Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

TUGASAN PROJEK

TEATER KANAK-KANAK
PSE 3043 E

Nama

HEW JING TING, MICHELLE

No. K/P

920229-08-6060

No. Matriks

28469

Program

PISMP

Ambilan

JAN 2013

Unit

L7B

Nama Pensyarah :

EN ISMAIL BIN MOHD NOH

Tarikh Serahan

1 SEPTEMBER 2015

1.0

PENGENALAN

Dalam dunia pendidikan sastera, perkataan teater sentiasa disebut-sebut oleh


mereka yang aktif dalam bidang lakonan pentas dan penulisan skrip. Makna
teater boleh ditakrifkan seperti berikut. Teater adalah salah satu bentuk kegiatan
manusia yang secara sedar menggunakan tubuhnya sebagai unsur utama untuk
menyatakan dirinya yang diwujudkan dalam suatu karya seni suara, bunyi dan
rupa yang dijalin dalam cerita pergelutan kehidupan manusia. Menurut Peter
Brook, teater akan menjadi tempat yang indah bagi orang-orang yang mabuk
dan kesepian, teater merupakan sebuah tindak budaya, teater bukanlah tempat
untuk melarikan diri ataupun untuk mencari perlindungan.

Seni teater atau drama merupakan satu cara belajar bagi golongan
dewasa, remaja dan kanak-kanak. Kita boleh mengenal diri dan masyarakat
melalui teater yang dipentaskan. Penghasilan sebuah teater kanak-kanak atau
remaja merupakan satu usaha yang amat bermakna kepada para pelajar. Teater
memainkan peranan penting dalam pendidikan. Teater bukan sekadar melatih
murid fasih bertutur, cekap berkomunikasi, mahir berfikir dan berketrampilan
menarik, malah melalui aktiviti teater juga murid boleh mempertingkatkan potensi
diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Terdapat beberapa konsep berkaitan dengan teater dalam pendidikan dan


juga teater kanak-kanak yang menjadi teras kepada perkembangan bidang
teater di sekolah. Antara beberapa konsep teater dalam pendidikan yang boleh
menjadi panduan dalam menghasilkan sebuah pementasan teater di sekolah
ialah perlu merangsang pemikiran dan mendalami serta menyentuh perasaan,
menggunakan bahan daripada sumber kurikulum atau isu sosial sebagai tema
dan sering dipersembahkan oleh kumpulan teater professional atau pelakonnya

adalah guru. Selain itu, matlamat utama pementasan adalah untuk merangsang
pelajar dalam pemahaman terhadap isi pelajaran di samping sebagai hiburan.

Kesimpulannya, dalam pementasan sebuah teater kanak-kanak, sebuah


skrip yang baik juga perlu dihasilkan yang memenuhi aspek yang telah
ditetapkan supaya mereka dapat belajar sambil berhibur. Nilai murni perlu
diterapkan dengan lebih jelas agar kanak-kanak dapat memahami tujuan
sebenar teater tersebut dipersembahkan. Selain itu, jalan cerita juga mestilah
mudah, ringkas dan menarik dengan tambahan penggunaan latar tempat yang
mampu

menyerlahkan

lagi

suasana

menghayatinya dengan lebih seronok.

teater.

Oleh

itu,

mereka

dapat

2.0

SKRIP TEATER KANAK-KANAK

Tajuk : POSYEN AJAIB


Watak-watak :
Naga (Tom Tom)

Rakan Jojo :-

Beruang

1) Burung

Jam

2) Musang

Robot

3) Kucing

Penguin ( Jojo)

4) Arnab

Kelawar

Tempat
Di dalam rumah Tom Tom (dalam hutan), hutan dan gua.

Masa
Pada waktu pagi hingga petang (sehari)

Pentas
Kedudukan pentas dibahagi kepada 3 bahagian iaitu Rumah Tom Tom, hutan
dan di dalam gua. Pentas dihiasi dengan pokok-pokok seperti hutan dan dalam
gua.

Sinopsis
Skrip teater kanak-kanak ini menceritakan tentang kisah Jojo dan kawankawannya yang menolong Tom Tom (seorang naga yang merupakan ahli sihir)
mendapatkan buah mujarab bagi membetulkan kesilapan yang telah dia
lakukan pada posyen ajaibnya itu.

Kisah ini bermula apabila Jam bertemu

dengan Tom Tom untuk meminta bantuan Tom Tom untuk menukarnya kepada
jam baru tetapi Tom Tom telah menukarkannya kepada separuh jam separuh
kereta. Tom Tom meminta maaf dan berjanji akan membuat satu posyen ajaib
baru untuk memulihkan Jam tetapi Jam merajuk dan keluar daripada rumah Tom
Tom.
Apabila Jojo dan kawannya tiba, Tom Tom telah menceritakan peristiwa
tersebut kepada mereka. Tom Tom memanggil Jam tetapi Jam tidak ingin keluar
dan mencuba posyen baru tersebut. Robot pun menawarkan diri untuk mencari
Jam dan memberi posyen baru yang diciptanya kepada Jam. Apabila robot
berjumpa dengan Jam di dalam hutan, Jam mencabar Robot untuk mencuba
posyen itu terlebih dahulu. Tidak disangka, posyen tersebut telah menukar Robot
menjadi keretapi.
Untuk menyelamatkan Robot, Jojo dan kawannya bersama-sama Tom
Tom telah masuk ke hutan untuk mencari Buah Mujarab yang dikatakan boleh
memulihkan keadaan Robot kepada keadaan asalnya. Setelah melalui beberapa
rintangan dalam perjalanan mendapatkan Buah Mujarab tersebut, Jojo dan
rakannya telah berjaya memperolehi Buah Mujarab. Mereka telah berjaya
memulihkan Robot dan Jam kepada keadaan asal mereka.

Babak 1
Di dalam hutan, tinggal seekor naga yang bernama Tom Tom. Dia merupakan
ahli sihir yang terkenal.
Tom Tom

: HmmHmmHmm(sambil mencampur ramuan untuk


posyennya)

Jam telah meminta bantuan Tom Tom untuk menukarnya menjadi jam yang
baru.
Tom Tom

: Ahhhh! Akhirnya saya berjaya menyiapkan posyen ajaib ini.


(dengan wajah yang gembira)

Jam

: Hmm.. Adakah anda pasti? (dengan wajah yang ragu)

Tom Tom

: Jangan risau. Minumlah posyen ajaib ini. Anda pasti akan menjadi
jam yang baru! (dengan nada penuh kepastian)

Jam

: Uerkkk.. Perlukah saya minum benda ini? (dengan wajah jijik)

Tom Tom

: Percayalah pada saya. Minumlah posyen ini. (sambil meletakkan


cawan pada mulut Jam)

Jam pun meminum posyen ajaib tersebut. Tiba-tiba..


Jam

: Arghh.. Arghh.. Apa yang sudah jadi ini? Mengapa saya bertukar
menjadi sebuah kereta! (sambil melompat-lompat)

Tom Tom

: Hmm.. Ini amat pelik. (mengaru-garu kepala sambil berfikir di


mana kesilapan posyen tersebut). Owh! Saya terlupa untuk letak
buah pear dalam posyen ini.

Jam

: Bagaimana awak boleh terlupa dan membuat kesilapan ini!


(melompat-lompat dalam kemarahan)

Tom Tom

: Maafkan saya! Jangan risau. Saya akan membuat posyen ajaib


yang baru dengan segera untuk memulihkan keadaan anda.

Jam

: Urghhh.. Saya tidak patut minum posyen tersebut dari awal lagi.
(merungut pada diri sendiri)

Tom Tom segera bergerak ke mejanya dan mula mencampur semula ramuan
baru untuk diberi kepada Jam.
Tom Tom

: Sekarang, campur ramuan ini. Seterusnya yang ini (berkata-kata


pada dirinya sendiri sambil mencampur ramuan-ramuan)

Sambil Tom Tom mencampur ramuannya.


Jojo dan rakan-rakannya : Tom Tom!
Tom Tom berhenti mencampur ramuan untuk posyennya dan berjalan ke arah
pintu rumahnya untuk membuka pintu rumahnya.
Tom Tom

: Siapa di sana?

Jojo dan rakan-rakannya : Kita. (sambil melambai-lambai)


Tom Tom

: Ah.. Jemputlah masuk. (sambil mempelawa Jojo dan rakanrakannya masuk ke rumahnya)

Jojo dan rakan-rakannya pun berjalan masuk ke rumah Tom Tom. Tiba-tiba.
Jam

: Saya akan keluar dari sini! (sambil meluru dengan cepat keluar
dari rumah Tom Tom)

Tom Tom

: Jam, mana awak pergi! (menjerit)

Jam

: Saya tidak akan mengambil risiko untuk meminum satu lagi


posyen awak yang tidak berkesan itu. (bergerak ke arah hutan).

Jojo

: Apa yang Jam maksudkan itu? (bertanya kepada Tom Tom)

Tom Tom

: Ugh.. Ugh.. Tiada apa-apa. Jom masuk ke dalam rumah.

Jojo dan rakan-rakannya pun masuk ke rumah Tom Tom. Mereka duduk
berdekatan dengan Tom Tom yang kembali mencampur ramuan untuk
menyiapkan posyen tersebut untuk Jam.
Tom Tom

: Tunggu sekejap ya. Hanya seketika (Tom Tom memberitahu Jojo


dan rakan-rakannya untuk menunggunya seketika sambil dia
menyiapkan posyen untuk Jam)

Arnab

: Apa yang anda sedang buat?

Tom Tom

: Saya sedang membuat posyen ajaib.

Jojo dan rakan-rakannya : Posyen ajaib?


Tom Tom

: Hmm.. ya. Jom pergi menukarkan Jam kepada sebuah jam yang
baru. (sambil menuang posyen yang sudah siap ke dalam sebuah
cawan)

Tom Tom bersama-sama Jojo dan rakan-rakannya berjalan menuju ke luar


rumah. Di luar rumah..
Tom Tom

: Jam! Saya sudahpun membuat satu posyen yang baru. Datang


dan cuba posyen baru ini. Saya pasti ia akan berkesan kali ini.
(sambil memandang merata-rata). Hmm.. Jam tak akan datang?
(berkata kepada dirinya sendiri sambil memandang posyennya
dengan muka yang sedih dan kecewa).

Robot

: Tom Tom, biar saya sahajalah yang pergi untuk memberi posyen
ini kepada Jam.

Tom Tom

: Baiklah. Pastikan Jam minum posyen ini ya.

Musang

: Awak pasti awak mampu menguruskan perkara ini, Robot?

Robot

: Ya.

Robot pun bergerak masuk ke hutan untuk mencari Jam.

Babak 2
Di dalam hutan
Robot

: Jam, keluarlah Jam!

Jam

: Tidak! Saya tidak akan keluar!

Robot berhenti setelah mendengar suara Jam. Dia ternampak jam sedang
bersembunyi di belakang sebatang pokok yang besar.
Robot

: Ah. Itupun awak (berkata pada dirinya sendiri).

Robot bergerak menuju ke arah pokok tersebut dan muncul dari belakang Jam.
Robot

: Hey Jam!

Jam

: Arhhhhhhh (melompat kerana terkejut)

Robot

: Cubalah posyen ini. Tom Tom telah membuat posyen ini untuk
awak. (sambil memberi posyen tersebut kepada Jam)

Jam

: Lihatlah saya. Inilah yang telah berlaku kepada saya setelah


meminum posyen yang dicampurkan oleh Tom Tom. Sekarang
awak hendak saya minum posyen yang dia buat lagi? Ini tidak akan
berlaku!

Robot

: Ini posyen baru. Cubalah (dengan nada memujuk)

Jam

: Pergi! Apa kata awak cubanya dulu. (dengan nada marah)

Robot

: Saya tidak boleh minum posyen ini. Saya akan rosak jika terkena
air.

Jam

: Awak hendak saya minum benda yang awak sendiri tidak mungkin
akan cuba? (sambil menoleh ke arah lain)

Melihat kedegilan Jam, Robot mengambil keputusan untuk minum posyen


tersebut.
Robot

: Hmm.. Baiklah! Saya akan minum posyen ini dulu.

Tiba-tiba..

Babak 3
Di hadapan rumah Tom Tom.
Kucing

: Awak semua rasa Robot akan berjaya memujuk Jam untuk minum
posyen tersebut?

Musang

: Ermmm (sambil menggeleng-geleng kepalanya)

Hoot Hoot!!! Kelihatan sebuah keretapi menuju ke arah Jojo dan rakan-rakannya
yang lain yang berada di hadapan rumah Tom Tom. Keretapi tersebut berhenti di
hadapan Jojo dan rakan-rakannya.
Jojo

: Mengapa boleh terdapat keretapi di dalam hutan?

Tom Tom

: Saya pun tidak tahu. (sambil menggeleng kepala)

Robot

: (yang telah bertukar menjadi keretapi) Ada sesiapa yang ingin


menaiki keretapi? (melihat belakangnya) Owh! Tiada tempat duduk
di belakang.

Tom Tom, Jojo dan rakan-rakannya terkejut apabila menyedari bahawa keretapi
itu merupakan rakan mereka iaitu Robot.
Tom Tom, Jojo dan rakan-rakannya : Apa yang telah berlaku pada awak, Robot?
Robot

: Semua sudah naik? Jom kita bertolak sekarang (Robot sudah


tidak sedar diri)

Pon Pon!!! Kedengaran pula Jam menuju ke arah mereka dengan wajah yang
risau dan cemas.
Tom Tom

: Itupun awak. Apa yang sudah berlaku pada Robot?

Jam

: Dia telah mengambil posyen ajaib tersebut dan bertukar menjadi


keretapi. (dengan muka bersalah)

Jojo dan rakan-rakannya : Apa????


Tom Tom

: Haih. (sambil memandang ke lantai dan menggeleng kepala).


Robot telahpun terkena sihir.

Arnab

: Apa yang perlu kita buat? (dengan wajah sedih dan risau)

Tom Tom

: Hmm.. (sambil berfikir)

Tiba-tiba..
Robot

: Semua orang, sila ke tepi! (meluru dengan cepat menuju ke arah


Jojo dan rakan-rakannya yang sedang berdiri di situ)

Tom Tom

: Arghhbulabulagologolotomtomappealwillwill (segera membaca


jampi untuk membuat landasan keretapi supaya Robot tidak
melanggar mereka yang sedang berada di situ)

Tom Tom telah membuat satu landasan bulat untuk Robot. Selepas itu, dia
bersama-sama Jam, Jojo dan rakan-rakannya telah masuk ke rumahnya untuk

mencari jalan untuk memulihkan Robot. Di dalam rumah, Tom Tom telah
membuka buku-buku jampinya untuk mencari jalan penyelesaian.
Tom Tom

: Ah! Ini dia.

Burung

: Apa yang perlu kita buat?

Tom Tom

: Kita perlu mendapatkan Buah Mujarab di dalam sebuah gua di


dalam hutan.

Jojo

: Apa yang kita tunggu lagi. Jom kita pergi untuk mendapatkan
Buah Mujarab tersebut.

Tom Tom

: Tetapi. Perjalanan ke gua tersebut amat berbahaya.

Semua

: Hmmm (dengan wajah sedih)

Suasana di dalam rumah Tom Tom diam seketika sehinggalah


Musang

: Saya akan pergi!

Arnab

: Saya juga!

Jojo

: Saya akan ikut bersama!

Beruang

: Saya tidak boleh membiarkan kamu pergi begitu saja. Saya akan
turut serta.

Tom Tom

: Jika kamu semua sudah membuat keputusan, jom bertolak ke gua

itu sekarang.
Tom Tom, Jojo dan rakan-rakannya pun bertolak ke dalam hutan untuk
mendapatkan Buah Mujarab.
Jam

: Berhati-hati semua. (sambil melambai-lambai)

Musang

: Jagalah Robot semasa kami tiada ya!

Babak 4
Semasa di dalam hutan.
Arnab

: Tebalnya kabus di sini. Saya tidak dapat melihat dengan jelas apa
yang ada di hadapan saya.

Musang

: Wah! Hutan ini sangat cantiklah.

Arnab

: Eh, kawan-kawan. Lihat! Besarnya cendawan ini.

Tom Tom

: Ah! Ah! Jangan Jangan sentuh cendawan itu. (dengan nada yang
cemas)

Tiba-tiba..
Cendawan

: (memandang ke atas) Argh..siapa awak (dengan nada yang


garang)

Arnab

: Lihat! Cendawan ini sedang bercakap. (dengan muka terkejut)

Cendawan

: Urghhhh.. Kita ada penceroboh.

Semua cendawan di persekitaran menghampiri Jojo dan rakan-rakannya.


Cendawan

: Jom dapatkan mereka!

Tom Tom

: LARI!

Tom Tom bersama-sama Jojo dan rakan-rakannya lari dengan cepat. Sambil itu..
Jojo

: Tom Tom, gunalah sihir awak ke atas cendawan-cendawan


tersebut.

Tom Tom

: Bukan saya tidak ingin menggunakan sihir saya. Cuma sihir saya
tidak memberi kesan kepada cendawan-cendawan tersebut.

Semua

: AHHHHHHHH(berlari sedaya upaya)

Tiba-tiba Beruang memberhentikan langkahnya.


Beruang

: Awak semua lari! Serahkan ini kepada saya.

Jojo bersama-sama Tom Tom dan rakannya yang lain meneruskan larian
mereka.
Cendawan

: Haha. Awak seorang berani menghadapi kami yang ramai ini?

Beruang

: Hmm. Adakah awak tahu apa makanan kegemaran saya?


CENDAWAN! Arghhhhhh..

Cendawan

: Ahh.. Cendawan? (berpura-pura takut) Awak ingin tahu apa pula


makan kegemaran kami? BERUANG! Hahahaha.

Beruang

: Be..beberuang? (dengan perasaan takut)

Beruang segera berlari apabila dikejar oleh cendawan-cendawan tersebut.

Babak 5
Jojo dan rakan-rakannya telah menjumpai gua di mana Buah Mujarab itu
berada. Mereka pun masuk dan bersembunyi di pintu gua tersebut untuk
menunggu Beruang. Apabila mereka melihat Beruang sedang berlari ke arah
gua tersebut
Jojo

: Beruang, Beruang! Sini Sini!

Beruang pun masuk ke dalam gua tersebut untuk menyembunyikan diri daripada
cendawan-cendawan.
Beruang

: Uhhhh.. Kita dah selamat sekarang. (dengan perasaan lega)

Arnab

: Ya. Saya gembira awak dapat sampai ke sini dengan selamat.

Mereka semua pun berjalan masuk ke dalam gua tersebut.


Semua

: Wahhhh.. (sambil melihat sekeliling gua)

Tiba-tiba
Semua

: Uh..Uh.. KELAWAR (dengan perasaan takut)

Kelawar

: Siapa awak semua? (dengan nada yang rendah dan garau)

Jojo

: Err.. er.. Maksud awak kami? (dengan perasaan takut) Saya Jojo
dan mereka merupakan rakan-rakan saya.

Kelawar

: Hmm.. Apa yang awak semua buat kat sini.

Beruang

: Kami sedang mencari Buah Mujarab.

Kelawar

: Buah Mujarab? Kenapa awak hendak mendapatkan Buah


Mujarab. Itu merupakan harta jagaan kami di sini.

Burung

: Seorang daripada rakan kami terkena sihir. Kami memerlukan


Buah Mujarab untuk memulihkannya. Tolonglah kami mendapatkan
Buah tersebut untuk membantu rakan kami. (sambil terbang ke
hadapan kelawar yang kelihatan gantung pada dinding gua).

Kelawar

: Hmm.. Memandangkan kamu semua sanggup mengambil risiko


ini untuk menyelamatkan rakan kamu, saya akan memberi kamu
peluang untuk mendapatkan Buah Mujarab daripada pokoknya.

Kelawar pun membawa Jojo dan rakannya ke tempat pokok Buah Mujarab itu
berada. Dilihat pokok Buah Mujarab berada di atas sebuah batu besar di tengahtengah gua dan batu tersebut dipisahkan daripada tempat di mana Jojo dan
rakannya berada.

Kelawar

: Ini dia pokok Buah Mujarab. Saya akan tinggalkan kamu semua
sekarang. Kamu sepatutnya tahu apa yang perlu kamu lakukan
sekarang.

Kelawar pun terbang meninggalkan Jojo dan rakan-rakannya.


Semua

: Terima kasih, Kelawar.

Beruang

: Lihat tu. Macam mana kami hendak ke seberang untuk


mendapatkan Buah Mujarab?

Mereka semua duduk untuk memikirkan jalan penyelesaian. Tiba-tiba Burung


bersuara.
Burung

: Saya boleh terbang! (sambil terbang ke arah pokok Buah Mujarab


dan hinggap di atas Buah Mujarab)

Jojo

: Berhati-hati, Burung.

Burung

: Lemparkan satu hujung tali ke sini supaya saya boleh


mengikatnya pada Buah Mujarab ini dan kamu semua boleh
menarik tali tersebut untuk mendapatkan Buah Mujarab ini.

Beruang pun melempar tali ke arah Burung dan Burung mengikat tali tersebut
pada Buah Mujarab.
Burung

: Sudah! Sekarang tarik!

Jojo dan rakan-rakannya di seberang menarik tali tersebut sekuat hati.


Burung

: Buah ini sudah bergerak. Kuat lagi.

Semua

: Urhhh.Urhh (sambil menarik tali).Ahhh.. (Jatuh ke belakang)

POP!!

Jojo

: Yayyy! Sudah dapat Buah Mujarab ini. (sambil memegang Buah


Mujarab yang berjaya ditangkapnya)

Burung

: Kita sudah berjaya.

Mereka semua ketawa terbahak-bahak kerana gembira atas kejayaan mereka


mendapatkan Buah Mujarab tersebut. Mereka kemudian pun bertolak pulang ke
rumah Tom Tom.

Babak 6
Setibanya di rumah Tom Tom
Tom Tom

: Jam, bagaimana keadaan Robot (sambil melambai-lambai


tangannya).

Jam

: Dia asyik bergerak dalam bulatan di atas landasan yang awak


bina dari tadi sahaja.

Musang

: (menyentuh Tom Tom) Awak pasti Buah Mujarab ini dapat

memulihkan Robot?
Tom Tom

: Ya. Saya pasti!

Tom Tom pun masuk ke dalam rumahnya dan menyediakan posyen untuk
memulihkan Jam dan Robot kepada keadaan asal mereka. Dia menambahkan
Buah Mujarab tersebut ke dalam posyen tersebut. Setelah selesai, dia
membawa posyen itu ke luar rumah..
Tom Tom

: Jam, minumlah posyen ini.

Jam

: Awak pasti?

Tom Tom

: Ya.

Jam pun meminum posyen tersebut dan dia telah bertukar kembali kepada
wajah asalnya.
Jam

: Yayy! Saya sudah kembali kepada wajah asal saya (sambil

melompat kegembiraan).
Tom Tom

: Sekarang giliran Robot.

Tom Tom berjalan ke arah Robot sambil memegang posyen tersebut.


Tom Tom

: Keretapi, sila berhenti seketika.

Robot

: Adakah anda ingin menaiki keretapi?

Tom Tom

: Ya. Tetapi saya tidak mempunyai tiket keretapi. Saya akan


memberi awak minuman ini bagi menggantikan tiket keretapi.

Robot

: Hmm.. Biasanya saya hanya menerima tiket keretapi sahaja.


Tetepi kali ini sahaja saya membenarkan awak menukarnya
dengan minuman ini.

Tom Tom menuang posyen tersebut ke atas Robot dan Robot telah kembali
kepada wajahnya yang asal.
Robot

: Apa yang telah berlaku?

Beruang

: Owh Robot, awak telah kembali kepada keadaan asal.

Robot

: Apa yang awak sedang cakap ini? Adakah sesuatu telah berlaku?

Tom Tom

: Hmmm.. Lega saya

Musang

: (berjalan ke arah Tom Tom) Terima kasih kerana membantu Robot


kembali kepada keadaan asal.

Tom Tom

: Tidak mengapa.

Jojo dan rakan-rakannya mengucap terima kasih kepada Tom Tom dan bergerak
pulang ke rumah mereka.

TAMAT

3.0

REFLEKSI KENDIRI

Nama

: Hew Jing Ting, Michelle

No. I/C

: 920229-08-6060

Hasil pelaksanaan kerja kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai


manfaat yang membolehkan saya mengaplikasinya pada masa hadapan dalam
pekerjaan saya sebagai seorang guru walaupun sepanjang tempoh pelaksanaan
kerja kursus ini, saya telah memhadapi beberapa kekangan. Antaranya ialah
tugasan ini perlu dilaksanakan sepanjang tempoh saya berpraktikum di sekolah
bagi praktikum fasa 2 selama 8 minggu. Oleh itu, saya menghadapi banyak
kekangan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Maklumlah, saya perlu
menyiapkan rancangan pengajaran setiap hari.

Sebelum saya mula menulis skrip teater ini, saya mencari seberapa
banyak maklumat yang boleh digunakan dalam penulisan saya. Saya membuat
rujukan di perpustakaan dan tidak lupa juga di internet. Nampaknya sumber
untuk bahan sastera ini kekurangan.

Jadi, saya membuat perbincangan

bersama rakan-rakan sekelas supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini sebaik
mungkin.

Melalui tugasan ini, saya dapat belajar cara untuk menulis sebuah skrip
teater kanak-kanak. Pelbagai unsur yang menarik dan sesuai dengan jiwa
kanak-kanak perlu saya titikberatkan agar skrip saya sesuai untuk dipentaskan
kepada golongan kanak-kanak terutamanya. Oleh itu, cerita yang saya pilih ialah
cerita dongeng Posyen Ajaib yang saya beranggapan bahawa kanak-kanak

amat menyukainya. Saya juga dapat mengetahui serba sedikit konsep dan
definisi teater sama ada teater untuk kanak-kanak mahupun teater dalam
pendidikan..
Daya kreativiti saya juga dapat dicungkil semasa menulis skrip ini. Saya
perlu menghasilkan sebuah skrip yang menarik dan memenuhi kehendak emosi,
imaginatif dan daya pemikiran kanak-kanak. Skrip yang baik untuk kanak-kanak
ialah skrip yang mempunyai nilai yang baik di samping mempunyai sedikit unsur
kecindan. Dalam skrip yang saya hasilkan, terdapat beberapa nilai murni yang
saya tonjolkan serta beberapa unsur kecindan yang boleh dipentaskan dengan
spontannya. Oleh itu, perkara yang saya belajar sepanjang menulis skrip ini ialah
hidup kita ini mestilah sentiasa dipenuhi dengan nilai-nilai yang murni.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu dan
bapa saya yang sentiasa mendorong saya untuk terus gigih belajar supaya dapat
menjadi seorang guru yang berjaya. Terima kasih juga kepada pensyarah dan
rakan-rakan saya yang banyak membantu berkongsi idea secara langsung dan
tidak langsung. Diharapkan tugasan yang dilaksanakan ini telah berjaya
mendidik saya untuk sentiasa rajin berusaha dalam menuntut ilmu dalam
kehidupan seharian

RUJUKAN
Buku
Ahmad Kamal Abdullah. (1993). Jambak: Proses kreatif pengarang Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hizairi Othman. (1996). Kreativiti dalam penciptaan karya sastera. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hajah Noresah binti Baharom. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ibrahim Abdul Salam. (1995). Kitab permulaan mengarang. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah dan rakan-rakan. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet
Dewan Bahasa dan Pustaka dilayari pada 18 Ogos 2015 di
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?
Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLoca
tion=208&IID=&Page=1
Maharam (2010) dilayari pada 18 Ogos 2015 di
http://contohtugasan.blogspot.com/2010/02/contoh-skrip-panggungdrama.html
Menulis Skrip dilayari pada 17 Ogos 2015 di
http://id.wikihow.com/Menulis-Skrip

Anda mungkin juga menyukai