Anda di halaman 1dari 12

Laporan Bina Insan Guru Kohot 11/2011

1.0

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan
Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang
seragam bagi semua program latihan perguruan praperkhidmatan di Institusi
Pendidikan Guru seluruh Malaysia mula diperkenalkan.
Secara umumnya, program BIG bermatlamatkan sebagai satu progam yang merupakan
salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia,
bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, dan
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai
keguruan. Di samping itu, pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran
bahawa profesion perguruan adalah suatu yang mulia dan insan guru adalah pembina
generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, maka guru harus
mampu menyesuaikan diri dalam setiap keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi.
Oleh yang demikian, penghayatan yang mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti
yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah
yang terpuji serta etika perguruan dalam diri setiap bakal guru selaras dengan hasrat
negara. Selain itu, program BIG turut mempunyai objektifnya yang tersendiri.
Antara objektif pelaksanaan program BIG adalah seperti berikut :
1.
Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran
agama;
2.
Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan;
3.
Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental;
4.
Meningkat dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta
perpaduan masyarakat.
5.
Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan.
6.
Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui
amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.
2.0

REFLEKSI

Menerusi Program Bina Insan, banyak pengetahuan yang telah saya perolehi. Aktiviti ini
telah meninggalkan banyak kesan penting pada diri kami samada yang pengalaman
baik yang manis mahupun pengalaman pahit. Pengalaman BIG juga banyak
menyedarkan kami untuk menjadi seorang yang lebih tabah dalam menghadapi liku-liku
kehidupan, mempunyai keyakinan yang tinggi, menanamkan sifat bekerjasama yang
lebih lagi dalam diri, mendalami erti susah dalam kehidupan, memahami ragam orang
lain, belajar mengenai ikhtiar hidup dan banyak lagi.
Bermula pada 25 November hingga 27 November 2011 bertempat di Kem Sri Raudah,
Gombak telah diadakan program Bina Insan Guru Kohot 11 selama 3 hari 2 malam
yang melibatkan Kohot 11A dan 11B. Seramai 161 orang guru pelatih yang terdiri
daripada pelbagai lapisan bangsa. Pada jam 8.00 pagi tanggal 25 November 2011,
semua guru pelatih yang terlibat dikehendaki berkumpul di hadapan Institut
Perkembangan Awal Kanak-Kanak (IEYD). Sementara menanti bas, pengagihan tanda
nama, asrama dan bas diumumkan supaya mereka akan lebih bersedia dan tidak
kelam kabut apabila tiba disana.
Biro makanan memberikan sarapan pagi kepada semua guru pelatih dan pensyarah
kami yang berupa 1 bungkus nasi lemak, 2 biji kuih karipap serta 1 botol air mineral
bagi setiap seorang. Sebelum bertolak juga, kami para guru pelatih dikehendaki
berbaris mengikut 13 kumpulan kecil yang telah ditetapkan seterusnya mendengar
sedikit taklimat daripada Biro Disiplin dan Kebersihan iaitu Puan Noor Rosita dan Puan
Hafizah. Turut memberi taklimat ringkas ialah Biro Pengangkutan dan Biro Penginapan.
Taklimat ini amat penting supaya semua guru pelatih sentiasa bersedia dan memupuk
diri menjadi insan yang mulia dan berjiwa kental ketika berada di kem nanti.
Hampir jam 9.00 pagi, bas-bas yang ditunggu akhirnya tiba di hadapan IEYD dan kami
bertolak menuju ke Kem Sri Raudah, Gombak. Tetapi malangnya, sebuah bas telah
rosak dan kami terpaksa menggunakan 3 buah bas sahaja. Walaubagaimanapun,
keadaan terkawal dan semua guru pelatih selamat menaiki bas.
Pada jam 9.30 pagi, kami tiba di kem. Selesai menurunkan barang daripada bas, kami
dikehendaki untuk berkumpul di Dataran Sri Raudah untuk mendengar taklimat
keselamatan dan peraturan yang disampaikan oleh Encik Mustaffa, Encik Ahmad

Hazman dan fasilitator-fasilitator. Selesai taklimat, kami diarahkan untuk berada dalam
kumpulan dan segala barang kami di letakkan di satu sudut sebelum masuk ke bilik.
Selepas itu, aktiviti EXPLORACE pun bermula dimana setiap kumpulan perlu
menghabiskan sebanyak 20 CP (check point) selama 2 jam. Diantara aktivit yang
dijalankan seperti Layang-layang, Badut, Mencari Guli, Payung Terjun, Jigsaw Puzzle,
Mencari Manik, Belon Air dan macam-macam lagi. Saya adalah dari kumpulan 7 telah
berjaya melakukan 10 aktiviti dan ada juga kumpulan lain yang melakukan sehingga 13
aktiviti.
Semasa aktiviti ini dijalankan saya dapat lihat dan merasai keseronokan pada wajah
setiap guru pelatih dimana mereka sentiasa bekerjasama diantara satu sama lain dan
memberikan pendapat masing-masing untuk menyelesaikan segala masalah atau
pertanyaan yang timbul.
Selesai saja kesemua aktiviti, tiba masanya makan tengahari dan solat Zohor serta
Solat Jumaat bagi kaum lelaki. Tepat pada jam 2.30 petang, kami berkumpul semula di
dataran mengikut kumpulan. Pada ketika ini, Cik Norazura iaitu Pensyarah kami
memberi tugasan untuk setiap kumpulan bagi menyediakan trademark, hakka, visi
dan misi yang akan dibentangkan pada malam nanti.
Seterusnya, Cik Norazura meminta kami bersedia dahulu dengan trademark beserta
nama kumpulan. Senarai nama kumpulan ialah seperti berikut:
Kumpulan 1: DELTA
Kumpulan 2: KEBABOM
Kumpulan 3: PRAVO
Kumpulan 4: HARIMAU BELANG
Kumpulan 5: 12 SUARA 1 HATI
Kumpulan 6: HERITAGE
Kumpulan 7: SAWA BELIT TELAN KAU
Kumpulan 8: FIGHTER
Kumpulan 9: JALINAN KASIH DI ALAM RIMBA
Kumpulan 10: WONDERPET
Kumpulan 11: STRAIGHT FOREVER
Kumpulan 12: THE BOOM
Kumpulan 13: DONAT WANGI
Setiap kumpulan akan mempersembahkan trademark masing-masing dan disini saya
dapat lihat setiap guru pelatih mulai berani menunjukkan gaya dan bersuara dengan

kuat serta jelas untuk memperkenalkan kumpulan mereka. Selesai saja aktiviti ini,
setiap 7 orang di dalam kumpulan diminta untuk pergi ke setiap kumpulan yang lain
secara bergilir-gilir dengan tiupan wisel dari Cik Norazura. Tujuannya ialah supaya 7
orang dari setiap kumpulan tersebut berani memperkenalkan diri dan mulai kenal
sesame sendiri. Untuk sesi ini, barulah kami sedar bahawa kita tidak boleh
mementingkan diri sendiri dan perlu keluar dari kepompong serta perlu bertegur sapa
demi mengeratkan hubungan silaturrahim.
Kemudian, kami kembali semula ke dalam kumpulan masing-masing dan setiap ahli
perlu duduk di tengah-tengah bulatan dan mendengar serta menerima segala komen
positif dan negatif dari ahli-ahli kumpulan masing-masing. Sesi ini sangat bagus kerana
sekurang-kurangnya kita sedar dimana kita berada dan sentiasa menerima pendapat
orang lain walaupun negatif. Ini adalah kerana, ia dapat mematangkan daya pemikiran
dan sikap kita apabila menempuh dunia pekerjaan yang sebenar.
Aktiviti seterusnya, setiap kumpulan diminta berdiri, membuat bulatan dan memasang
kekuda serta seorang ahli di dalam kumpulan berdiri di tengah-tengah. Tujuannya ialah,
memupuk perasaan saling percaya di kalangan rakan-rakan kita. Ahli yang ditengah
diminta menyilangkan tangan dan rapat ke dada serta menutup mata. Secara perlahan
badan direbahkan ke belakang, masa inilah kita mesti meletakkan kepercayan kepada
ahli yang lain untuk menyambut badan kita dan menolak dengan lembut kearah ahli-ahli
yang lain. Ia sangat menyeronokkan dan kami mulai merasakan bahawa setiap ahli di
dalam kumpulan bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri serta
bekerjasama.
Akhir sekali, ini adalah antara aktiviti yang memberi kesan yang mendalam buat kami
dimana setiap ahli dalam kumpulan akan dijulang dengan kiraan 10. Kami berasa
sangat bangga dan gembira apabila ada dikalangan ahli yang memiliki saiz yang agak
besar seperti saya tetapi berjaya dijulang. Secara keseluruhannya, kepercayaan yang
berjaya dipupuk antara satu sama lain adalah sangat bermakna dan penting.
Berakhirnya aktiviti bersama Cik Norazura, kami disediakan minum petang dan terus
membersihkan diri serta solat Maghrib. Selepas itu, kami berkumpul semula di Dewan
Serbaguna untuk mempersembahkan hakka, visi dan misi kami. Setelah itu, Encik

Ahmad Hazman iaitu Pensyarah kami memulakan aktiviti yang digelar Ping Pong
Piang. Tujuannya adalah untuk melihat tahap komunikasi diantara ahli-ahli dan
kumpulan yang lain. Aktiviti yang seterusnya ialah Blackberry Karat, En Ahmad
meminta semua Ketua kumpulan hadir ke hadapan dan membaca beberapa keratan
ayat. Ayat itu perlu dihafal oleh ketua kumpulan yang pertama dan dibisikan ke telinga
ketua kumpulan yang lain secara turutan. Setiap ketua masuk semula kedalam
kumpulan dan memberitahu ahli-ahli yang lain apa yang didengar. Encik Ahmad
meminta seorang ahli yang lain dalam setiap kumpulan menyatakan ayat-ayat tersebut.
Ketika ini, semua guru pelatih berasa geli hati dan terpinga-pinga kerana semua ayat
yang didengar dan disebutkan adalah salah. Disini kita dapat lihat bahawa, setiap katakata dari rakan-rakan janganlah diambil kira sangat sebab belum tentu infromasi atau
khabar angin yang kita dengar itu benar atau palsu. Adalah lebih baik jika terdapat
persoalan, terus pergi kearah orang tersebut dan meminta penjelasan yang terang serta
betul.
Goreng Pisang ialah aktiviti kami seterusnya, dimana setiap kumpulan dibahagikan
kepada 2 kumpulan yang besar. Aktiviti ini memerlukan kerjasama dan komunikasi yang
baik. Kedua-dua kumpulan ini perlu mencipta perkataan dalam masa yang singkat
dengan mengikut kata sepakat dari setiap ahli. Jika salah satu kumpulan tidak sepakat,
maka kumpulan itu kalah.
Tiba larut malam, semua guru pelatih diarahkan untuk membuat Tugu demi Satu
Matlamat. Secara jujurnya, memang berlaku salah faham dikalangan guru pelatih.
Walaubagaimanpun, kami berjaya melakukan 90% secara betul dan perlu perbaiki lagi
kesilapan kami. Aktiviti kami yang terakhir pada malam itu ialah menaikkan bendera,
Pengerusi Kem BIG dipanggil oleh Cik Norazura dan diarah membaca satu artikel
tentang sebuah sekolah dikawasan pendalaman yang telah dilanda bencana. Hanya
Pengetua saja yang terselamat dan terdapat beberapa orang kurang upaya perlu
diselamatkan beserta cikgu-cikgu dan anak murid. Kesemua mereka ini perlu
dipindahkan ke suatu tempat yang selamat, tetapi di kawasan tersebut ada binatang liar
yang akan menganggu. Untuk mendapatkan pertolongan, Pengetua dan cikgu-cikgu

yang lain perlu berbincang bagaimana untuk meminta bantuan dari orang lain dengan
menggunakan PVC, tali rafia, pita pelekat dan bendera yang disediakan.
Sebelum aktiviti ini bermula, Pengetua (Pengerusi Kem BIG) akan berbincang dengan
Cikgu-Cikgu (Guru Pelatih yang terpilih) terlebih dahulu apa strategi yang perlu
dilakukan. Setelah diberi masa beberapa minit, Pensyarah meminta kami mulakannya
dengan arahan melalui tiupan wisel.
Selepas wisel ditiupkan, Cikgu akan memberi arahan kepada segelintir anak-anak
murid untuk melalui halangan yang disediakan dan berkumpul di tempat yang selamat.
Kemudian mereka yang kurang upaya akan dibantu oleh Cikgu dan anak murid yang
lain untuk melepasi halangan. Ketika melepasi halangan tersebut, binatang liar
(Fasilitator) mula bertindak untuk mengganggu anak murid, orang kurang upaya dan
cikgu-cikgu yang lain. Walaubagaimanapun, mereka semua bekerjasama membantu
dan ketika inilah ada berlaku sedikit salah faham dimana PVC yang terdapat disitu
digunakan untuk menghalau binatang liar dan secara tidak sengaja, ada dikalangan
Fasilitator tercedera. Pensyarah kami iaitu Cik Farahdilla mula bersuara dan
memberhentikan salah faham tersebut. Apabila semuanya terselamat, kami perlu
menaikkan bendera menggunakan peralatan yang disediakan untuk meminta bantuan
dari orang luar. Berlaku masalah apabila strategi kami menaikkan bendera ini tersilap
langkah dan kami berasa bertuah sangat sebab Encik Ahmad Al-Amiri (Ketua Projek
Kem BIG) beserta fasilitator yang lain memberi beberapa tip kepada kami supaya ia
dapat dinaikkan.
Dari masa ke semasa, walaupun banyak rintangan yang kami lalui bendera tersebut
berjaya dinaikkan dan kami sangat berpuas hati kerana adanya kerjasama dari semua
rakan-rakan. Tepat jam 3.00 pagi, kami menurunkan bendera dan membersihkan
kawasan tersebut. Namun, ianya tidak berakhir disitu sahaja kerana kumpulan 1 hingga
6 perlu bertugas secara bergilir-gilir sebagai sentri untuk menjaga barang amanah
bermula jam 3.30 pagi hingga jam 6.00 pagi.
Pada hari yang ke-2, jam 6.00 pagi kesemua guru pelatih Muslim diminta ke Dewan
Serbaguna untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Selesai solat, Ustaz
Johani mulai Kuliah Subuh sehinga jam 7.30 pagi. Kemudian, kami kembali semula ke

bilik dan menyalin pakaian BIG serta terus berkumpul, bermain Goreng Pisang dan
melakukan aktiviti memanaskan badan di dataran.
Selesai bersenam, sarapan pagi disediakan dan bermulalah aktiviti outdoor yang akan
dilakukan di kem dan di dalam hutan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Jungle
Tracking, Survival, Ikhtiar Hidup, Orienteeing dan High Rope. Semua kumpulan
akan dibahagi-bahagikan dimana kumpulan 1-7 akan melakukan aktiviti di dalam hutan
terlebih dahulu dan kumpulan yang selebihnya akan melakukan aktiviti High Rope dan
Orienteeing secara bergilir-gilir.
Ketika aktiviti ini berlangsung, saya tidak dapat mengikut bersama kerana kecederaan
pada lutut dan saya ada juga meminta pendapat fasilitator dan jurulatih. Mereka
menasihati saya untuk tidak meneruskan aktiviti kerana bimbang akan keselamatan
saya dan akan menyusahkan orang lain. Saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti ini
kerana perjalanan aktiviti yang sedikit lasak di mana memerlukan saya untuk menyorok
dan merangkak yang mana saya sedikit risau akan membawa impak kepada kesihatan
saya. Namun, melalui pemerhatian saya sepanjang aktiviti ini berjalan, apa yang dapat
saya perhatikan ialah semangat setiakawan dan saling percaya antara satu sama lain.
Sementara menanti kepulangan mereka, saya memantau keadaan sekeliling dan
memastikan kesemua guru pelatih berada dalam keadaan baik dan selamat. Selain itu
juga, semangat saling bekerjasama, memahami antara satu sama lain serta sentiasa
bersikap positif jelas terserlah dalam kalangan guru pelatih walaupun mereka berbeza
dari segi saiz badan, agama, bangsa dan juga budaya amalan.
Turut hadir pada aktiviti tersebut ialah Encik Ahmad Hazman dan fasilitator-fasilitator
yang lain. Sepanjang aktiviti tersebut berjalan, semangat kerjasama, tolong-menolong
antara satu sama lain tanpa mengira batasan masing-masing, sikap proaktif dan aktif
yang ditonjolkan dalam kalangan guru pelatih sedikit sebanyak mengagumkan kami.
Selesai sahaja aktiviti tersebut, seterusnya ialah aktiviti Survival yang dikendalikan
oleh jurulatih Kem Sri Raudah dan beberapa orang lagi fasilitator. Melalui aktiviti ini kita
akan dapat lihat bagaimana kawan kita tidak akan melepaskan tangan kita tidak kira
betapa deras air terjun yang mendatang walaupun masing-masing diselubungi
perasaan takut. Oleh yang demikian, apa yang dapat saya simpulkan ialah dalam

menghadapi kehidupan, kehadiran kawan mahupun sahabat sebagai teman adalah


penting dan kepercayaan menjadi tali pengukur yang mengukuhkan lagi talian
persahabatan itu sendiri.
Untuk aktivit Survival, guru pelatih diminta untuk merempuh halangan yang ditetapkan
iaitu meredah sungai, mendaki, memasuki terowong dan melepasi lumpur. Selesai saja
aktiviti ini, ramai yang keletihan dan lapar. Jadi, aktiviti seterusnya guru pelatih perlu
menyediakan juadah serta memasak. Aktiviti ini lebih dikenali sebagai Ikhtiar Hidup
dimana ia mengajar kita bagaimana untuk berdikari ketika di dalam hutan. Melalui
aktiviti ini juga, hubungan kami sesama ahli kumpulan bertambah erat dan pemupukan
sikap saling percaya semakin menebal. Selain itu juga, sikap seseorang dalam
menghadapi tekanan akan terpancar dan dari situ kita akan mengetahui sikap sebenar
mereka dan ia membantu peserta-peserta lain untuk memahami orang lain dengan
lebih mendalam. Menu kami pada hari tersebut ialah nasi, roti, ubi kentang dan telur.
Selesai saja aktiviti tersebut, kami pulang semula ke kem untuk melakukan aktiviti high
rope. Aktiviti ini agak mencabar kerana ada dikalangan peserta yang takut dan gayat
apabila berada di tempat tinggi. Walaubagaimanapun, kami memberikan tepukan
semangat kepada mereka dan syukur alhamdulilah mereka berjaya untuk melepasinya
tanpa sebarang kecederaan. Keyakinan adalah sangat penting untuk mencapai segala
yang kita impikan.
Pada jam 7.00 malam, kesemua guru pelatih sudahpun menyelesaikan segala aktiviti
yang diberi dan kami pun terus membersihkan diri serta solat. Selesai solat maghrib
diikuti bacaan doa awal muharram, isyak diikuti dengan bacaan doa akhir muharram
dan ceramah motivasi dari Ustaz Johani, malam itu kami disediakan makanan yang
istimewa iaitu ayam panggang. Kebetulan pada malam itu, tema kami adalah santai
kerana aktiviti seterusnya ialah Malam Kebudayaan.
Selepas menjamu selera, kami diminta untuk mempersembahkan arca kumpulan
beserta tujuan arca itu dibina. Selesai persembahan arca kumpulan maka bermulalah
Malam Kebudayaan dimana setiap ketua kumpulan diminta untuk memilih sampul yang
disediakan oleh Ketua Biro Kebudayaan. Setiap sampul yang dipilih adalah bertemakan
guru. Antara kategorinya ialah tarian, nyanyian, pentomen, melodrama, sajak dan dikir
barat. Kesemua ahli kumpulan diberi masa yang sangat singkat untuk membuat

perbincangan kerana ia perlu dilakukan secara spontan dan tiada sebarang alat muzik
pun untuk mengiringi persembahan.
Sepanjang persembahan, kami sangat terhibur dan seronok kerana kesemua guru
pelatih berani dan tidak gementar lagi untuk berhadapan dengan orang ramai. Dengan
cara begini ia dapat meningkatkan keyakinan dalam diri setiap guru pelatih. Setelah
selesai kesemua persembahan, kami diminta untuk membuat 4 kumpulan untuk
bermain Goreng Pisang yang diketuai oleh Pensyarah dan Fasilitator. Suasana ketika
itu sangat meriah dan kami begitu seronok serta segala tekanan yang kami lalui juga
hilang dengan cepat.
Kemudian, kami diarahkan untuk berkumpul di Dewan Serbaguna dan bermulalah sesi
Refleksi atau Muhasabah diri yang dinanti-nantikan oleh kesemua peserta. Ketika ini,
Encik Ahmad Al-Amiri dan Cik Norazura berserta fasilitator-fasilitator mengawal
pergerakan dan memantau kehadiran kami di dewan supaya tidak ada peserta yang
tercicir. Sebelum bermulanya sesi refleksi ini, pensyarah meminta biro-biro dan
pengerusi induk untuk bangun dan menjelaskan permasalahan yang timbul sebelum
dan semasa di kem. Apa yang dapat saya simpulkan, terdapat beberapa biro yang
masih tidak memahami tugas masing-masing dan terjadinya salah faham diantara satu
sama yang lain.
Kesilapan yang jelas dapat saya nyatakan ialah terdapat kesalahan ejaan pada kain
rentang yang diuruskan oleh Puan Suhaimah Abd Razak yang bukan dari mana-mana
biro. Tugasan untuk menyiapkan banner ini sebenarnya harus dilakukan oleh Biro
Publisiti tetapi atas dasar campur tangan Puan Suhaimah, ia telah memalukan nama
kolej ini. Dari sini kita perlulah bersikap professional dan mengaku segala kesalahan
serta nasihat dari pensyarah-pensyarah. Saya sebagai pengerusi bersikap adil dan jujur
atas tugasan yang diberikan oleh pensyarah kepada saya. Alhamdulilah, walaupun ada
dikalangan perserta yang tidak menyukai cara saya menyampaikan arahan, saya
jadikan itu sebagai satu semangat untuk membina keyakinan dan sentiasa menerima
segala tohmahan dengan pemikiran yang positif.
Selepas itu, kami teruskan dengan sesi refleksi walaupun jam sudahpun menunjukkan
pukul 3.30 pagi. Ketika sesi ini, saya dapat lihat ramai yang menangis dan menyedari

bahawa diri ini belum cukup sempurna untuk menjadi insan yang baik. Selesai refleksi
diri, pensyarah mengarahkan kami bersalam-salaman dan memohon maaf diantara
satu sama lain. Syukur kepada Ilahi kerana sesi ini telah membuka minda saya bahawa
untuk menjadi seorang guru bukanlah mudah dan banyak lagi yang perlu saya tuntut
dan pelajari. Selain itu, saya sangat berbangga kerana dipilih sebagai pengerusi dan
belajar bagaimana untuk menguruskan masa, komunikasi dan banyak lagi.
Tepat jam 5.15 pagi, kami berkumpul semula di dataran dan mendengar taklimat dari
fasilitator-fasilitator. Kami diberikan khabar berita yang agak mengejutkan dimana
barang amanah sudah hilang dan tiada siapa menyedari kehilangan barang tersebut.
Para fasilitator mula menanyakan ahli kumpulan yang terlibat dalam sentri ini dan alas
an yang diberikan ialah ramai yang tidak bangun atau berjaga untuk mengawasi barang
sentri itu. Akhirnya, barang amanah tersebut dijumpai oleh salah seorang fasilitator
sendiri dan saya terus dipersoalkan oleh mereka adakah saya dan kesemua peserta
akan bertanggungjawab keatas kesalahan yang kami lakukan? Saya sebagai pengerusi
telah menyahut dan akan bertanggungjawab serta secara automatik akan menjaga
barang amanah tersebut. Barang amanah tersebut akan di jaga bergilir-gilir selama 10
minit oleh setiap guru pelatih.
Pada jam 5.30 pagi iaitu hari yang ke-3, kami pun bersurai dan terus membersihkan diri
kerana selepas ini solat dan motivasi subuh bersama Tuan Haji Amin. Tepat jam 6.00
pagi, ada beberapa guru pelatih saja yang kelihatan mungkin kerana ada yang tertidur
setelah sehari suntuk tidak berehat. Walaubagaimanapun, agenda ini mesti diteruskan
dan alhamdulilah kesemua peserta hadir untuk mendengar motivasi subuh dari Tuan
Haji Amin sehingga jam 7.30 pagi.
Seterusnya pada hari terakhir kami di Kem Sri Raudah, seperti kebiasaannya sesi
senaman pagi pada hari itu dikendalikan oleh Encik Hafiz dibantu oleh beberapa orang
guru pelatih. Selesai sahaja sesi senaman pagi, kami mengambil sarapan pagi dan
terus mengemas bilik kami sementara menunggu agenda seterusnya. Sesi team
building bermula agak lewat iaitu pada jam 10.30 pagi dan sesi ini dikendalikan oleh
Team Encik Rashid. Untuk aktiviti kali ini kami dibahagikan kepada 4 kumpulan yang
besar dimana kumpulan 1-3 adalah kumpulan pertama, kumpulan 4-6 adalah kumpulan

kedua, kumpulan 7-9 adalah kumpulan yang ketiga dan kumpulan keempat ialah
kumpulan 10-13. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Trustfall iaitu jatuh
terlentang, Passing string iaitu tali pusing bulatan, Fliptarp iaitu terbalikkan kanvas
dan akhir sekali Westling iaitu keluarkan baling plastik.
Melalui kesemua aktiviti sepanjang berada di kem ini, saya dapat menzahirkan
perasaan saya sepanjang program BIG Kohot 11 ini berlangsung dan dapat meluahkan
ketidakpuasan hati sekiranya ada masalah yang timbul. Melalui aktiviti refleksi, kita juga
akan dapat mengetahui tentang pandangan orang lain terhadap baik buruknya
pelaksanaan aktiviti BIG. Di samping itu juga, ia turut membantu kita dalam membuat
perubahan ke arah yang lebih positif untuk menjadi yang lebih baik daripada
sebelumnya. Aktiviti Bina Insan Guru ini sedikit sebanyak telah banyak menyedarkan
diri saya tentang profesion perguruan dan saya berasa amat bertuah kerana dapat
menyertai program ini.
Hampir jam 3.30 petang, Majlis penyerahan hadiah pun bermula dan berakhir pada jam
4.30 petang. Sebelum menyambung semula sesi mengemas kami yang tergendala,
para fasilitator meminta semula barang amanah kerana jika barang amanah ini hilang
semula kesemua guru pelatih tidak dibenarkan pulang ke institut. Alhamdulilah, barang
amanah tersebut tidak hilang dan selamat dikembalikan kepada para fasilitator. Tepat
jam 5.00 petang, kami bertolak pulang ke institut.
Secara kesimpulannya, program BIG pada kali ini telah banyak mengajar saya tentang
hidup. Disamping itu juga, setiap pengalaman baik pengalaman manis mahupun pahit
mempunyai nilainya yang tersendiri dan tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Di
samping itu juga, sepanjang saya menjalani program BIG pada kali ini, tiada sebarang
kelemahan yang boleh saya kenal pasti kerana kebanyakan aktiviti adalah seronok
untuk dilakukan. Namun, sebagai suatu cadangan penambahbaikan ialah pihak
pengurusan hendaklah menambahkan satu lagi menu tambahan kerana ada dikalangan
guru pelatih kelaparan pada lewat malam. Selain itu, perlu sediakan lebih banyak air
masak atau mineral kerana ramai yang kekurangan air selepas melakukan aktiviti.
Walaupun program BIG Kohot 11 ini sudah berakhir, namun saya masih bersemangat
lagi untuk mengikutinya buat kali yang seterusnya. Sebagai tambahan, pandangan atau

anggapan awal saya terhadap program BIG sama sekali meleset setelah mengalami
sendiri pengalaman BIG itu sendiri. Apa yang dapat saya simpulkan juga, program BIG
membawa impak yang positif kepada diri saya sendiri dalam memantapkan lagi
semangat dan fokus saya untuk bergelar seorang guru yang berkaliber kelak.
Diharapkan agar program BIG terus kekal dilaksanakan dan termasuk dalam silibus
pembelajaran kami, bakal guru hingga akhirnya kerana ia amat berguna kepada kami
semua dalam memantapkan fizikal dan mental kami serta sebagai suatu persediaan
awal dalam menghadapi dunia pendidikan atau pengajaran yang sebenar.
Laporan disediakan oleh,
..
(RIZLYANA BINTI OTHMAN)
Pengerusi Induk Kem BIG Kohort 11, 2011

Anda mungkin juga menyukai