Anda di halaman 1dari 4

Laporan Ahli Jawatankuasa Penginapan dan Pengangkut , dan

Senamrobik

Oleh: Lim Jia Jing

Sebagai memenuhi subjek PJM3113 Pendidikan Luar, kami dari unit


Pendidikan Jasmani IPG Kampus Tun Hussien Onn dikehendaki mengikut Ujian
Amali Pendidikan Luar. Seramai 15 guru pelatih dan 4 orang pensyarah terlibat dalam
Pendidikan Luar ini yang diadakan di Pulau Tinggi, Mersing, Johor pada 10 Mac
hingga 14 Mac 2019. Ujian amali Pendidikan Luar akan dijalankan di Pulau Tinggi.
Ujian Amali Pendidikan Luar adalah bertujuan untuk memberi pengalaman baru
kepada guru-guru pelatih iaitu melalui cara melaksanakan aktiviti yang lebih
mencabar dalam persekitaran yang berbeza seperti di laut dan darat, Hal ini juga
dapat memberi kesedaran terhadap keindahan alam semula jadi di dasar laut melalui
aktiviti snorkelling, berkayak, berkhemah, mengenali flora dan fauna dan sebagainya.
Selain itu, aktiviti ini dapat merealisasikan objektif Pendidikan Jasmani iaitu
melahirkan guru pelatih yang serba boleh dan berketrampilan. Aktiviti yang dijalankan
juga mampu membentuk individu yang berjiwa kental, bersemangat waja, saling
bekerjasama antara satu sama lain dan sabar apabila menhadapi cabaran pada
masa yang akan datang. Antara berikut adalah laporan perjalanan aktiviti yang
berlangsung selama 5 hari 4 malam di Pulau Tinggi.

Sebelum menjalani Ujian Amali Pendidikan Luar yang berlangsung selama 5 hari
4 malam, persediaan awal, mesyuarat dan pembentukkan jawatankuasa
dilaksanakan. Pensyarah-pensyarah telah memberi peluang kepada kami untuk
merancang perjalanan Pendidikan Luar ini dari awal hingga akhirnya dari segi
pengelolaan dan pengurusan. Mesyurat pertama telah diadakan untuk membentuk
AJK Pelaksanakan dan guru pelatih Ooi Yong Yuen telah dilantik sebagai pengerusi
Ujian Amali Pendidikan Luar. Kami semua mempunyai tugas masing-masing dalam
jawatankuasa ini. Manakala, saya telah dilantik sebagai ajk penginapan dan
pengangktan, dan ajk senamrobik. Mesyuarat kedua telah diadakan dengan berfokus
kepada perbincangan tentang peralatan yang perlu disediakan dan dilengkapkan.
Perbincangan tentang penginapan dan pengangkutan juga telah dilaksanakan pada
mesyuarat kedua tersebut.

Dalam mesyuarat kedua, kami menentukan tempat tinggal yang sesuai dan bas
yang ingin digunakan bagi menjayakan Ujian Amali Pendidikan Luar ini. Setelah
meneliti jumlah guru pelatih, saya telah menghubungi pihak pengurus Pulau Tinggi
untuk menempah tempat penginapan manakala saya juga menghantar surat
pemohonan bas untuk memohon sebuah bas IPG. Kami mendapat khemah di dalam
stor Pendidikan Luar kerana salah satu ujian amali Pendidikan Luar adalah
berkhemah. Tiga guru pelatih akan tinggal satu khemah mengikut jantina. Oleh itu,
enam khemah telah dikeluarkan daripada stor Pendidikan Luar. Kami memeriksa
khemah tersebut bagi mengelakkan membawa khemah yang rosak. Manakala,
selepas pemohonan bas diluluskan, saya telah menghubungi pemandu bas IPG iaitu
Encik Mohd Amin untuk memastikan masa dan tempat menunggu bas. Pada 10 Mac,
Bas tiba pada tepat masa iaitu pukul 7 pagi. Kami bekerjasama memindahkan
barang-barang peribadi dan peralatan ke dalam bas. Pukul 7.30 pagi, bas bertolak
pada tepat masa. Pada hari terakhir perkhemahan, saya menghubungi pemandu bas
IPG. Mengikut tentatif program, kami dijangka akan menamatkan Ujian Amali
Pendidikan Luar pada pukul 12.30 tengah hari. Bas tiba awal iaitu sebelum pukul
12.30 tengah hari dan kami memindahkan barang-barang ke dalam bas.

Sebagai ajk senamrobik, saya telah mencari dan memilih lagu senamrobik yang
sesuai selepas perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah. Pensyarah juga
ada memberi candangan dan bimbingan kepada saya pada pemilihan lagu. Hal ini
juga dapat meningkat komunikasi saya dengan pensyarah, saya juga dapat
mempelajari bagaimana memilih lagu yang sesuai untuk aktiviti senamrobik. Selepas
pemilihan lagu, saya telah merancang dan melatih pergerakan asas serta gaya yang
sesuai berserta iringan lagu tersebut. pada 10 Mac 2019, aktiviti senamrobik tidak
dilaksanakan pada hari pertama kerana kami bertolak ke Pulau Tinggi pada jam 7.30
pagi. Aktiviti senamrobik pertama telah dilaksanakan pada jam 6.30 pagi hari kedua
iaitu 11 Mac 2019. Semua guru pelatih memakai baju sukan yang lengkap dan tepat
menghadiri aktiviti senamrobik. Tetapi, kekurangan peralatan telah mempengaruhi
kelancaran aktiviti senamrobik tersebut. Hal ini disebabkan alatan ‘speaker’ tidak
dibawa daripada IPG. Oleh itu, Lagu senamrobik daripada komputer tidak kuat
menyebabkan kami tidak semangat semasa melakukan senaman pagi. Tetapi, hari
ketiga iaitu 12 Mac 2019, aktiviti senamrobik telah dijalankan dengan lancar kerana
“speaker” telah dipinjam daripada pihak pengurus Pulau Tinggi. Guru pelatih dan
pensyarah juga melibatkan diri secara aktif dalam aktivit senamrobik dan
mewujudkan suasana yang hamoni. Maka senamrobik seterusnya dijalankan dengan
lancar.

Melalui ujian amali Pendidikan Luar ini, saya dapat mempelajari pengelolaan dan
pengurusan dari awal hingga akhirnya. Ini merupakan pengalaman menjadi ajk
penginapan dan pengangkutan, dan senamrobik yang bermakna kepada saya yang
akan digunakan pada masa kelak. Banyak perkara baru yang kami perolehi
sepanjang melaksanakan tugas sebagai AJK Ujian Amali Pendidikan Luar ini.
Walaupun terdapat sedikit masalah yang timbul semasa Ujian Amali Pendidikan Luar
ini., kami berusaha menjalankan tugas sebaik mungkin. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada semua yang memberi tunjuk ajar kepada kami dan AJK dalam
melaksanakan amanah yang diberikan sepanjang Ujian Amali Pendidikan Luar ini.
Semoga Ujian Amali Pendidikan Luar kali ini memberi manfaat kepada kita semua
dalam melaksanakan program-program yang lebih baik pada masa akan datang.

Gambar-Gambar Ujian Amali Pendidikan Luar .

Kami memindahkan barang-barang dan peralatan ke atas bas pukul 7 pagi pada 10
Mac 2019.

Tempat penginapan Ujian Amali Pendidikan Luar.


Aktiviti senamrobik pada 11 Mac 2019.

Aktiviti senamrobik pada 12 Mac 2019.

Anda mungkin juga menyukai