Anda di halaman 1dari 16

SRZ3033 KEMAHIRAN ASASMUZIK - Unit 5|1

UNIT 5

TRIAD
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:


1. Menjelaskan definisi dan pengertian triad
2. Mengenal past! dari penulisan, triad major dan minor.
3. Mengena! pasti dari penulisan, triad diminished dan augmented.
4. Mengenal pasti dari pendengaran, triad major dan minor.
5. Mengenal pasti dari pendengaran, triad diminished dan augmented.

PENGENALAN
Triad secara teorinya adalah pembentukan tiga not yong disusun rnenegak ke

atas dengan jarakjeda ke-3 antara satu sama lain. Dalam erti kata lain, not-not yang

digunakan bagi rnembentuk triad ialah not 1, not 3 dan not 5 dalarn sesuatu skel

samada major atau minor. Dari segi amalinya pula, triad bermaksud tiga pic yang

dibunyikan serentak iaitu pic bagi not pada darjah pertama, ketiga dan kelima.

Triad digunakan sebagai kord bagi mengiringi sesuatu melodi lagu. Terdapat empat

jenis triad yang digunakan dalam iringan lagu iaitu, triad major, triad minor, triad

diminished dan triad augmented.

Tonaliti Major dan Minor

Tonaliti bermaksud jeda atau jarak antara setiap not yang terdapat dalarn sesuatu skel.

Sebagai contoh dalam skel C Major terdapat 8 not yang terdiri daripada not C, D, E, F,

G, A, B dan C (oktaf). Antara setiap not misalnya jarak antara not C ke not D adalah 2

semiton dan antara not E dan F adalah 1 semiton. Jeda atau jarak antara setiap not

akan menentukan tonaliti Major atau minor.


SRZ3033 KEMAHIRAN ASASMUZIK - Unit 5|2

(a) Tonaliti Major

Berikut merupakan tonaliti Major yang bermula dari not 1 hingga 8 (1 oktaf) berserta

dengan jeda atau jarak antara setiap not.

(b) Tonaliti minor harmonik

Berikut merupakan tonaliti minor harmonik yang bermula dari not 1 hingga 8 (1 oktaf)

berserta dengan jeda atau jarak antara setiap not.


SRZ3033 KEMAHIRAN ASASMUZIK - Unit 5|3

Triad Major dan Minor

Cara permainan alat muzik berpic yang menggabungkan 3 atau lebih not

tersusun yang dimainkan secara serentak akan membentuk kod. Kegunaan kod adalah

untuk niengiringi melodi. Kod yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad. Triad

merupakan gabungan 3 not tersusun yang dibunyikan bersama atau serentak yang

akan menghasilkan bunyi yang harmoni. Untuk membentuk triad, 3 not yang digunakan

ialah not pertama (tonik), not ketiga dan not kelima dari satu skel.

Terdapat dua jenis triad iaitu triad Major dan triad minor. Triad major dihasilkan

oleh not pertama, ketiga dan kelima datam skel major, yakni pic do, mi dan so. Bagi

membentuk triad major, jeda antara not pertama dan ketiga adalah 'major ke-3' (M3)

manakala jeda bagi not ketiga dan ketima adalah 'minor ke-3' (m3).

Dalam menentukan triad Major atau minor, perkara yang paling penting ialah

jarak atau jumlah semiton antara not 1 ke not 3 dan not 3 ke not 5. Dalam triad Major,

jarak di antara not 1 ke not 3 ialah empat semiton dan jarak di antara not 3 ke not 5

ialah tiga semiton. Sebagai contoh dalam membentuk triad C Major, not 1, 3 dan 5
SRZ3033 KEMAHIRAN ASASMUZIK - Unit 5|4

adalah not C, E dan G. Jarak di antara not C ke E ialah empat semiton dan jarak di

antara not E ke G ialah 3 semiton.


SRZ3033 KEMAHIRAN ASASMUZIK - Unit 5|5

Triad minor pula terbentuk daripada not pertama, ketiga dan kelima dalam skel

minor, yakni pic do, mo dan so. Bagi membentuk triad minor, jeda antara not pertama

dan ketiga adalah 'minor ke-3' (m3) manakala jeda bagi not ketiga dan kelima adalah

'major ke-3' (M3).

Dalam triad minor, jarak di antara not 1 ke not 3 ialah tiga semiton dan jarak di antara

not 3 ke not 5 ialah empat semiton. Sebagai contoh, dalam membentuk triad A minor,

not 1, 3 dan 5 adalah not A, C dan E. Jarak di antara not A ke C ialah tiga semiton dan

jarak di antara not C ke E ialah 3 semiton.


SRZ3033 KEMAHIRAN ASASMUZIK - Unit 5|6

Perbezaan ketara bagi triad major dan minor adalah kedudukan M3 dan m3. Jeda

dalam triad major ialah M3, m3 (besar ~ kecil) manakala jeda dalam triad minor ialah

m3 dan M3 (kecil - besar). Indikator perbezaan ini boleh dirumuskan begini:

 Triad Major (besar), jedanya 'besar - kecil'.

 Triad minor (kecil), jedanya 'kecil - besar'.


SRZ3033 KEMAHIRAN ASASMUZIK - Unit 5|7

Latihan Menulis Triad

A. Major (Pastikan anda letakkan tanda kromat yang betul mengikut nada)

F Major G Major D Major

A Major Bb Major

B. Minor (Pastikan anda letakkan tanda kromat yang betul mengikut nada)

A minor D minor E minor

G minor B minor
SRZ3033 KEMAHIRAN ASASMUZIK - Unit 5|8

Latihan Pendengaran

Dengarkan dan tuliskan samada kord yang dimainkan Minor atau Major

Triad Diminished dan Augmented

Triad diminished (dim) terhasil oleh triad minor yang 'dikecilkan' yakni, jeda m3

dikekalkan, tetapi jeda M3 dikecilkan rnenjadi m3. Jarak antara not ke-3 dan not ke-5

dikecilkan dengan cara menurunkan pic not ke-5 sebanyak semiton agar jeda major ke-

3 (M3) bagi not ketiga dan kelima menjadi minor ke-3 (rri3).

Triad augmented (aug) pula terhasil oleh triad major yang 'dibesarkan' yakni jeda

M3 dikekalkan, tetapi jeda m3 dibesarkan rnenjadi M3. Jarak antara not ke-3 dan not

ke-5 dibesarkan dengan cara menaikkan pic not ke-5 sebanyak semiton agar jeda
SRZ3033 KEMAHIRAN ASASMUZIK - Unit 5|9

minor ke-3 (m3) bagi not ketiga dan kelima menjadi major ke-3 (M3).

Perbezaan antara triad diminished dan augmented adalah pada saiz jeda ketiga-tiga

notnya. Jeda dalam triad dim ialah m3, m3 (kecil -kecil) manakala jeda dalam triad aug

ialah M3 dan M3 (besar - besar). Indikator perbezaan ini boleh dirumuskan begini:

 Triad dim jedanya 'kecil-kecil' (m3-m3)

 Triad aug jedanya 'besar- besar' (M3-M3).

Latihan Menulis Triad

A. Augmented (Pastikan anda letakkan tanda kromat yang betul mengikut

nada)

F Augmented G Augmented D Augmented

A Augmented Bb Augmented
S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 5 | 10

B. Diminish (Pastikan anda letakkan tanda kromat yang betul mengikut

nada)

A diminished D diminished E diminished

G diminished B diminished

Latihan Pendengaran

Dengarkan dan tuliskan samada kord yang dimainkan Augmented atau

Diminished
S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 5 | 11

Hubungan Triad, Kord dan Kaden

Kord memberikan perasaan yang pelbagai kepada sesebuah muzik. Ada kord

yang mudah, komplek, tenang, tegang, cerah dan gelap. la bergantung kepada

pencipta muzik tersebut. Kord yang paling mudah ialah kord yang terdiri dari 3 not,

dipanggil triad. Triad mempunyai 3 not yang terdiri dari not pertama, ketiga dan kelima

skel sebuah skel.

Triad yang dibentuk dari not tonic, mediant dan dominant skel dipanggil triad tonik (do-

me-so). Triad ini ialah triad yang paling stabil yang paling utama. Kebiasaannya (tradisi)

triad ini merupakan triad permulaan dan triad terakhir dalam ciptaan muzik.

Ada triad yang tidak bermula dengan not tonik skel. Contohnya triad yang

bermula dengan not kelima skel, ia dinamakan triad dominan. Triad ini merupakan triad

yang kedua penting selepas triad tonik. Kord dominant memberi perasaan tegang

kepada pendengar dan kebiasaannya ia perlu di resolusi dengan kord tonik.


S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 5 | 12

Pergerakan satu kord ke kord yang satu lagi di akhir frasa dipanggil kaden.

Kaden bermaksud tempat berehat pada akhir frasa. Pergerakan kord dominan diikuti

kord tonik di atas dipanggil kaden perfek. Kaden perfek memberi pendengarnya

perasaan tarnat kepada muzik tersebut.

Selain dari kaden perfek, terdapat kaden imperfek, kaden plagal dan kaden

interupted. Kesemua kaden ini mempunyai fungsi yang berbeza seperti yang anda telah

pelajari dalam Asas Teori yang lepas


S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 5 | 13

PENILAIAN KENDIRI
S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 5 | 14
S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 5 | 15

Latihan Pendengaran

KATA KUNCI

1. Triad

2. Major

3. Minor

4. Augmented

5. Diminished
S R Z 3 0 3 3 K E M A H I R A N A S A S M U Z I K - U n i t 5 | 16

RUJUKAN

Arkossy Ghezzo, Marta & Powell, Mel (2005). Solfege, Ear Training, Rhythm, Dictation, and Music Theory:
A Comprehensive Course. Alabama: University Alabama Press.
Benward, Bruce & Kolosick, Timothy (2009). Ear Training (7th Ed.). NewYork: McGraw-Hill.
Cleland, Kent & Dobrea-Grindahl (2010). Developing Musicianship Through Aural Skills: A Holistic
Approach to Sight-singing and Ear Training. New York: Routledge.
Krueger, Carol (2006). Progressive Sight-singing. USA: Oxford University Press.
Mastor Hj. Jarkaseh (2007). Asas Pendidikan Muzik 1. Selangor: Produksi Tabuh Emas
Mastor Hj. Jarkaseh, Azam Sulong (2007). Asas Pendidikan Muzik 2. Selangor: Produksi Tabuh Emas
Schachnik, Gilson (2007). Beginning Ear Training (Ear Training Exercises). Boston: Berklee Press.

Anda mungkin juga menyukai