Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPG KKB

NAMA : MOHAMAD AZLAN BIN MOHD KAMARUDDIN

TEMPAT : LATA BELATAN, BESUT, TERENGGANU

TARIKH : 1-3 SEPTEMBER 2013

Sebagai pasukan Unit Beruniform, aktiviti perkhemahan amat dititik beratkan


kerana melalui aktiviti seperti ini dapat melahirkan pemimpin yang berdedikasi yang
bakal menjadi pemimpin di sekolah-sekolah setelah ditempatkan di mana-mana
sekolah. Oleh itu, sangat penting guru pelatih didedahkan dengan pelbagai ilmu
pengetahuan tentang perkhemahan seperti bagaimana cara mendirikan khemah
dengan betul, membina pelnbagai gejet, menguasai pelbagai jenis ikatan dan simpulan,
kemahiran membina gadget dan pioneering, pengurusan diri dan ikhtiar hidup di hutan,
pertolongan cemas serta pelbagai jenis aktiviti social kemasyarakatan.

Tambahan pula, melalui aktiviti perkhemahan juga, sikap kerjasama dan


kesatuan dalam melksanakan kerja juga dapat diterapkan dalam diri individu peserta.
Hal ini akan menjadi punca kejayaan sesuatu pasukan dalam melaksanakan sesuatu
aktiviti dengan jayanya. Amalan nilai-nilai murni ini bukan sahaja dapat diterapkan
sepanjang perkhemahan, malah juga dapat diterapkan semasa sebelum dan selepas
perkhemahan. Selain itu, pengajaran ini juga dapat dilaksanakan secara realistic, bukan
hanya sekadar teori. Tambahan pula, pengajaran secara pengalaman secara langsung
ini dapat member kesan yang lebih mendalam dan lebih sukar untuk dilupakan.

Pada 28 Julai 2013, Kami telah diberi taklimat secara rasmi oleh pensyarah
penasihat Bulan Sabit Merah, En Hazidi tentang aktiviti perkhemahan yang akan
diadakan pada 25 hingga 27 Julai 2013 di Dewan Terbuka NN. Setelah mendapat
taklimat, Kami bertindak segera untuk memastikan perkhemahan ini berjalan dengan
lancar dengan membuat jadual pembahagian tugasan mengikut kumpulan. Walau
bagaimanapun, setiap kerja yang dibahagikan tetap melibatkan semua ahli Bulan Sabit
Merah kerana untuk meringankan beban ahli tersebut sementara ahli tersebut bertindak
sebagai ketuayang mengetuai tugasan tersebut. Hal ini akan menjadikan setiap aktiviti
dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan teratur.

Pada hari tersebut, setiap Pasukan Unit Beruniform dikehendaki mengambil


barangan yang akan dibawa ke tapak perkhemahan. Sepanjang mengambil barang,
saya dapati kerjasama dalam ahli kumpulan sangat penting untuk memastikan kerja
yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, kami juga telah
menyediakan senarai barangan yang diperlukan agar memastikan tiada barang yang
tertinggal. Hal ini menunjukkan kemahiran menguruskan logistik barangan sangat
penting untuk memastikan barangan yang diambil dan yang akan dihantar semula
mencukupi sama seperti jumlah yang diambil. Hal ini sangat penting untuk menerapkan
nilai seorang ahli Bulan Sabit Merah yang merupakan individu yang bertanggungjawab
dan boleh dipercayai.

Setelah selesai menguruskan barangan yang perlu dibawa, kami diberi taklimat
akhir perkhemahan sekali lagi untuk membincangkan tentang segala perlatan dan
persiapan sebelum bertolak ke tapak perkhemahan di Lata Belatan, Besut,
Terengganu. Selain itu, kami juga mengambil kesempatan ini untuk membincangkan
menu yang akan dimasak sepanjang berada di tapak perkhemahan dan membuat
pembahagian tugasan serta membuat jadual tukang masak. Hal ini supaya setiap
perancangan dapat berjalan dengan lancar dan sistematik. Tambahan pula, sekiranya
pembahagian tugasan dapat dimaklumkan kepada ahli dengan lebih awal, setiap
individu akan bertanggungjawab supaya bersedia untuk bertindak setelah arahan
dikeluarkan. Perancangan awal juga dapat dibuat supaya tidak berlsku huru-hara
semasa mengendalikan tugasan.

Tanggal 1 Ogos 2013, Hari Isnin, tepat jam 7.00 pagi, kami telah berada di
tempat bekumpul sementara menunggu bas iaitu di Padang IPGKKB. Kami telah
bekerjasama mengangkat barang untuk dimasukkan ke dalam bas. Kami telah
membuat rantaian untuk mengangkut barangan dengan lebih cekap dan teratur.
Tambahan pula, dengan menggunakan kaedah ini, kami dapat menjimatkan tenaga dan
masa untuk mengangkat barangan dan dapat bertolak lebih awal. Disamping itu, AJK
logistik meneruskan pelaksanaan tugasan mereka untuk membuat semakan terakhir
tentang barangan yang akan dibawa untuk mengelakkan daripada tertinggal barangan.
Dengan kerjasama ahli BSM tersebut, kerja logistiK dapat dilaksanakan dengan lebih
cekap dan kemas. Hal ini menunjukkan segala perancangan awal dan membuat list
barangan serta jadual aliran kerja sangat membantu kami untuk memastikan apa yang
dirancang dapat berlangsung dengan lancar.

Tepat jam 7.55 pagi, kami telah selesai mengangkat barang-barangan yang akan
dibawa ke dalam bas setelah selesai membuat semakan sebelum bertolak. Kemudian,
kami telah bertolak Ke Lata Belatan pada jam 8.00 pagi . Perjalanan kami ke Lata
Belatan mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih ini telah memberi peluang kepada
saya untuk menghayati nikmat bermusafir yang mempunyai kelebihan tersendiri. Di
samping itu, hal ini juga menunjukkan bertapa mudahnya untuk kita menjadikan setiap
perbuatan atau amalan kita dapat dijadikan sebagai satu ibadat serta manjadikan setiap
perbuatan kita bukan hanya mendapat manfaat di dunia sahaja, malah di Akhirat jua.
Setelah 1 jam perjalanan, kami telah berhenti di sebuah kedai untuk makan pagi.
Selepas makan, kami meneruskan perjalanan kami ke Lata Belatan.

Tepat jam 12 tengah hari, kami telah tiba di destinasi kami iaitu Lata Belatan,
Besut, Terengganu. Kami diarahkan mengangkat barang-barangan yang kami bawa ke
tapak perkhemahan. Separuh daripada barang kami diangkat menggunakan kenderaan
yang telah disediakan. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat
pembahagian tugas. Ada ahli yang ditugaskan untuk mendirikan khemah, dan ada juga
dikehendaki menyediakan makanan untuk dinikmati bersama-sama. Dengan adanya
pembahagian kumpulan untuk menjalankan pelbagai tugasan, sesuatu gerak kerja
dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan sistematik. Selain itu, kerjasama yang baik
juga dapat diterap dalam diri bakal guru pemulihan.

Setelah selesai melaksanakan tugas mengikut kumpulan masing-masing, kami


makan tengah hari sebelum mendengar taklimat perkhemahan daripada pihak GERKO.
Tepat jam 3.00 petang, kam dikehendaki berkumpul dan mendengar taklimat dan
penerangan pelbagai aspek iaitu aktiviti, keselamatan, kebersihan dan sebagainya.
Kemudian kami dipecahkan kepada kumpulan pasukan unit beruniform untuk
melaksanakan aktiviti mengikut pasukan. Kami pulang semula ke tapak perkhemahan
untuk menyelesaikan tugasan yang masih belum selesai. Kumpulan yang terlibat
dengan masakan meneruskan tugas mereka untuk masak makan malam.

Pelbagai aktiviti telah kami laksanakan sepanjang perkhemahan ini. Contohnya


mengikuti kelas ikatan dan balutan, pertolongan cemas, senamrobik, menyanyi lagu
BSMM, malam kebudayaan dan sebagainya. Pada malam tersebut adalah malam
kemuncak perkhemahan iaitu malam kebudayaan, kami dikehendaki membuat
persembahan mengikut pasukan unit beruniform. Pelbagai persembahan menarik yang
telah dipersembahkan oleh pasukan yang terlibat. Alhamdulillah, walaupun pasukan
kami telah tidak mendapat tempat yang pertama untuk persembahan pada malam
kebudayaan tersebut tetapi kami semua seronok.

Pada keesokan harinya, kami dikejutkan dengan mengikuti ‘Bantuan Operasi


Menyelamat dan saya pada masa itu ditugaskan menjaga di bahagian Hospital Field
(HF). Hal ini memeberi pengalaman bermakna kepada saya sepenjang mengikuti
aktiviti perkhemahan ini dan sebagai Persediaan kepada diri saya sekiranya saya
tersesat di dalam hutan. Apa yang penting bagi ahli BSMM ialah tida perlu panik
semasa berlaku masalah

Pada jam 3 petang setelah selesai solat zohor, kami mula mengemas peralatan
perkhemahan sebelum majlis penutup bermula. Kami saling bekerjasama menguruskan
segala peralatan dan memastikan tapak perkhemahan kembali kepada keadaan asal.
Setelah selesai majlis penutup, kami terus berangkat pulang ke kampus untuk
meneruskan kehidupan seperti biasa. Kami berharap aktiviti seperti ini dapat dijalankan
lagi kerana pelbagai manfaat dapat saya peroleh. Hal ini juga turut mengajar erti
kehidupan yang sebenar kepada saya dan membuat diri saya supaya bersyukur
dengan apa yang telah saya miliki hari ini.

Anda mungkin juga menyukai