Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI (JULIET COJI SIEW)

Kami telah menjalankan Program Kembara ke Taman Negara Pulau Pinang


pada 6 September 2016. Program Kembara ini telah dijalankan dan dilaksanakan
dengan lancar dan berjaya sekali serta mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu
membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong-menolong
antara satu sama lain. Di samping itu, ia juga diharapkan akan menjalankan aktiviti
berkembara untuk meningkatkan semangat berkembara dan memupukkan
hubungan yang lebih erat antara bakal guru dan komuniti agar dapat menjalin
kerjasama yang lebih bermakna pada masa akan datang.
Terdapat beberapa kekuatan (Strength) yang dapat dikenalpasti dalam
program kembara di Taman Negara Pulau Pinang ini ialah ia telah berjaya memupuk
semangat kerjasama dan tolong-menolong di kalangan guru pelatih. Hal ini dapat
dilihat melalui aktiviti mendaki gunung Taman Negara yang telah dijalankan oleh
guru-guru pelatih. Setiap orang telah bekerjasama dan membantu rakan-rakan untuk
melintasi perjalanan yang mencabar. Guru-guru pelatih juga dapat menyelesaikan
tugasan diri sendiri dengan begitu sempurna. Walaupun telah menimbulkan
beberapa masalah semasa menjalankan aktiviti kembara ini, namun kita telah
mengatasi masalah dengan sempurna disebabkan kerjasama antara satu sama lain.
Tambahan pula, program ini juga telah membentukkan keyakinan dalam diri
peserta. Keadaan ini dapat dilihat bahawa saya pada mula-mulanya merupakan
seorang yang pasif dan kurang berminat dalam aktiviti fizikal. Namun begitu, dengan
aktiviti ini, saya telah mendapati bahawa saya mempunyai stamina yang agak baik
dan mulai berminat dalam mendaki gunung. Dengan ini, aktiviti ini telah membina
keyakinan dalam saya supaya lebih berani menyertai aktiviti-aktiviti fizikal seperti ini.
Namun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan (weakness) melalui
aktiviti kembara ini dijalankan. Pertama ialah pengurusan masa, saya sebagai AJK
pengangkutan dan perhubungan telah mengalami masalah berhubung dengan pihak
pengurus Taman Negara Pulau Pinang. Di samping itu, tempoh praktikum yang
sibuk juga menyebabkan saya mempunyai masa yang singkat untuk menghubungi
pihak berkuasa seperti Balai Polis, Balai Bomba, Pihak pengurus Taman Negara,
dan pemandu pelancong untuk menempah kapal. Sehubungan itu, saya juga perlu
menghubungi pemandu bus IPG Kampus Tuanku Bainun untuk membawa kami ke

destinasi. Di samping itu, sebelum ini kami telah merancang menaiki kapal ke
Monkey Beach namun kami terpaksa berpatah balik dengan berjalan kaki
disebabkan cuaca yang tidak diizinkan.
Seterusnya, peluang (Opportunity) yang telah didapati oleh kami ialah
aktiviti ini telah memberi peluang kepada kami sebagai bakal pendidik untuk
menjalankan aktiviti fizikal seperti mendaki gunung yang amat mencabar. Hal ini
kerana, untuk menjadikan seorang guru yang cemerlang, kami bukan sahaja
memerlukan ilmu pengetahuan yang luas malahan memerlukan tubuh badan yang
sihat dan cergas. Melalui pendedahan seperti ini, kami bukan sahaja dapat
meningkatkan kecergasan tubuh badan kami malahan juga dapat memafami cara
untuk mendaki dana pa yang perlu diperhati semasa mendaki gunung. Pengalaman
ini amat berguna kepada kami sebagai bakal guru pada masa depan. Di samping itu,
aktiviti ini juga telah memberi peluang kepada kami untuk mengetahui cara
menganjur aktiviti seperti ini.
Selanjutnya, ancaman (Threat) yang terdapat dalam program kembara ini
ialah sesetangah guru pelatih 6PISPM Pengajian Melayu mempunyai pengalaman
yang kurang dalam mendaki gunung. Oleh itu, keadaan ini telah menjadi peluang
yang sungguh mencabarkan untuk kami semua untuk menjalankan aktiviti dengan
lancar dan tidak bercedera. Selain itu, aktiviti ini pada mula-mulanya telah
bertentangan dengan masa kuliah dalam kampus. Namun begitu masalah ini telah
diselesaikan dengan pertukaran masanya. Sejajar dengan itu, halangan yang
terdapat dalam program ini ialah cuaca. Hujan yang lebat telah menyebabkan
perjalanan kami semasa mendaki gunung lebih licin dan tidak rata. Namun begitu,
dengan bekerjasama antara satu sama lain, kami berjaya menyelesaikan aktiviti
kembara ini tanpa cedera.

Anda mungkin juga menyukai