Anda di halaman 1dari 2

ULASAN KRITIS VIDEO

Berdasarkan video yang telah saya muat turun daripada Youtube, pemain
tersebut menggunakan style chord-soloing sepanjang lagu. Permainan gitar jazz tidak
terhad kepada hanya satu not improvisasi. Walaupun hanya memainkan iringan, chord
solo-ing diaplikasikan dengan mengimprovisasikan kord (harmony) dengan melodi
serentak dengan menggunakan 4 tali atas gitar iaitu tali 1 hingga 4. Ini dapat memberi
perasaan jazz kepada lagu tersebut sebagaimana yang dimainkan oleh pemain gitar
jazz dalam video tersebut. Contohnya dapat dilihat di dalam Skor lagu Cry Me A River di
bawah.

Selain itu, pemain tersebut juga menggunakan pergerakan kord yang paling asas
yang digunakan oleh pemain gitar jazz iringan iaitu II-V-I.

Selain itu, dia juga

menggunakan banyak kord ketujuh. Kord ketujuh ini biasanya akan dimainkan dalam
posisi major, minor, dominant dan diminished (penuh dan setengah). Fungsi kord
ketujuh ini adalah untuk mewujudkan satu pergerakan kord yang bunyinya lebih
kompleks dan penuh. Ia juga digunakan sebagai bridge daripada satu kord ke kord
yang seterusnya. Contoh penggunaan kord II-V-I dan kord ketujuh dapat dilihat di
bawah.

Seterusnya ialah stail swing. Pemain gitar memainkan lagu Cry Me A river dalam
style swing. Dalam jazz, swing digunakan untuk menggambarkan corak irama groove.
Swing mula digunakan secara meluas pada tahun 1930s. Secara umum, muzik swing
sering dimainkan dengan up-tempo, dalam mud gembira, dan dengan ritma sinkopasi.
Muzik swing biasanya berada dalam meter 4/4 atau 4/8 dan banyak mempunyi triplet.
Lagu ini berada dalam meter 4/4 dan juga mempunyai banyak triplet. Muzik swing
merupakan platform yang mampu menyerlahkan kreativiti seseorang pemain gitar jazz
kerana stail ini amat bebas permainannya dan membolehkan pemain melakukan
pelbagai improvisasi.
Akhir sekali, pemain video juga menggunakan teknik fingerstyle. Fingerstyle ialah
satu teknik bermain gitar dengan cara memetik secara langsung senar-senar gitar
menggunakan hujung jari, kuku, ataupun (fingerpick) yang di pasang pada jari-jari
kanan. Dalam video tersebut, pemain gitar tersebut telahpun memetik tali-tali gitar
dengan menggunakan hujung jarinya untuk keseluruhan lagu.

Anda mungkin juga menyukai