Anda di halaman 1dari 5

[REFLEKSI PROGRAM PENGUJIAN DAN

PENILAIAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM]

REFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


KADET REMAJA SEKOLAH
NAMA: CHRISTINA YONG SUK HUONG
No. KP: 940829-13-5776
KURSUS: PISMP PSV SEM 4
AMBILAN: JANUARI 2014
TEMPAT: IPG KAMPUS GAYA
TARIKH: 2 5 SEPTEMBER 2015
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua jurulatih yang terlibat dalam unit beruniform kerana membantu kami untuk
mengendalikan

program

ini.

Sebagai

pasukan

Unit

Beruniform, aktiviti

perkhemahan amat dititik beratkan kerana melalui aktiviti seperti ini dapat
melahirkan pemimpin yang berdedikasi yang bakal menjadi pemimpin di sekolahsekolah

setelah

ditempatkan

di

mana-mana

sekolah.

Melalui

aktiviti

perkhemahan ini, guru pelatih dapat didedahkan dengan pelbagai ilmu


pengetahuan tentang perkhemahan seperti bagaimana cara mendirikan khemah
dengan betul, membina gajet, menguasai pelbagai jenis ikatan dan simpulan,
kemahiran pengurusan diri dan ikhtiar hidup di hutan, pengembaraan,
pertolongan cemas serta aktiviti komuniti masyarakat.
Selain itu, sikap kerjasama dan kesatuan semasa melaksanakan tugas
juga dapat diterapkan dalam diri individu peserta. Hal ini akan menjadi punca
kejayaan sesuatu pasukan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dengan
jayanya. Amalan nilai-nilai murni ini bukan sahaja dapat diterapkan sepanjang
perkhemahan, malah juga dapat diterapkan semasa sebelum dan selepas
perkhemahan. Tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran ini juga dapat
dilaksanakan secara realistik bukan hanya sekadar teori. Guru pelatih dapat

[REFLEKSI PROGRAM PENGUJIAN DAN


PENILAIAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM]
belajar secara situasi yang sebenar malah juga dapat membina pengalaman
bagi masa depan yang akan datang.
Bagi program ini, kami telah menjalani satu perkhemahan selama 4 hari 3
malam di IPG KAMPUS GAYA pada 2 hingga 5 September 2015. Pelbagai
aktiviti yang menarik telah dilaksanakan sepanjang program ini dilaksanakan.
Semasa menjalani aktiviti perkhemahan, saya dapat mempraktikkan ilmu yang
telah diajar oleh jurulatih kami sepenuhnya dalam pelbagai hal.Perkhemahan ini
adalah wajib disertai oleh semua guru pelatih PISMP SEM 4. Semua guru pelatih
PISMP SEM 4 telah menyertai tiga unit uniform yang berlainan iaitu

badan

beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) , Pandu Puteri Kadet (PPK) dan
Pengakap (PPK).
Sebenarnya, saya kurang berminat untuk pergi berkhemah kerana saya
kurang berkeyakinan dengan keadaan yang akan dihadapi dalam perkhemahan
sebelum ini. Tetapi, persepsi saya telah bertukar apabila saya telah berada di
kem tersebut dan merasakan perkhemahan ini sangat menyeronokkan dan
memberi pengalaman yang cukup manis buat saya. Di samping itu, saya juga
telah mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan yang lain unit beruniform.
Kami yang kurang rapat sepanjang jam interaksi kokurikulum pun telah menjadi
rapat pada akhirnya. Ia telah membina semangat setiakawan di antara satu
sama lain.
Kem perkhemahan pada kali ini telah diketuai oleh ahli pengakap iaitu
Jacky Chai Poh Chang. Kami telah mengadakan mesyuarat kecil dan berbincang
mengenai perkara-perkara penting yang perlu disiapkan untuk perkhemahan
tersebut sebelum program ini dimulakan. Kami meneliti perkara-perkara yang
diperlukan satu persatu sebelum perkhemahan ini. Setiap ahli jawatankuasa
telah melakukan tugas masing-masing dengan sikap penuh bertanggungjawab.
Saya telah dilantik sebagai AJK Keselamatan dimana saya perlu menjaga
keselamatan

semua

ahli

semasa

perkhemahan

dijalankan.

Sebelum

[REFLEKSI PROGRAM PENGUJIAN DAN


PENILAIAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM]
perkhemahan dimulakan, AJK Keselamatan telah membuat perbincangan
tentang bagaimana menjalankan tugas kami dan juga menguruskan bahan
pertolongan cemas semasa aktiviti perkhemahan. Di sini, saya telah mendapati
kerjasama antara semua rakan-rakan seperjuangan sangat erat dan kukuh untuk
menjayakan perkhemahan ini.
Pada

September 2015,Program Perkhemahan

Bersepadu

Unit

Beruniform telah bermula secara rasminya. Pada pukul 2 petang, semua guru
pelatih telah diminta untuk berkumpul di balai rekreasi. Kemudian semua ahli
yang berkumpul di balai rekreasi dengan barang-barang perkhemahan yang
telah dipinjam dari unit kokurikulum. Setelah semua guru pelatih telah berkumpul
dib alai rekreasi, AJK urus setia juga memulakan menjalankan pendaftaran bagi
memastikan semua guru pelatih telah menyertai program ini. Setelah
pendaftaran, kami pun memulakan dengan aktiviti mendirikan khemah dan juga
membina gajet. Kami telah dibahagi tugas dan menjalankan tugas masingmasing dengan lancar.
Pada 3 September 2015, program kami telah dimulakan dengan aktiviti
senaman pagi pada jam 6.30 pagi. Selepas aktiviti senaman pagi, kami pun
diberikan masa untuk sarapan pagi dan juga menjalankan pemeriksaan khemah
masing-masing. Selepas itu, kami pun mulakan dengan aktiviti ikhtiar hidup.
Sebelum memulakan masakan, Puan Christina telah memberi sedikit taklimat
tentang cara bagaimana masak dengan menggunakan ranting pokok, daun
kering dan sebagainya. Setelah habis dengan ikhtiar hidup, kami pun makan
tengah hari bersama-sama. Pada jam 2.00 petang, kami pun bertolak ke Bukit
Padang untuk menjalankan aktiviti pengembaraan. Semasa pengembaraan,
saya berasa amat mencabar kerana tenaga saya tidak cukup sepanjang ini.
Tetapi, saya telah berusaha untuk manaik bukit malah saya tetap berjaya pada
akhirnya. Semasa pengembaraan, saya berasa amat gembira kerana dapat
menikmati pemandangan indah di sana. Bagi aktiviti pengembaraan kali ini, saya
telah belajar membuat jerak dan ilmu pengetahuan baru telah saya menimba.

[REFLEKSI PROGRAM PENGUJIAN DAN


PENILAIAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM]

Pada 4 September 2015, program ini juga dimulakan dengan senaman


pagi dan senaman pagi. Pada hari ini, kami akan dinilai oleh jurulatih kami
tentang ikatan dan simpulan tali yang telah kami hasilkan. Pada sesi ini, jurulatih
kami telah membuat penilaian terhadap penghasilan kami. Pada jam 2 petang,
kami telah menjalankan majlis kebudayaan dengan drama dan nyanyian yang
dipersembahkan oleh ketiga-tiga unit beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah,
Pandu Puteri Kadet dan Pengakap. Semasa menyaksikan persembahan, saya
telah mendapati bahawa semua ahli unit beruniform telah berusaha untuk aktiviti
persembahan ini. Kesimpulannya, kesemua guru pelatih dapat menghiburkan diri
di samping mengambil banyak pengajaran daripada persembahan-persembahan
oleh unit-unit beruniform.
Pada 5 September 2015, hari ini merupakan hari terakhir bagi program
kami. Pada hari ini merupakan penutupan majlis bagi program ini dan program
ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Puan Lee Yoke Yee. Timbalan
Pengarah telah menjalankan pemeriksaan pembarisan unit beruniform. Semasa
penutupan, ucapan telah diberi ketua Unit Beruniform dan Timbalan Pengarah.
Selepas ucapan diberi, majlis pun memulakan upacara penyampaian hadiah
pertandingan. Bagi aktiviti pengembaraan, tempat pertama telah disandang oleh
Kadet Remaja Sekolah. Bagi aktiviti ikhtiar hidup, tempat pertama telah
dimenang oleh kumpulan Pengakap manakala bagi aktiviti kebudayaan telah
dimenagi oleh Pandu Puteri Kadet.
Kesimpulannya, program ini telah bermanfaat saya dengan ilmu
pengetahuan baharu. Saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif
kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara dan benda baru
dalam hidup. Walaupun saya mengikut perkhemahan ini buat kali pertama tetapi
saya suka akan perkhemahan ini kerana memberi makna dan mengisi ilmu
dalam dada. Memang pada mulanya, saya tidak suka dan tidak berminat dengan
perkhemahan ini namun setelah berada di kem ini saya menjadi sangat berminat

[REFLEKSI PROGRAM PENGUJIAN DAN


PENILAIAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM]
dengan aktiviti perkhemahan ini. Tidak ada langsung rasa menyesal saya selama
mengikuti perkhemahan ini. Perkara yang paling menggembirakan adalah saya
telah berjaya belajar aktiviti ikhtiar hidup dan pengembaraan. Saya akan bawa
ilmu ini kepada anak-anak murid saya di sekolah kelak. Saya akan gunakan ia
untuk menjadi insan yang lebih baik dimasa hadapan dan juga guru yang
cemerlang. Saya juga bangga menjadi ahli Kadet Remaja Sekolah.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai