Anda di halaman 1dari 8

Muka Hadapan

Isi Kandungan 1
1.0 Pengenalan 2
2.0 Refleksi Analisis SWOT 2
2.1 Kekuatan 2
2.2 Kelemahan 4
2.3 Peluang 5
2.4 Ancaman 6
3.0 Rumusan 6
Lampiran 7

1
1.0 Pengenalan
Pada 19 November 2023 hingga 23 November 2023, guru – guru pelatih
Insitut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang telah menjalankan program Bina
Insan Guru yang diadakan di Kem Alapong, Lundu. Bina Insan Guru merupakan
kursus yang wajib diambil oleh semua guru pelatih ambilan Jun 2021 bagi kursus
MPU3112. Program ini berlangsung selama 5 hari 4 malam. Setelah selesai
menyertai program tersebut, terdapat banyak pengalaman yang saya perolehi
sepanjang keberadaan dalam program tersebut dilaksanakan.

2.0 Refleksi Analisis SWOT

2.1 Kekuatan

Sebagai mukadimah, kekuatan yang saya peroleh semasa program Bina


Insan Guru adalah pada hari pertama iaitu apabila tiba di tempat penginapan, kami
dikehendaki untuk membina khemah bersama – sama. Pada mulanya, aktiviti ini
seharusnya mempunyai kerjasama setiap ahli kumpulan yang akan menginap di
khemah tersebut bagi mendirikan khemah di tempat yang telah diberikan. Setiap ahli
daripada kumpulan tersebut saling membantu. Terdapat juga halangan yang berlaku
apabila kekurangan pacak bagi membuka kain penapis khemah tersebut agar
khemah tersebut tidak dihujani oleh air. Inisiatif yang saya berikan adalah untuk
mencari kayu atau ranting yang kecil bagi menggantikan bahagian ikatan kain
tersebut agar dapat dipacakkan ke dalam tanah. Seterusnya, kumpulan kami juga
mencari batu yang besar untuk memukul kayu tersebut ke dalam tanah agar ia dapat
menegangkan kain khemah tersebut agar air hujan tidak membasahi khemah
tersebut. Dengan itu, khemah kumpulan saya dapat didirikan dengan sempurna.
Malah, pada malam pertama, kami dapat tidur di dalam khemah tanpa merisaukan
keadaan hujan yang melembapi kawasan khemah kami kerana khemah tersebut
kukuh dan kalis daripada hujan. Tegasnya, kerjasama kumpulan menjadikan satu
kekuatan yang kami dapat kecapi bersama bagi membina sebuah khemah yang
bertahan daripada hujan.

Sebagai meniti perbincangan di atas, kekuatan yang saya perohi semasa


aktiviti utama yang kami lakukan aktiviti water – confidents iaitu menguji tahap
keberanian terhadap likuan ombak yang menerjah tubuh badan setiap individu. Pada
mulanya, sekumpulan guru pelatih hendaklah memegang tangan masing – masing

2
serta membentuk satu bulatan semasa berada di air. Hal ini demikian adalah untuk
menggelakkan daripada ombak mengheret guru pelatih ke kawasan pantai. Ini juga
bertujuan untuk memastikan bahawa setiap ahli yang berada dalam bulatan tidak
diheret oleh ombak serta memastikan setiap individu selamat semasa menjalankan
aktiviti tersebut. Kekuatan yang saya perolehi semasa aktiviti tersebut adalah
kesefahaman setiap ahli untuk menerjah ombak dengan mengheretkan tubuh badan
ke arah ombak secara berlawanan arah. Ini memudahkan kami membelah ombak
tersebut menggunakan tubuh badan kami. Kesannya, kami tidak melepaskan
pegangan tangan daripada setiap rakan yang bersebelahan dengan kami. Malah,
kami berasa seronok kerana dapat menuju ke arah ombak yang lebih kuat dengan
strategi yang kami guna bagi melawan pukulan ombak tersebut. Ini menjadi suatu
kekuatan bagi setiap rakan yang berada dalam kumpulan agar dapat menjaga posisi
semasa ombak memukul tubuh kami.

Seterusnya, kekuatan saya peroleh semasa aktiviti pada hari kedua iaitu
aktiviti abseiling. Akiviti abseiling merupakan aktiviti yang bertujuan untuk menuruni
kawasan bukit yang curam atau tinggi dengan cara yang selamat. Pada mulanya,
saya tidak faham dengan cara untuk menuruni bukit melalui tali yang diikat dengan
carabiner dan harness. Namun, setelah memerhatikan beberapa kumpulan yang
telah melaksanakan aktiviti tersebut, saya dapat menganalisis konsep dan cara
untuk menuruni bukit tersebut. Sebenarnya, tali tersebut diikat pada bahagian
komponen figure of 8 dan peranan tangan untuk memberhentikan tangan dan
menurunkan tali agar dapat membuat pergerakan dengan lancar. Saya juga
memerhatikan bahawa beberapa rakan saya menggunakan gaya jatuh iaitu
melompat dengan bantuan berat badan agar dapat turun dengan jayanya. Setelah
membuat pemerhatian, saya juga dapat membina keyakinan daripada kumpulan –
kumpulan lain. Saya juga menggunakan teknik yang diajar oleh jurulatih untuk
menuruni bukit tersebut dengan menggunakan kedua – dua belah kaki agar dapat
melompat daripada kawasan tersebut. Ia adalah teknik yang cepat dan mudah untuk
diatur. Tambahan pula, saya tidak berasa gementar atau takut dengan ketinggian
tersebut kerana fokus dengan cara untuk menuruni diri sendiri daripada bukit
tersebut.

Disamping itu, saya juga dapat melihat kekuatan dalam menyediakan


masakan semasa sesi untuk memasak bersama dengan ahli kumpulan. Pada masa

3
tersebut, saya mempelajari beberapa menu utama untuk membuat makanan yang
berlainan daripada apa yang telah saya buat. Misalnya, salah seorang daripada
rakan saya memperkenalkan menu ayam begedil iaitu merupakan kentang yang
telah dimasak dan digoreng menggunakan tepung gandum. Saya belajar dariapada
rakan saya tentang cara untuk membuat menu tersebut. Akhirnya saya belajar
beberapa teknik iaitu untuk menggulungkan kentang tersebut dan dicampurkan
dengan bawang putih dan bawang merah. Saya berasa terkilan kerana dapat
mencuba menu yang baharu. Malah saya juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan iaitu untuk menggunakan resipi tersebut sebagai satu hidangan yang
boleh saya gunakan bagi menghidang makanan. Malah, ia merupakan satu menu
yang saya baru belajar dan saya dapat mengimplementasikannya dalam kehidupan
seharian saya.

Seterusnya, kekuatan yang saya dapat perolehi adalah semasa


menghidupkan api di kawasan hutan yang telah dibasahi oleh hujan. Pada tersebut,
kami dikehendaki untuk memasak makanan bagi makanan tengahari sebelum
pulang daripada kawasan hutan tersebut. Saya juga berasa risau dengan keadaan
cuaca pada masa tersebut kerana ranting dan kayu yang kami perolehi
kebanyakkan telah menjadi lembab akibat hujan. Maka dengan itu, kami perlu
memikirkan inisiatif bagi menhidupkan api dengan menggunakan kayu dan ranting
yang tidak basah. Dengan itu, kami mengambil inisiatif untuk mengkikiskan dahan
kayu tersebut bagi membolehkan debu dan serpihan kecil daripada dalaman kayu
tersebut. Hal ini demikian kerana bahagian dalam kayu tersebut tidak lembab. Maka
ia sesuai digunakan untuk menghidupkan api. Setelah lama menghidupkan api,
maka kami berjaya menghidupkan api bagi membolehkan ahli kumpulan lain boleh
memasak. Seterusnya, kami juga ingin menyediakan api dengan baik dan konsisten
agar makanan yang kami masak dapat dimasak dengan sempurnya. Misalnya,
semasa memasak nasi, saya dan kumpulan saya secara konsisten untuk mencari
kayu api bagi menggelakkan api terpadam dan menggelakkan nasi tersebut masih
mentah. Saya juga memperkenalkan cara yang sesuai untuk menghidupkan api
dengan meniup api menggunakan topi yang besar dan pinggan. Hal ini adalah untuk
menggelakkan api tersebut untuk menjadi bara api. Malah, ia juga digunakan untuk
membolehkan api tersebut memakan kawasan kayu yang lain agar nasi dapat
dimasak dengan konsisten bagi setiap sudut.

4
2.2 Kelemahan

Kelemahan yang saya perolehi semasa program Bina Insan Guru tersebut
adalah semasa kami cuba untuk merakit. Pada mulannya, teknik bagi kayuhan
tersebut nampakh sangat mudah untuk dilakukan. Namun, apabila saya telah
melihat keadaan ombak tersebut, saya berasa gementar kerana susah untuk
menerjah ombak yang besar. Pada masa tersebut, saya juga tidak mahir untuk
mengayuh dayung bagi membolehkan rakit tersebut dalam keadaan posisi yang
lurus. Saya telah mencuba beberapa kali untuk membolehkan tubuh badan
seimbang semasa ombak menerjah kami. Namun setelah beberapa percubaan,
saya merasakan aktiviti tersebut adalah terlalu susah untuk dilakukan. Malah, saya
dan rakan saya sentiasa terjatuh daripada rakit ke dalam air sungai tersebut.

Kelemahan yang saya rasa adalah semasa bertugas semasa waktu malam.
Kami telah diberikan jadual untuk mengisi keperluan guru pelatih untuk berjaga dan
memantau kawasan kem tersebut pada waktu malam. Saya merasakan agak sukar
untuk bangun semasa malam sentri. Malah, saya juga merasakan bahawa tidak
cukup masa untuk berehat bagi tujuan untuk berjaga pada waktu malam. Kesannya,
saya tertidur semasa malam sentri tersebut. Ini juga menunjukkan kesilapan yang
saya buat kerana tidak menunjukkan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh
para jurulatih. Ini menjadi satu pengajaran kepada diri sendiri agar lebih peka
dengan arahan dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada diri sendiri.

2.3 Peluang

Dengan pendedahan program ini, saya dapat membina keyakinan dalam diri
sendiri apabila berhadapan dengan sekolah. Misalnya, setiap warga pendidik
hendaklah menunjukkan komitmen dan penghayatan dalam setiap aktiviti yang
dijalankan oleh guru terhadap murid. Misalnya, aktiviti yang kami adakan di sekolah
iaitu memberikan pendedahan kepada aktiviti yang menarik semasa keberadaan
kami di sekolah SK Lebai Mentali. Setiap guru pelatih memberikan aktiviti yang
menarik kepada murid – murid sebagai satu pendedahan kepada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang berasaskan kepada konsep Transformasi Sekolah 25.
Selain daripada, guru pelatih juga memberikan komitmen kepada guru – guru
sekolah dengan menghulurkan bantuan kepada guru – guru dengan aktiviti khidmat
masyarakat. Aktiviti tersebut dapat membuka peluang kepada guru pelatih untuk

5
membina keyakinan semasa menguruskan perkara sama ada dalam pengajaran dan
pembelajaran atau urusan pentadbiran dan pemudahcara kepada kemudahan
sekolah.

2.4 Ancaman

Ancaman yang saya peroleh sepanjang aktiviti ini adalah kesediaan guru
pelatih terhadap kepekaan terhadap aturan masa semasa ingin menjalankan aktiviti.
Misalnya, ramai guru pelatih selalu datang lewat semasa program sedang
berlangsung. Sikap lewat datang daripada sesuatu aktiviti yang dijalankan tidak
menunjukkan komitmen seorang warga pendidik kerana tidak menghargai masa
orang lain dan keperluan masa diri sendiri. Malah, ini juga menunjukkan sikap
mementingkan diri semasa ingin menjalankan sesuatu aktiviti bersama dengan
harapan untuk menyuruh rakan sekumpulan untuk menguruskan perkara tersebut
dengan terlebih dahulu. Dengan itu, ini menunjukkan satu imej yang boleh
mencemar imej diri sendiri sebagai seorang bakal warga pendidik jika sikap tersebut
diimplementasikan dalam kehidupan semasa berada di sekolah.

3.0 Rumusan

Secara kesimpulannya, terdapat banyak pengalaman yang saya perolehi


semasa menjalankan program Bina Insan Guru. Malah, saya juga dapat
bersosialisasi dengan rakan sekumpulan dan jurulatih yang ikut serta dengan
program tersebut. Seterusnya, kami juga dapat membina sikap bekerjasama sama
ada dalam kumpulan atau dengan kumpulan yang lain. Bina Insan Guru dapat
memberikan impak yang positif kepada guru pelatih bagi membina satu pengalaman
yang setiap individu boleh kongsikan sebagai satu memori yang ada manis pahitnya.
Dengan itu, program ini juga dapat membina perwatakan seorang warga pendidik
kepada semua bakal guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.

6
Lampiran

7
8

Anda mungkin juga menyukai