, peta bulatan, tulang
ikan ishikawa dan sebagainya.

6. Build The Biggest 1. Murid bekerja secara berkumpulan dan kolaboratif.


Tower 2. Guru menyediakan bahan yang terhad untuk
membina menara mereka secara kreatif.
3. Menara ini mencerminkan/ memaparkan refleksi/
pandangan murid.
4. Aktiviti biasanya dijalankan secara pertandingan bagi
meningkatkan motivasi murid untuk berfikir dan
menetapkan strategi secara kreatif.
5. Setiap kumpulan membuat perancangan untuk
membina menara yang tertinggi menggunakan
bahan yang dibekalkan.
6. Setiap kumpulan mula menyiapkan menara masing-
masing setelah menetapkan strategi.
7. Guru menetapkan masa untuk menyiapkan menara
tersebut.
8. Kumpulan yang berjaya membina menara yang
paling tinggi merupakan pemenang.

8
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
7. Bus stop Persediaan: Rujuk nota:
1. Guru menyediakan beberapa set soalan dan Gallery Walk
jawapan, bergantung kepada jumlah kumpulan yang
akan dibentuk oleh murid.
2. Guru mewujudkan beberapa hentian bas (bus stop)
seperti situasi sebenar. Aktiviti ini lebih selesa
dilaksanakan di tempat yang lebih besar seperti
dewan bagi memudahkan pergerakan murid.
3. Soalan yang berbeza diletakkan/ ditampal pada
setiap hentian bas.

Prosedur 1:
1. Guru memberikan taklimat sebelum aktiviti dijalankan
dan membahagikan murid kepada kumpulan kecil
(4 orang ahli setiap kumpulan).
2. Setiap kumpulan akan berada di setiap hentian yang
disediakan.
3. Setiap kumpulan dibenarkan berada pada setiap
hentian selama 10 minit sahaja dan perlu bergerak ke
hentian seterusnya setelah tamat tempoh masa.
4. Pada setiap hentian, murid perlu menyelesaikan isu/
soalan yang disediakan dan meninggalkan jawapan
mereka di hentian tersebut.
5. Bagi mengelakkan kekecohan, guru boleh
menetapkan pergerakan murid sama ada mengikut
atau melawan arah jam.
6. Kumpulan terakhir pada setiap hentian perlu
membuat kesimpulan berdasarkan jawapan/
penyelesaian kumpulan sebelumnya.
7. Murid berkongsi pendapat dan merekodkan jawapan/
penyelesaian dan maklumat yang diperolehi secara
Gallery Walk atau aktiviti lain.

Prosedur 2:
1. Guru meminta murid berkongsi pengalaman mereka
melihat situasi di hentian bas. Situasinya adalah
terdapat ramai orang dengan pelbagai sikap sedang
menunggu bas yang akan dinaiki. Semua orang
tersebut sepatutnya beratur bagi mengelakkan
kesesakan semasa menaiki bas.
2. Oleh itu, guru menyediakan sebuah cerita/ peristiwa
lengkap. Setiap baris ayat cerita diasingkan dalam
jalur (strips) dan diedarkan pada setiap murid.
3. Guru meminta murid membaca dan memahami ayat
yang diwakili.
4. Murid akan mencari dan berkomunikasi dengan rakan
mereka untuk menyusun ayat yang diwakili bagi
membentuk sebuah cerita.
5. Guru mendorong murid untuk menyusun dan beratur
pada kedudukan yang betul agar dapat menghasilkan
sebuah cerita secara tersusun.

9
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
8. World Café 1. Guru mewujudkan suasana seperti di kedai kopi
bagi mendorong murid untuk berfikir dalam suasana
santai.
2. Seperti di kafe, murid duduk secara berkumpulan
di sebuah meja.
3. Guru mengemukakan topik perbincangan.
4. Dalam kumpulan, murid berbincang tentang soalan/
isu yang diletakkan di atas alas meja.
5. Guru mendorong murid untuk mencatat/ melakar
idea/ pandangan mereka di atas alas meja tersebut.
6. Guru boleh memberi peluang kepada murid untuk
bergerak ke kumpulan lain sebagai travelers untuk
menambah baik dan memperincikan hasil
perbincangan sedia ada.
7. Langkah 6 boleh diulangi sebanyak 2 atau 3 kali
bagi mendapatkan hasil perbincangan yang mantap.
8. Setelah itu, guru meminta semua ahli kumpulan
kembali ke kumpulan asal.
9. Setiap kumpulan mengemukakan kesimpulan
berdasarkan semua catatan dan lakaran idea di atas
alas meja.

9. Carousel 1. Guru menyediakan soalan/ isu/ idea untuk


sumbangsaran. Setiap soalan ditulis di atas sehelai
Aktiviti ini boleh carta/ kertas.
digunakan untuk 2. Guru menampal semua carta tersebut di sekeliling
menguji bilik darjah.
pengetahuan sedia 3. Guru menjelaskan peraturan aktiviti kepada murid
ada murid berkaitan iaitu mereka perlu bergerak dalam kumpulan masing-
dengan topik melalui masing berdasarkan masa yang ditetapkan oleh
pergerakan dan guru.
perbincangan. 4. Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari
satu soalan ke soalan yang lain dan menunggu
arahan guru sebelum bergerak.
5. Setiap kumpulan mesti bergerak ke setiap carta.
Murid diminta berbincang atau menulis jawapan
mereka pada carta tersebut.
6. Dicadangkan agar guru menggunakan pen pelbagai
warna untuk membezakan jawapan setiap kumpulan.
7. Cara yang lain –soalan diedarkan kepada setiap
kumpulan mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan
perlu berbincang dan menjawab semua soalan yang
diedarkan.

10
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
10. Case Study 1. Case study merupakan satu kaedah untuk
menyelesaikan isu atau masalah yang berlaku di
sekolah, sebagai contoh:
i. Bagaimana untuk mengurangkan pembaziran
makanan di kantin?
ii. Bagaimana untuk meningkatkan kadar
kehadiran murid ke sekolah?
iii. Bagaimana mengurangkan bilangan murid
yang diserang demam dan selsema semasa
musim hujan?
2. Pelaksanaan case study dapat membantu murid
menghubung kaitkan pembelajaran mereka dengan
situasi sebenar dalam kehidupan.
3. Case study biasanya akan melibatkan lebih
daripada satu mata pelajaran, sebagai contoh mata
pelajaran Sains digabungkan dengan Bahasa
Inggeris. Murid menggunakan kandungan Sains
seperti Organisasi Sains serta perlu mencipta dan
mempersembahkan ciptaan skrip Choral Speaking.
4. Bagi sesetengah situasi, case study boleh
dilaksanakan secara merentasi disiplin/
interdisciplinary learning. Sebagai contoh, murid
mengaplikasikan kemahiran teknologi maklumat
bagi menjalankan kajian daripada pelbagai sumber
dan menyiapkan laporan sama ada dalam bentuk
folio atau pembentangan slaid Microsoft power
point.
5. Murid juga biasanya mengaplikasikan pendekatan
inkuiri penemuan dalam menyelesaikan tugasan
bagi case study.
6. Pada peringkat sekolah rendah, case study
dilaksanakan dalam kumpulan.
7. Jangka masa untuk melaksanakan case study
biasanya melibatkan tempoh masa yang agak
panjang iaitu antara dua minggu hingga ke sebulan.

Prosedur:
1. Guru memberikan situasi sebenar yang berlaku
2. Murid diberikan fakta tentang kes atau situasi yang
sebenar dan data berkaitan. Paparan video yang
berkaitan juga dapat menarik minat dan inkuri murid.
3. Murid membentuk kumpulan 4 ke 6 orang ahli.
4. Berdasarkan stimulus yang diberikan oleh guru,
murid harus mengenal pasti isu/ masalah,
menetapkan garis masa dan strategi untuk
menyelesaikan isu/ masalah tersebut.
5. Guru menetapkan tempoh masa bagi case study
dan mendorong murid untuk membuat rujukan
daripada pelbagai sumber. Murid tidak dibenarkan
hanya bergantung kepada satu sumber sahaja
seperti buku teks.
6. Bagi sesetengah case study, murid perlu
menjalankan temu bual dengan pihak tertentu bagi
mengukuhkan lagi dapatan/ penyelesaian yang
dicadangkan.

11
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
7. Guru juga boleh berkongsi rubrik pentaksiran
bersama murid agar kajian mereka lebih terarah dan
berfokus.
8. Murid perlu sentiasa berbincang dengan ahli
kumpulan walaupun agihan tugasan telah dibuat.
Hal ini dapat memastikan setiap ahli melaksanakan
tugasan mereka dalam masa yang ditetapkan.
9. Guru akan bertindak sebagai fasilitator bagi
membantu murid dari semasa ke semasa.
10. Setelah tamat menjalankan kajian, guru biasanya
akan meminta murid menghantar dapatan kajian
dalam bentuk folio. Guru juga menetapkan
keperluan untuk murid membentangkan dapatan/
penyelesaian mereka.

11. Chain Link 1. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk
bekerjasama secara kolaboratif dalam kalangan
rakan sekelas. Terdapat beberapa cara untuk
menjalankan aktiviti ini.
2. Murid membuat ‘rantai kertas’ dan pada setiap
kertas ditulis idea/ maklumat yang berkaitan dengan
topik yang diberi.

Prosedur 1:
1. Guru mengedarkan bahan atau berpesan lebih awal
kepada murid untuk membawa kertas warna.
2. Murid akan melukis jalur dan memotong kertas
tersebut.
3. Guru meminta murid menulis pada jalur yang
dihasilkan. Aktiviti ini juga boleh menjadi refleksi
PdP di mana murid menulis perasaan dan
pandangan mereka pada jalur tersebut.
4. Murid menampalkan kedua-dua hujung jalur
membentuk gelang.
5. Sebelum gam diletakkan, murid menggabungkan
“gelang” yang dihasilkan dengan seluruh kelas.
6. Rantai kertas ditampal pada sudut yang mudah
dilihat.

Prosedur 2:
1. Aktiviti ini boleh dijalankan semasa PdP melibatkan
kitaran atau turutan, contohnya rantai makanan,
susunan nombor secara menaik, susunan huruf A
kepada Z dan sebagainya.
2. Bagi murid yang baru mengenali rantai makanan,
guru boleh menyediakan jalur yang telah tersedia
gambar haiwan yang terlibat dalam rantai makanan
tersebut.
3. Guru mengedarkan jalur secara rawak. Setiap murid
menerima 2 atau 3 jalur berlainan gambar.
4. Murid meneliti gambar yang diperolehi dan mencari
rakan yang betul bagi melengkapkan rantai
makanan.
5. ‘Rantai kertas’ yang telah boleh siap digantungkan
dalam bilik darjah sebagai hiasan.

12
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
12. Chunking Chunking merupakan teknik yang efektif untuk Rujuk video:
membantu murid mengingati/ menghafal fakta/ maklumat
yang kompleks. Aktiviti ini melibatkan pemecahan
maklumat kompleks kepada “kepingan” yang lebih
mudah untuk diingati. Chunking membantu murid
mengenal pasti kata kunci dan idea bagi memudahkan
mereka menggabung kembali maklumat yang telah
dipecahkan. Melalui teknik ini, murid dapat
mengurangkan bebanan pemikiran untuk mengingati
fakta yang kompleks. http://bit.ly/chunKing_
TechniQue
Chunking boleh dilaksanakan seperti berikut:
i. Murid memecahkan maklumat tersebut kepada
beberapa “kepingan” yang lebih ringkas dan
mudah untuk diingati; atau
ii. Murid mengenal pasti persamaan atau corak
(pattern) bagi maklumat yang dihafal; atau
iii. Murid menyusun maklumat dengan lebih teratur;
atau
iv. Murid mencipta imej visual yang menggambarkan
keseluruhan maklumat; atau
v. Murid membuat ringkasan iaitu membuat
kesimpulan bagi keseluruhan maklumat; atau
vi. Murid mengaitkan maklumat dengan WH-
questions.

Keseluruhan pilihan chunking di atas dapat membantu


murid meningkatkan daya ingatan mereka terhadap
sesuatu perkara yang kompleks. Selain itu, murid dapat
meningkatkan kefahaman mereka terhadap fakta yang
dihafal.

13. Circle of voices 1. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada


4 atau 5 orang ahli dan duduk dalam bulatan.
2. Guru menyatakan topik perbincangan dan
menetapkan tempoh perbincangan selama 15-20
minit.
3. Dalam tempoh yang ditetapkan, murid
menyampaikan idea/ pandangan mereka secara
bergilir tanpa gangguan bagi menyelesaikan topik/
isu yang ditetapkan oleh guru.
4. Setelah tamat, guru membuat perbincangan umum
melibatkan keseluruhan kelas.
5. Dalam perbincangan ini, murid tidak dibenarkan
memberi idea sendiri. Mereka hanya dibenarkan
untuk mengembangkan idea rakan.

13
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
14. Circle Time 1. Guru akan menyusun murid dalam bentuk bulatan.
Cadangan tempat: di dewan, padang, taman
Aktiviti ini boleh permainan.
memberi peluang 2. Murid duduk dalam kumpulan secara bulatan sama
yang sama rata ada di atas kerusi/ lantai. Bulatan ini merupakan
kepada setiap murid simbolik bagi memberi peluang yang sama kepada
kerana murid diberi setiap murid untuk menyuarakan pendapat mereka.
tempoh masa yang 3. Guru bertindak sebagai fasilitator dan mengawal
sama untuk masa agar semua murid mendapat peluang untuk
menyampaikan berkongsi idea/ pandangan mereka.
idea/ pandangan 4. Guru menyediakan bola/ beg kacang. Sesiapa yang
mereka. Kaedah ini memegang bola tersebut, dikehendaki menyatakan
didapati sesuai
pandangan tentang tajuk yang dibincangkan.
untuk membantu
5. Murid lain perlu menumpukan perhatian dan
guru menyelesaikan
sesuatu masalah/ mendengar idea/ pandangan rakan mereka.
isu. 6. Setelah selesai, murid tersebut akan menghantar
bola/ beg kacang tersebut kepada murid lain pula
untuk memberi giliran bercakap.

15. Cloze procedures Cloze procedures dilaksanakan untuk:


i. Mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran
Aktiviti ini menguji membaca murid.
kecekapan ii. Mengenal pasti tahap keupayaan murid untuk
kemahiran memahami petikan yang dibaca.
membaca. Teknik ini iii. Mentaksir kosa kata dan pengetahuan sedia ada
memadamkan murid.
perkataan tertentu iv. Mendorong murid untuk meneliti dan memahami
dalam petikan yang petikan dengan baik.
dipilih. Murid v. Melatih murid untuk berfikir secara kritikal dan
menggunakan analitikal tentang kandungan petikan yang
pengetahuan untuk dibaca.
mengisi tempat
kosong dengan Prosedur:
perkataan yang 1. Guru memilih petikan yang bersesuaian.
sesuai.
2. Guru memahami petikan tersebut dan memadamkan
perkataan tertentu dalam petikan bergantung kepada
topik pembelajaran seperti kata nama, kata kerja,
kata ganti dan sebagainya.
3. Guru mengedarkan helaian tugasan kepada murid.
4. Murid membaca keseluruhan petikan dan cuba
memahami petikan tersebut.
5. Guru boleh memberikan pembayang sekiranya perlu
seperti menulis huruf pertama perkataan yang
dipadamkan. Guru juga boleh memberikan pilihan 3
perkataan bagi mengisi setiap tempat kosong.
6. Setelah semua murid berjaya melengkapkan petikan
mereka, guru boleh memilih wakil untuk membaca
keseluruhan petikan.

14
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
16. Diamond Ranking Strategi ini digunakan untuk menentukan/ menunjukkan
susunan mengikut kepentingan idea/ isu/ isi pada
Aktiviti ini pandangan murid.
menyokong jaringan
kolaboratif dalam
kalangan murid
serta membantu
mereka untuk
memahami
kandungan
pebelajaran dengan
lebih baik.

Prosedur:
1. Guru menyediakan bahan perbincangan dalam
sampul surat. Bahan tersebut terdiri daripada fakta/
bukti anekdot/ pandangan/ perspektif/ idea/ gambar.
2. Bahan dalam sampul surat tersebut biasanya
diasingkan dalam 9 kad yang berbeza.
3. Murid membentuk kumpulan seramai 4 orang ahli.
4. Murid diminta mengelaskan, menyusun dan
mengenal pasti idea yang utama. Idea yang utama
akan diletakkan paling atas pada bentuk Diamond.
5. Murid perlu memberi justifikasi terhadap pemilihan
idea utama tersebut.
6. Seterusnya, idea lain akan disusun pada baris ke-2,
ke-3 dan ke-4 berdasarkan keutamaan idea tersebut.
7. Murid juga boleh mencari perkaitan bagi semua idea
yang disenaraikan.
8. Murid diminta membentangkan diamond yang
dihasilkan.

17. Envoys Prosedur 1:


1. Guru menyediakan tugasan dalam bentuk isu atau Rujuk video:
penyelesaian masalah. Guru biasanya boleh
memberikan rangsangan/ stimulus tambahan seperti
paparan video berkaitan.
2. Murid menyelesaikan tugasan tersebut secara
dalam kumpulan.
3. Sebelum memulakan perbincangan, murid
dicadangkan untuk diberi masa untuk berfikir dan
menjana idea/ pandangan/ penyelesaian secara
individu.
http://bit.ly/eNvoYs_actiViTy
4. Semasa perbincangan, semua ahli perlu
menyumbang idea/ pandangan bagi menyelesaikan
tugasan yang diberi.

15
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
5. Setelah itu, seorang utusan dilantik dari setiap
kumpulan. Utusan akan bergerak ke semua
kumpulan untuk berkongsi hasil perbincangan
tentang isu/ masalah kepada kumpulan baru.
6. Disamping itu, ahli kumpulan baru tersebut juga
akan turut berkongsi pandangan dan hasil
perbincangan kumpulan mereka. Utusan mungkin
dapat menjana idea baharu berdasarkan sesi
perkongsian tersebut.
7. Utusan kembali semula kepada kumpulan asal
dengan menyatakan maklum balas kumpulan lain
itu. Mereka boleh berbincang semula bagi
menentukan sama ada ingin kekal dengan hasil
perbincangan terdahulu atau perlu ditambah baik.
8. Utusan boleh memilih untuk pergi ke semua
kumpulan dan akhirnya balik ke kumpulan asal
untuk berkongsi dapatan dari kumpulan lain; atau
memilih untuk berulang alik semula ke kumpulan
asal setiap kali selesai berbincang dengan satu
kumpulan.
9. Selain itu, utusan boleh terdiri daripada orang sama
atau beberapa orang ahli kumpulan.
10. Sekiranya perlu, proses ini boleh diulang semula
bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih tepat
dan terbaik.

Prosedur 2:
1. Guru menyediakan tugasan yang perlu diselesaikan
oleh murid dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan melantik seorang utusan.
3. Semua utusan perlu ke hadapan dan mendengar
taklimat dan pengajaran guru.
4. Utusan akan balik ke kumpulan masing-masing dan
menyampaikan semua maklumat yang diperolehi
dengan ahli pasukan.
5. Utusan perlu memastikan semua ahli memahami dan
dapat menerangkan kembali perkongsian yang telah
disampaikan.
6. Setiap kumpulan mula menyelesaikan tugasan yang
diberi oleh guru.

18. Field Trip 1. Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk
meneroka pembelajaran mereka di luar bilik darjah.
Melalui aktiviti ini, murid dapat didedahkan dengan
situasi sebenar yang memberikan pengalaman baru
kepada mereka.
2. Antara contoh bagi field trip yang sesuai bagi murid
sekolah rendah adalah seperti lawatan sambal belajar
ke zoo negara dan Aquaria KLCC.
3. Bagi murid sekolah menengah, guru mungkin boleh
merancang field trip yang lebih mencabar dan
kompleks serta dapat melatih murid untuk
menjalankan kajian secara kendiri. Sebagai contoh,
bagi mata pelajaran Sejarah, murid menjalankan
kajian tentang Kesultanan Melayu Melaka.

16
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
Persediaan:
1. Guru menyediakan kertas cadangan untuk kelulusan
khas (sekiranya perlu) dan menyatakan sumber
kewangan bagi melaksanakan field trip.
2. Guru menetapkan skop dan had kawasan untuk
melaksanakan field trip.
3. Guru juga perlu memaklumkan kepada pihak
berkuasa setempat bagi memastikan keselamatan
murid semasa menjalankan field trip.
4. Guru juga perlu mendapatkan persetujuan pihak yang
berkaitan seperti pengurusan zoo atau muzium bagi
menjalankan field trip di premis mereka.
5. Guru menyediakan template/ format untuk murid
merancang dan melaksanakan tugasan yang
diberikan.
6. Murid menentukan ahli kumpulan yang biasanya
terdiri daripada 4 orang ahli.
7. Guru perlu mendapatkan persetujuan dan kebenaran
ibu bapa/ penjaga bagi melaksanakan field trip.

Prosedur:
1. Guru memberi taklimat tentang skop tugasan kepada
murid.
2. Guru mengingatkan murid untuk sentiasa menjaga
keselamatan mereka sepanjang menjalankan field
trip.
3. Guru akan menjadi pengiring ke tempat kajian
sekiranya perlu.
4. Sebelum melaksanakan field trip, murid perlu
membuat perancangan yang teliti berdasarkan
panduan guru dan persetujuan semua ahli dan ibu
bapa mereka.
5. Seterusnya, murid menjalankan field trip bersama ahli
kumpulan mereka. Terdapat juga lawatan yang
diiringi oleh ibu bapa di luar waktu sekolah (atas
persetujuan ibu bapa).
6. Murid mungkin perlu berkunjung ke beberapa tempat
bagi melengkapkan kajian mereka dalam tempoh
yang ditetapkan.
7. Murid menyediakan laporan secara individu atau
kumpulan dalam bentuk folio atau pembentangan
slaid power point. Murid juga boleh menyediakan
video sekiranya mempunyai minat dan kepakaran.

19. Hot Seating Persediaan: Rujuk video:


1. Guru memilih murid untuk menjadi pakar atau watak
utama.
2. Murid diminta membuat bacaan dan kajian sama ada
secara individu atau berkumpulan.

Prosedur:
1. Guru membuat penerangan ringkas dan menjemput
murid yang telah dipilih sebagai “pakar” untuk tampil
ke hadapan. http://bit.ly/hOtsEAt
2. Pakar/ Murid akan duduk di atas “kerusi panas” yang
disediakan.

17
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
3. Pakar/ Murid tersebut akan membentangkan kajian
yang telah dilaksanakan sebelumnya.
4. Pakar/ Murid juga bertindak untuk menyatakan
pandangan atau menjawab soalan daripada rakan
berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.
5. Guru akan membantu murid sekiranya perlu.
6. Murid lain perlu mencatatkan maklumat penting yang
telah disampaikan oleh pakar.
http://bit.ly/hOtsEAt2

20. Human Graphing 1. Aktiviti ini dijalankan bagi memudahkan murid untuk
memahami secara visual topik koordinat dan graf bar Nota: rujuk aktiviti
dalam mata pelajaran Matematik. Post-it Notes
2. Melalui aktiviti ini, murid dilibatkan secara langsung
untuk mentaksir secara kendiri dan dapat berkongsi
pengalaman pembelajaran bersama guru dan murid Rujuk video:
yang lain.

Persediaan:
1. Guru menyediakan kad pelbagai warna dan tertulis
koordinat yang akan diwakili oleh murid. Warna kad
yang sama akan mewakili bentuk tertentu.
2. Guru juga menyediakan peralatan yang lain seperti
tali dan bola.
3. Murid menyediakan beberapa helaian kertas graf.
http://bit.ly/hUmanGraphing1
4. Guru melukis paksi-x dan paksi-y pada lantai kelas
atau dewan dengan jarak yang selesa untuk
pergerakan murid.

Prosedur 1:
1. Guru membawa murid ke paksi koordinat yang telah
dilukis dan memberikan taklimat tentang aktiviti yang
akan dijalankan.
2. Setiap murid menerima sekeping kad warna dan
mereka perlu berkumpul membentuk kumpulan
berdasarkan warna kad yang diterima.
3. Guru meminta kumpulan pertama bergerak ke
koordinat yang diwakili berdasarkan bola yang
dilontarkan oleh guru. http://bit.ly/hUMaNgRaphinG2

4. Murid pertama akan membawa tali bersama dan


berdiri pada koordinat dengan betul.
5. Murid membalingkan bola kepada ahli kumpulan dan
murid yang kedua tersebut akan bergerak untuk
mengambil hujung tali dari peserta pertama.
6. Murid tersebut akan bergerak ke koordinat yang
ditetapkan pada kad dengan membawa hujung tali
ahli pertama.
7. Langkah ini diulang sehingga semua ahli kumpulan
berada pada koordinat yang ditetapkan.
8. Murid yang lain diminta untuk merekodkan koordinat
dan bentuk yang dihasilkan pada kertas graf masing-
masing.
9. Setelah semua murid selesai merekod koordinat dan
melukis bentuk yang ditetapkan, aktiviti ini diulangi
dengan kumpulan yang kedua dengan tugasan
menghasilkan bentuk yang berbeza.

18
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan

Prosedur 2:
1. Guru memberikan penerangan yang jelas berkaitan
aktiviti yang bakal dijalankan.
2. Guru membawa murid ke tempat yang telah
dilukiskan paksi-x dan paksi-y.
3. Guru memberikan satu situasi dan murid perlu
menentukan kategori yang diwakili. Contohnya,
kenderaan yang dinaiki untuk datang ke sekolah dan
guru memberikan cadangan jawapan iaitu dengan
menaiki bas sekolah, dihantar oleh ibu bapa sama
ada dengan menaiki kereta atau motosikal, berjalan
kaki atau menunggang basikal.
4. Guru meletakkan label berkaitan pada paksi-x seperti
bas, kereta, motosikal, berjalan kaki dan basikal.
5. Murid bergerak dan beratur berdasarkan kategori
yang ditetapkan bagi membentuk graf bar.
6. Murid pertama pada setiap barisan perlu mengira ahli
kumpulan bagi mewakili frekuensi pada graf bar yang
dibina.
7. Murid mencatat frekuensi tersebut pada sekeping
kad.
8. Guru boleh mengambil gambar atau video dan
memaparkan human graphing yang telah dibentuk.
9. Murid berkongsi pengalaman mereka pada post-it
notes.

21. I See, I Think, I Persediaan:


Wonder Guru menyediakan gambar/ poster/ klip video yang
dapat menimbulkan inkuiri dalam diri murid dan memberi
Aktiviti ini sesuai peluang kepada mereka untuk menganalisis secara
digunakan apabila mendalam berdasarkan rangsangan tersebut.
guru menggunakan
gambar sebagai Prosedur:
stimulus dalam PdP. 1. Guru memaparkan rangsangan yang telah
Stimulus yang disediakan.
digunakan oleh guru 2. Murid meneliti paparan tersebut dalam masa yang
dapat meningkatkan ditetapkan oleh guru. Murid tidak digalakkan
rasa ingin tahu berbincang dalam tempoh masa tersebut. Rujuk video:
dalam diri murid dan 3. Secara individu, murid menganalisis:
mendorong mereka i. See: senaraikan/ bincang apa yang mereka lihat
untuk menjalankan ii. Think: fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan
analisis. Sebagai
dengan hidup seharian/lain-lain perkara
contoh gambar
iii. Wonder: bertanya soalan-soalan yang
berkaitan peristiwa
bersejarah. berkaitan/relevan.
4. Setelah itu, guru biasanya menggalakkan murid
untuk berkongsi idea bersama rakan mereka
5. Hasil perbincangan, murid dapat menambah baik http://bit.ly/SeeTHINKwOnder
analisis yang dijalankan.

19
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
22. Iceberg Iceberg merupakan aktiviti yang dijalankan untuk Rujuk video:
meneliti aspek yang terlibat dalam suatu perkara yang
http://bit.ly/CulturaliCeBerG1
dikaji secara terperinci. Analogi iceberg digunakan
sebagai alat visual untuk menggambarkan bahawa
aspek luaran yang dapat dilihat. Disebaliknya terdapat
banyak lagi aspek/ faktor lain yang mempengaruhi dan
tidak dapat dilihat secara langsung.
Sebagai contoh, amalan dan budaya yang
mempengaruhi kehidupan sesuatu masyarakat.
Terdapat banyak amalan yang dapat dilihat dan memberi
pengaruh yang besar. Namun, terdapat lebih banyak
aspek/ faktor yang mempengaruhi kehidupan
masyarakat setempat.

Satu strategi untuk mengumpul maklumat daripada


murid berkenaan topik yang diberi:
- Fakta asas / maklumat biasa berada di hujung iceberg.
- Maklumat yang lebih kompleks berada di paras bawah.

Prosedur:
1. Guru menyediakan bahan aktiviti seperti gambar
iceberg dan aspek budaya yang mempengaruhi
masyarakat yang telah dipotong satu persatu. Semua
bahan dimasukkan dalam sampul surat.
2. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3
ke 4 orang ahli.
3. Guru memberi penerangan aktiviti dan mengedarkan
sampul surat tersebut kepada setiap kumpulan.
4. Murid meneliti setiap aspek yang disenaraikan dan
membahagikan kepada 2 kumpulan iaitu yang boleh
dilihat dan tidak boleh dilihat.
5. Murid menampalkan aspek tersebut pada iceberg.
6. Murid kemudiannya mengaitkan dengan budaya
setempat mereka dan menyenaraikan contoh
berkaitan berdasarkan pengalaman sebenardan juga
rujukan yang dibuat daripada pelbagai sumber.
7. Murid berkongsi dan membandingkan hasil tugasan
semua kumpulan secara Gallery Walk.

20
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
23. Jigsaw Persediaan:
Guru perlu mengasingkan bahan pembelajaran kepada 5 Rujuk video:
Jigsaw sesuai atau 6 kumpulan. Sebagai contoh, mata pelajaran Sains
http://bit.ly/2Y3XNKZ
digunakan untuk Tingkatan 1, (Cahaya dan Optik), nota dibahagikan
memperkenalkan kepada:
topik/ perkara i. sifat cahaya,
baharu. Proses ini ii. pantulan cahaya,
melibatkan iii. pembiasan cahaya,
kemahiran iv. penyebaran cahaya,
mendengar dan v. penyerakan cahaya; serta
memahami fakta vi. penambahan dan penolakan cahaya.
baharu secara
kritikal. Prosedur:
1. Guru memberi arahan untuk murid membentuk
Setiap ahli
kumpulan yang terdiri daripada 5 ke 6 orang.
kumpulan perlu
Kumpulan asal ini dikenali sebagai Jigsaw.
bekerjasam untuk
2. Dalam setiap kumpulan, seorang murid akan dilantik
mencapai matlamat
dengan jayanya. sebagai fasilitator.
3. Setiap murid dilantik untuk menguasai subtopik bahan
pembelajaran tersebut dalam tempoh masa yang
ditetapkan.
4. Setelah itu, murid akan membentuk kumpulan
sementara iaitu kumpulan Expert berdasarkan
subtopik yang diagihkan kepada mereka.
5. Kumpulan Expert akan membantu setiap ahlinya
dapat menguasai kandungan subtopik mereka
dengan baik. Sebarang persoalan berkaitan harus
diselesaikan bersama ahli expert.
6. Expert akan kembali ke kumpulan Jigsaw yang asal
dan memberi penjelasan berkaitan subtopik yang
telah dikuasai dengan baik kepada ahli kumpulan
secara bergilir.

21
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
24. Number Head 1. Guru meminta murid membentuk kumpulan
Together berempat.
2. Murid menomborkan setiap ahli: 1, 2, 3 dan 4.
Aktiviti yang adalah 3. Guru memaparkan soalan di papan putih dan
untuk mengaktifkan menyebut Number Head Together.
pengetahuan sedia 4. Murid berbincang untuk menyelesaikan soalan yang
ada dan mengasah diberi dan membuat keputusan.
kemahiran berfikir 5. Setiap ahli kumpulan mesti menguasai jawapan yang
murid dan berkongsi telah dipersetujui. Oleh itu, setiap ahli mesti
idea bersama rakan membantu antara satu sama lain bagi memastikan
sebaya. semua ahli kumpulan dapat menjawab dengan baik
sekiranya ditanya oleh guru.
6. Sekiranya perlu, guru boleh menyediakan papan putih
mini untuk setiap murid. Semua murid mencatat
penyelesaian pada papan putih mini masing-masing.
7. Guru akan memanggil nombor tertentu contohnya 3.
Semua murid yang mewakili no 3 akan mengangkat
papan putih mini atau menjelaskan jawapan yang
diperolehi.
8. Guru mengulangi langkah 7 untuk soalan seterusnya.

25. Odd One Out 1. Guru memaparkan gambar atau set perkataan di
papan putih.
Aktiviti yang 2. Secara individu, murid diminta menggariskan
memperkenalkan perkataan yang ganjil (odd one out).
inkuiri dan 3. Guru mengingatkan murid bahawa tiada jawapan
menggalakkan yang salah jika murid dapat memberikan justifikasi
perbincangan dalam kepada set pilihan jawapan mereka.
kalangan murid. 4. Murid memberi fokus kepada perkataan yang dipilih
dan mengenal pasti perkataan yang utama.
5. Murid juga digalakkan untuk mengaitkan pilihan
mereka dengan tema yang sesuai.
6. Murid membuat justifikasi kepada jawapan yang
dipilih.
7. Murid perlu mencadangkan jawapan lain yang berada
dalam tema yang sama.
8. Murid berkongsi jawapan dengan rakan yang lain.

22
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
26. One Stay Others Persediaan:
stray Guru menyediakan beberapa tugasan yang berbeza.
Sebagai contoh, bagi mata pelajaran Matematik, guru
menyediakan pelbagai soalan penyelesaian masalah.

Prosedur:
1. Murid membentuk kumpulan.
2. Guru mengedarkan tugasan yang berbeza bagi setiap
kumpulan dan menetapkan masa untuk menyiapkan
tugasan tersebut.
3. Murid menyelesaikan tugasan dalam kumpulan.
4. Selesai aktiviti perbincangan dalam kumpulan, semua
murid akan bergerak ke kumpulan lain untuk
mendapatkan maklumat, kecuali seorang wakil yang
akan menjadi jurucakap kumpulan asal.
5. Setelah ahli kumpulan bergerak, ahli kumpulan lain
akan berkumpul dan mendapat penerangan daripada
jurucakap. Jurucakap juga perlu menjawab persoalan
yang diutarakan.
6. Semasa penerangan diberi, ahli kumpulan lain yang
mendengar perlu mencatat fakta penting atau kaedah
penyelesaian yang dikemukakan.
7. Langkah ini diulangi sehingga semua kumpulan
dikunjungi.
8. Semua murid sepatutnya dapat mengumpul dan
menguasai semua tugasan yang dibentangkan
setelah selesai aktiviti.

27. Paraphrase 1. Guru meminta murid membentuk kumpulan yang


Passport terdiri daripada 7 ke 8 ahli.
2. Murid duduk dalam bulatan.
Aktiviti ini memberi 3. Guru menyatakan topik pembelajaran dan
peluang kepada memulakan aktiviti.
murid untuk 4. Guru meminta murid yang berada di sebelah kiri
membaca secara untuk mengulangi idea yang telah dinyatakan oleh
berstruktur guru.
memproses dan 5. Murid mengulangi idea tersebut dan menambah
menyatakan semula dengan idea sendiri.
text bertulis. Murid 6. Langkah 5 diulangi dengan tambahan idea sendiri
juga dapat dan diteruskan sehingga semua murid mengulangi
mengaplikasikan idea rakan dan menambah idea sendiri.
kemahiran 7. Guru juga boleh memberi kelonggaran dan meminta
mendengar dan murid mengambil giliran secara sukarela.
bercakap.

23
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
28. Paired Persediaan:
Annotations 1. Guru menyediakan beberapa artikel/ bahan bacaan
yang berkaitan topik/ isu.
Dua orang murid 2. Guru perlu memastikan bilangan artikel tersebut
membandingkan adalah genap agar murid dapat berpasangan.
pandangan dan
pendapat mereka Prosedur:
berkaitan topik/ 1. Guru mengedarkan artikel secara rawak kepada
artikel yang dibaca. murid.
2. Murid memahami dan membuat generalisasi sendiri
dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru
3. Murid bergerak dan mencari rakan yang mempunyai
artikel yang sama dan berbincang tentang isu/ soalan
yang sama secara berpasangan. Mereka harus
membanding beza dapatan masing-masing dan
menggabungkan idea.
4. Pasangan murid perlu bergerak mencari pasangan
yang lain yang mempunyai artikel yang sama dan
mengulangi langkah 3 dan membentuk kumpulan
baharu (4 orang ahli).
5. Setiap kumpulan perlu membuat kesimpulan hasil
daripada perbincangan yang dijalankan.

29. Parachute 1. Murid perlu membentuk kumpulan masing-masing.


Building 2. Guru menjalankan aktiviti secara pertandingan.
3. Murid perlu membuat perancangan rapi dan membuat
Aktiviti inkuiri yang penyelidikan berkaitan faktor yang mempengaruhi
menggalakkan 4. Setiap kumpulan melakar reka bentuk paying terjun
murid untuk yang dicipta.
bekerjasama dan 5. Murid mengenal pasti bahan yang sesuai digunakan
berkolaborasi. untuk menghasilkan payung terjun yang terbaik
6. Murid mennjalankan uji rintis bagi memastikan paying
terjun berfungsi dapat berfungsi dengan baik sebelum
pertandingan.
7. Murid menambah baik reka bentuk sekiranya perlu.

30. Party/ Tea Party Party merupakan simbolik perbualan secara santai
dalam sebuah majlis dan murid bebas bergerak untuk
mencari rakan berbual yang selesa. Aktiviti ini memberi
peluang kepada murid untuk berkongsi idea/ pandangan
tanpa rasa malu dan dapat meningkatkan keyakinan
dalam diri murid untuk berkomunikasi dengan rakan
sekelas. Aktiviti ini boleh dilaksanakan semasa set
induksi agar murid dapat membuat ramalan dan
meningkatkan inkuiri mereka berkaitan topik yang diajar.
Aktiviti ini juga sesuai dilaksanakan dalam mata
pelajaran Bahasa bagi membantu murid meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dengan gaya bahasa yang
betul dan dapat mengaplikasikan kosa kata yang telah
dipelajari. Secara tidak langsung murid dapat
mempelajari kosa kata baharu daripada rakan mereka.

24
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
Persediaan:
Guru menyediakan kad yang tertulis frasa berkaitan
dengan topik yang diajar. Frasa yang sama boleh
dicetak pada beberapa keping kad.

Prosedur:
1. Guru mengedarkan kad frasa yang telah disediakan
kepada semua murid.
2. Setiap murid membaca kad mereka secara individu,
memahami dan meramalkan perkara yang akan
berlaku berdasarkan kad frasa tersebut secara
individu.
3. Setelah itu, guru memberi arahan agar murid dapat
bergerak dan mencari rakan yang disenangi untuk
berbual.
4. Guru mengingatkan murid untuk hanya berbincang
tentang kad frasa masing-masing sahaja.
5. Murid juga dinasihatkan untuk berbual dan
berbincang dengan beberapa orang rakan mereka.
6. Murid bergerak secara bebas bagi meningkatkan
keyakinan diri mereka untuk berkongsi idea dan
menyatakan pendapat.
7. Setelah masa yang ditetapkan tamat, guru boleh
meminta beberapa orang murid berkongsi pendapat
mereka di hadapan kelas sebelum meneruskan
pembelajaran.

31. Role Play Persediaan: Video: role play mp


1. Guru boleh meminta murid membuat penyelidikan sejarah
Murid menggunakan dan bacaan berkaitan topik yang bakal dipelajari
http://bit.ly/2JOww6k
kaedah main terlebih dahulu, contohnya seperti mata pelajaran
peranan dan Sejarah: Kesultanan Melayu Melaka.
melakonkan watak 2. Guru menyediakan skrip lakonan.
yang difahami bagi 3. Guru boleh meminta murid membawa pakaian dan
mencapai hasil prop yang bersesuaian sekiranya perlu agar murid
pembelajaran. dapat menghayati watak yang dilakonkan dengan
lebih baik.
4. Bagi murid yang berada di sekolah menengah, guru
boleh meminta murid merancang lakonan dan
membuat latihan sendiri di luar waktu PdP.

Prosedur:
1. Guru memberi penerangan berkaitan topik yang
diajar.
2. Setiap kumpulan diberi tugasan.
3. Setiap ahli pula perlu mainkan peranan sebagai satu
watak yang berlainan.
4. Setelah itu, guru memberi sedikit masa untuk murid
berlatih dan menghafal skrip.
5. Murid melakonkan watak yang telah ditetapkan.
penghayatan watak yang dilakonkan dapat membantu
murid mengingati fakta dan topik pembelajaran
dengan lebih baik.

25
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
32. Round Robin 1. Guru mengemukakan topik perbincangan atau isu
yang perlu diselesaikan.
Aktiviti ini boleh 2. Murid membentuk kumpulan yang terdiri daripada 4
memberi peluang ke 5 orang ahli.
yang sama rata 3. Guru menetapkan tempoh masa perbincangan (10-15
kepada setiap murid minit). Guru mengingatkan bahawa semua
kerana murid diberi perbincangan perlu dicatat.
tempoh masa yang 4. Murid menetapkan giliran dan ahli pertama yang
sama untuk memulakan perbincangan.
menyampaikan 5. Setiap ahli mengambil giliran untuk menyampaikan
idea/ pandangan idea/ pandangan mereka.
mereka. Kaedah ini 6. Sekiranya perlu, giliran tersebut boleh dilangkau dan
didapati sesuai
ahli boleh mencelah semula sekiranya terdapai idea
untuk membantu
baharu atau tambahan maklumat.
guru menyelesaikan
sesuatu masalah/
isu dengan
pelibatan semua
murid.

33. Snow Ball Fight 1. Guru menyatakan satu penyataan/ soalan kepada Rujuk video:
semua murid.
http://bit.ly/2y8dNw7
2. Setiap murid menghasilkan satu jawapan secara
individu pada sehelai kertas A4.
3. Murid menggumpal kertas tersebut seperti bola salji.
4. Guru menetapkan masa untuk murid membaling
bola tersebut secara rawak di dalam kelas.
5. Guru mengingatkan murid untuk membalingkan bola
salji mereka hanya paras dada ke bawah sahaja
bagi mengelakkan pergaduhan.
6. Murid mula membuat balingan selepas menerima
arahan guru.
7. Kemudian, murid mengutip bola di atas lantai dan
membaling semula ke tempat lain.
8. Langkah diulangi sehingga masa membaling tamat.
9. Murid perlu mengambil satu bola salji dan membuka
gumpalan kertas tersebut.
10. Guru meminta murid membaca jawapan yang
dicatatkan dan membuat ulasan atau menambah
baik idea sedia ada yang tertulis pada kertas
tersebut.

26
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
34. Think-Pair-Share 1. Guru mengemukakan topik/ isu untuk diselesaikan
oleh murid.
2. Murid dikehendaki memikirkan topik/ isu yang diberi
secara individu dalam tempoh masa yang ditetapkan.
3. Guru mendorong murid untuk meneliti setiap aspek
dan berfikir secara kreatif.
4. Setelah masa berfikir tamat, murid diminta berkongsi
dan berbincang dengan rakan/ pasangan.
5. Mereka perlu berkongsi maklumat/ hasil
perbincangan dengan pasangan lain/ kumpulan/
kelas.
6. Guru juga boleh meminta murid tampil ke hadapan
kelas secara berpasangan dan berkongsi hasil
perbincangan bersama seluruh kelas.

35. Turn and Talk 1. Guru mengemukakan topik perbincangan.


2. Murid mencari pasangan yang memberi keselesaan
untuk berkongsi pandangan.
3. Guru menetapkan masa untuk murid bercakap dan
pasangan perlu mendengar dengan teliti.
4. Setelah itu, pasangan murid bertukar peranan dan
menyampaikan pendapat mereka dalam tempoh
masa yang ditetapkan.

27
Senarai Aktiviti Pentaksiran

Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan


1. “Post It” Notes 1. Guru biasanya menjalankan aktiviti ini untuk
mengakhiri sesi PdP sebagai refleksi dan pentaksiran Nota: rujuk nota
formatif. parking lot
2. Murid diminta menulis catatan berkaitan refleksi
pembelajaran mereka pada post-it notes.
3. Murid juga boleh menyampaikan pandangan atau
soalan lanjutan berkaitan pembelajaran pada hari
tersebut.
4. Murid menampalkan post-it notes di papan kenyataan
atau parking lot selepas PdP.

2. Anecdotal Notes 1. Guru membuat catatan ringkas berdasarkan Rujuk video:


pemerhatian dan perbincangan dengan murid.
http://bit.ly/2JZRyOm
2. Catatan ini meliputi kemajuan pembelajaran murid
melalui pentaksiran formatif, pencapaian murid,
penilaian hasil kerja murid,
3. Nota ringkas ini dirujuk apabila membuat laporan
secara formal untuk petaksiran keseluruhan bagi
setiap murid.

3. Checklist 1. Checklist atau senarai semak amat penting dalam


PdP sama ada kepada guru mahupun kepada
murid.
2. Checklist ini sangat efektif sebagai alat pentaksiran
bagi merekodkan pembangunan dan perkembangan
pembelajaran murid sama ada dari aspek
kemahiran, pengetahuan mahupun nilai.
3. Checklist dapat menetapkan kriteria bagi kemahiran,
sikap, strategi dan kelakuan murid untuk tujuan
pentaksiran melalui pengurusan maklumat secara
sistematik dan berstruktur.

28
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
Checklist digunakan untuk:
i. Merekodkan pemerhatian secara sistematik
ii. Membuat refleksi secara kendiri. Sebagai contoh,
kriteria tertentu disenaraikan secara sistematik
dalam menyiapkan projek atau mencapai objektif
pembelajaran
iii. Merekodkan pencapaian murid dalam aspek
kemahiran, strategi, sikap dan kelakuan bagi
pembelajaran yang efektif
iv. Mengenal pasti keperluan khas setiap murid
dalam pembelajaran
v. Menjadi rujukan kepada ibu bapa untuk melihat
perkembangan pembelajaran anak mereka.

Guru dan murid boleh menggunakan senarai semak


yang dimuat turun daripada laman web atau membuat
catatan secara dalam talian kerana terdapat banyak
laman web yang menyediakan senarai semak seperti
overstrike dan pinterest.

Bagi tujuan tertentu, senarai semak yang lebih terperinci


perlu disediakan sendiri oleh guru dan murid.

Bagi menyediakan checklist, guru perlu:


i. Berdasarkan standard dan hasil pembelajaran
semasa.
ii. Menetapkan deskriptor dan petunjuk yang jelas,
spesifik dan mudah ditaksir.
iii. Menggalakkan pelibatan murid dalam
menyediakan deskriptor.
iv. Meletakkan tarikh bagi setiap catatan yang
ditambah.
v. Menyediakan ruangan untuk mencatat komen
anekdot bagi memberikan gambaran yang lebih
jelas dan tepat tentang perkembangan murid.
vi. Menggunakan model yang generik bagi
memudahkan pemahaman murid. Selain itu,
petunjuk kriteria boleh sentiasa ditambah
berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan.
vii. Sentiasa menggalakkan murid menyediakan
checklist mereka sendiri bagi memudahkan
mereka membuat refleksi kendiri.

29
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
4. Classroom Melalui aktiviti ini, guru dapat menyemak kembali Rujuk nota:
Opinion Poll kefahaman murid melalui maklum balas tentang Post-it Notes
pembelajaran mereka.
1. Maklum balas secara bertulis dapat memastikan
ketepatan maklumat.
2. Tinjauan ini dapat memberi maklumat kepada guru
tentang keperluan pembelajaran murid secara
terperinci.
3. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, guru dapat
merancang PdP yang lebih baik dan sesuai dengan
keupayaan murid.
4. Maklum balas murid dapat menjadi panduan kepada
guru untuk membuat persediaan bagi pembelajaran
yang sensitif atau kontroversi.

Prosedur:
1. Guru perlu merancang soalan/ isu yang sesuai bagi
memberi gambaran sebenar keperluan pembelajaran
murid.
2. Guru memilih beberapa isu yang diramal bakal
berlaku.
3. Guru menetapkan sama ada jawapan boleh diwakili
dengan setuju/ tidak setuju atau dalam skala likert.
4. Guru menetapkan untuk menggunakan paparan atau
mencetak borang soal selidik.
5. Murid diingatkan untuk tidak menyatakan nama atau
sebarang pengenalan diri.
6. Setelah selesai murid memberikan maklum balas,
guru boleh berkongsi dapatan bersama dengan
mereka.
7. Guru juga boleh memilih untuk menjalankan aktiviti ini
secara dalam talian sekiranya platform tersebut lebih
sesuai.

Selain daripada menjawab soal selidik, guru juga boleh


menjalankan aktiviti berikut:
i. Menjalankan pop kuiz selama 5-10 minit.
ii. Perbincangan murid secara berpasangan
berkaitan isu yang dibangkitkan.
iii. Warm-up discussion sebelum memulakan
pembelajaran.
iv. Menggunakan Post-it notes.

30
Bil. Aktiviti PdP Maklumat Lanjutan Catatan
5. Parking Lot 1. Guru menggunakan Parking Lot sebagai refleksi PdP
pada hari tersebut.
Murid dapat terus 2. Parking lot digunakan untuk mendapatkan maklum
berkomunikasi balas daripada murid berkaitan pembelajaran mereka
dengan guru pada hari tersebut.
selepas PdP 3. Aktiviti ini dapat membantu guru menjalankan
pentaksiran formatif.

6. Thumbs Up Salah satu cara guru menilai murid apabila ditanya


soalan, murid memberi isyarat tangan seperti berikut:
-Thumbs up (bagus/ faham)
-Thumbs middle (kurang faham/ kurang pasti)
-Thumbs down (tidak faham)

7. Traffic lights Satu cara penilaian kendiri / diawal, semasa atau diakhir
PdP.
Tiga warna digunakan:
-Green (Hijau – Saya yakin saya tahu)
-Yellow (Kuning – Rasa- rasanya saya tahu)
-Red (Merah – Saya tidak tahu)

31
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel: 03 8884 2000 Faks: 03 8888 9917
http://bpk.moe.gov.my/

32

Anda mungkin juga menyukai