Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG)

NAMA ZULKIFLI. NO. KAD PENGENALAN NO. MATRIK UNIT PENSYARAH

: ASYRAFF NAZREEN HAIKAL BIN : 890916-10-5193. : 5191. : PISMP, SAINS 2 JANUARI 2009. : ENCIK AZMAN BIN OMAR

Halaman Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap- tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya

Nama

: ASYRAFF NAZREEN HAIKAL BIN ZULKIFLI

Tandantangan

PENDAHULUAN Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksanakan pada tahun 2001 untuk memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra-perkhidmatan. Pembinaan Insan Guru adalah adalah asas pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara Bangsa.

RASIONAL Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam Model Konseptual Pendidikan Guru, elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberi penekanan dalan proses pembentukan insan guru yang menyeluruh dan seimbang. Atas kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi role model kepada masyarakat, guru harus mampu menangani cabaran era globalisasi. Berdasarkan rasional di atas, maka program BIG dilaksanakan di maktab perguruan. Semua guru pelatih (guru pra-perkhidmatan) wajib mengikuti kursus dan lulus kursus dengan jayanya. Kursus BIG mengandungi tiga tema utama iaitu Konsep dan Ciri-Ciri Dalam Pembinaan Insan Guru, Pembinaan Insan Guru, serta Peranan dan Tanggungjawab Insan Guru.

OBJEKTIF

1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat perancangan dan pelaksanaan sesuatu program atau aktiviti. 2. Menunjukkan komuniti. 3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran berbeza. 4. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti. 5. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 6. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. 7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. 8. Berkeupayaan bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. 9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritis ke atas pemgambilan kekuatan dan kelemahan diri secara berterusan. kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim Segala pujian bagi Allah dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah,kurnia dan inayah-Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah selaku tutor kepada kelas kami Encik Azman Bin Omar kerana telah membantu dan membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menjayakan program Bina Insan Guru (BIG) ini. Segala pandangan, nasihat dan idea yang diberi akan kami gunakan sebaiknya dan akan kami aplikasikan dalam pembelajaran. Jasa beliau akan dikenang selagi hayat dikandung badan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kerana telah menyumbangkan tenaga dan idea ketika kami berada di dalam kesusahan dan masalah. Kenangan bersama kalian akan terpahat dalam lipatan kenangan seumur hidup saya. Saya berharap agar Program BIG pada kali ini dapat dijadikan panduan dalam membentuk diri saya sebagai bakal guru yang akan mendidik anak bangsa akan datang. Semoga Allah memberkati usaha kami ini. InsyaALLAH Sekian,Terima Kasih

LAPORAN BINA INSAN GURU 2010 TARIKH TEMPAT MASA PENGLIBATAN : 03.04.2010. : Tadika Kemas, Kampung Amir, Besut Terengganu Darul Iman. : 8.30 Pagi 4.30 Petang. : 19 Orang (Pelajar), 1 orang (Pensyarah).

8.00 Pagi Kami bangun serta bersiap untuk program Bina Insan Guru kami kali ke-3. Program BIG pada kali ini, kami dikehendaki menjalankan suatu program khidmat

pendidikan/masyarakat di mana-mana institusi yang bersesuaian.. Malam sebelumnya kami bertolak ke destinsi iaitu, Tadika Kemas, Kampung Amir, kami telah mengadakan satu perjumpaan yang terakhir kali agar BIG kami pada kali ini berjalan dengan lancar.

Kami menuju di hadapan Bangunan Pentadbiran kerana bas yang akan kami naiki menunggu disana. Setiap orang dari kami membawa apa yang perlu untuk kegunaan disana. Setelah memastikan semuanya sempurna, ketua unit memberi isyarat kepada pemandu bas bahawa kami telah bersedia.

8.30 Pagi Kami selamat sampai ke Tadika Kemas, Kampung Amir yang mengambil masa hampir 20 minit sahaja. Turunnya sahaja daripada bas, kami telah disambut baik oleh Guru pembimbing dan para-para pembantunya. Kami berasa amat teruja sekali

membayangkan bagaimana harus kami menjalankan aktiviti dengan lancar, Pandangan pertama kami terhadap tadika tersebut tidaklah terlalu teruk . hal ini mungkin kerana tadika ini merupakan wakil Besut bagi pertandingan di peringkat Terengganu. Perkara yang pertama yang kami lakukan setibanya di situ ialah kami mengeluarkan barangbarang daripada bas.

8.45 pagi Selesai sahaja barang di punggah, saya memanggil semua ahli untuk membahagikan kerja kepada kumpulan masing-masing.

9.00 Pagi Kumpulan dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri dari golongan lelaki dan perempuan. Ini kerana, lelaki tidak dapat bekerjasama dengan baik bersama perempuan. Jadi, kumpulan lelaki akan membantu di jentera kawasan luar Tadika Kemas, manakala perempuan pula di dalam kawasan Tadika Kemas. Aktiviti pertama yang kami lakukan ialah, senamrobik bersama kanak-kanak yang seramai 10 orang. Ketika ini, ramai lagi yang tidak sampai, barangkali ibu bapa mereka sibuk. Tanpa membuat masa, kumpulan lelaki terus ke taman atau halaman tadika tersebut untuk menjalankan aktiviti membersihkan kawasan halaman. Kami mulakan aktiviti kami dengan pembersihan halaman iaitu aktiviti mencabut rumput semak-samun dan lalang, Seterusnya, ada diantara kami yang menjalankan aktiviti mengecat semula taman permainan yang terletak di tadika tersebut. Setelah selesainya senamrobik, kumpulan perempuan membawa masuk kanak-kanak ke dalam Tadika untuk aktiviti seterusnya seperti yang dirancangkan.

Setelah hampir sejam bekerja, kumpulan lelaki yang paling penat sekali kerana terpaksa berdepan dengan kepanasan matahari. Ketika ini, kepenatan yang menguasai diri kami telah Berjaya dikurangkan apabila Encik Azman Bin Omar telah belanja kami dengan 9 bungkus teh o ais. Namun, yang menariknya lelaki ini ialah mereka tidak terburu-buru melakukan sesuatu seperti perempuan. Kami berehat secara mengikut giliran masing-masing.

10.30 Pagi Kali ini kami berehat dengan lebih selesa kerana makanan telah disediakan daripada pihak pengurusan Caf Mak Long dan juga daripada pihak Tadika itu sendiri. Mee goreng yang berlaukkan sos pedas, kuih karipap dan juga teh o ais menjadi suatu nikmat yang tidak boleh dilepaskan ketika itu. Kami berehat hampir selama setengah jam kerana penat yang terasa ini tidak boleh dihilangkan dengan serta-merta. Tidak kurang daripada itu, ada sebilangan dari kami yang berbual dengan tukang kebun, guru tadika dan juga para ibu bapa. Dengan serta merta ini dapat mengeratkan hubungan antara kami dengan penduduk setempat.

11.00 Pagi Kami meneruskan tugas-tugas masing seperti awal pagi kecuali ketika ini kumpulan perempuan telah tamat dengan tugasan mereka, maka mereka terpaksa melayan kanak-kanak ketika di dalam Tadika itu. Hampir sejam setengah kumpulan lelaki meneruskan aktiviti mereka, maka perempuan telah dating membantu walaupun sedikit. Mereka mulakan dengan aktiviti menyapu itupun di kawasan yang redup. Walaupun mereka tidak tangkas tapi kerja mereka memuaskan. Tepat pukul 12.20 tengah hari, seorang pekerja dari caf Mak Long telah membawa makanan tengah hari sekali dengan makan ringan untuk petang nanti. AJK makanan yang telah dilantik diarahkan mengurus bahagian makanan dan akan membahagikan makanan itu kemudian.

12.30 Tengah Hari Encik Azman mengatakan bahawa saya sudah boleh membuat majlis penutup kerana kebanyakkan ibu bapa telahpun menunggu anak-anak mereka. Jadi, ketika itu, saya mengarahkan Shukri supaya menjadi pengacara majlis bagi sesi penutupan BIG kali ke-3 ini. Ketika inilah, cenderahati diberikan kepada pihak Tadika sebagai tanda penghargaan kerana memberi kerjasama kepada kami, guru-guru pelatih tapak latihan sebelum menjadi seorang guru yang sebenar.

1.30 Petang Berhenti rehat dan menunaikan solat zuhur secara berjemaah di suran yang berdekatan. Kemudian, pada pukul 2.30 kami meneruskan kerja-kerja pembersihan di kawasan laman hadapan tadika yang tidak siap lagi.

4.30 Petang Setelah segalanya selesai, sekali lagi kami telah berehat untuk menikmati hidangan minum petang. Kami telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru sebelum berangkat pulang. Diharapkan, Program Khidmat Masyarakat kali ini menjadi asas dan panduan kepada kami untuk program yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai