Anda di halaman 1dari 5

Laporan Pementasan Sketsa Aiman Tak Kisah

Tarikh Pementasan : 26 Julai 2018

Hari Pementasan : Khamis

Masa : 5.00 – 6.00 petang

Tempat : Balai Kerapatan IPGKRM

Watak dan perwatakan : Aiman – Nadirah

Laila – Vivi

Badang – Azimah

Nenek Kebayan – Rajasree

Awang Kenit – Archanaa

Puteri Gunung Ledang – Syafisa dan Syira

Bendahara - Rohini

Pak Pandir – Dinesh

Mak Andeh – Atikah

Puteri Bunian – Vasugi, Shalini dan Vinitha

Pokok – Sumithra, Kumutha dan Nanthini

Ayah – Mayuri

Naga – Dinesh dan Madiha

Burung Kakak Tua – Atikah

Pendahuluan

Saya Vasugi a/p Ravi, pelajar sem 5 yang mengambil subjek Drama dan Teater Kanak-
kanak (DTKK 3013). Bagi subjek ini kami mendapat 4 tugasan. Pementasan drama adalah
salah satu tugasan daripadanya. Tugasan ini adalah tugasan yang ketiga yang membawa
20% markah. Saya memegang jawatan sebagai ajk kostume dan watak puteri bunian.
Sebelum dan semasa membuat pementasan ini kami mengahadapi pelbagai cabaran,
dukaan dan halangan. Ini semua menjadikan pementasan kami menjadi lebih menarik dan
baik. Kami membuat persediaan sebelum, semasa dan selepas pementasan. Saya
merumuskan pengalaman yang dilalui sepanjang pementasan dalam bentuk laporan.
Proses Sebelum Pementasan

Sebelum mengadakan sketsa, kami melatih beberapa latihan seperti dinyatakan di bawah
selama 3 minggu. Latihan ini dibimbing oleh Puan Hjh Ratna Laila Bt Shahidin dan juga
Puan Faiziah.

a. Latihan vokal

Latihan vokal ini diadakan selama 2 hari. Puan Hjh Ratna Laila Bt Shahidin yang
membimbing kami. Beliau memberi banyak bimbingan dan latihan. Latihan vokal diadakan
bertujuan untuk menjadikan kami sebagai pelakon yang baik. Baik dimaksudkan suara
pelakon dapat didengar oleh penonton sampai ke belakang, suara jelas, sampaikan misi
atau pesanan. Kami melakukan latihan vokal dalam pelbagai cara. Yang pertama hidu udara
yang banyak kemudian keluarkan vokal “aaaaa” hingga ke nafas yang terakhir. Latihan
vokal ulang untuk e,i,o dan u. Sama dengan latihan di atas, hanya nada (tinggi dan rendah)
diubah naik dan turun dalam satu tarikan nafas. Keluarkan suara vokal “a i u e o”, “ai ao au
ae “, “oa oi oe ou”, “iao iau iae aie aio aiu oui oua uei uia” dan berteriaklah sekuat-kuatnya.

b. Latihan pergerakan

Sebelum kami melangkah ke lebih jauh, kami mempelajari pergerakan tubuh badan. Kami
membuat pergerakan halus iaitu gerak pada raut muka atau perubahan mimik, atau yanq
lebih dikenal lagi dengan ekspresi. Gerak ini timbul karena pengaruh dari dalam/emosi,
misalnya marah, sedih, gembira dan sebagainya. Seterusnya, kami melakukan gerak kasar.
Gerak kasar adalah pergerakan seluruh/sebagian anggota tubuh kita.

c. Latihan imaginasi

Latihan imaginasi adalah menciptakan situasi yang pernah lalui atau tidak. Kami melakukan
latihan imaginasi bagi situasi kematian, kemalangan, gempa bumi dan sebaginya.

d. Latihan dialog

Penghasilan skrip dilaksanakan oleh beberapa orang ahli. Selepas skrip dihasilkan dan
disemak oleh pensyarah, kami mula untuk membuat latihan dialog. Latihan dialog
menekanka sebutan perkataan, intonasi dan juga nada. Kami mengadakan latihan ini
selama 2 hari sebelum melangkah ke fasa lakonan.

e. Latihan penuh

Selepas, berlatih banyak kali kami membuat latihan penuh selama 3 hari berturut-turut
dengan menggunakan props dan set. Dalam latihan penuh kami menggunakan props dan
set kami. Kami juga berpakaian mengikut watak kami semasa membuat latihan penuh.
Melalui latihan penuh kami dapat melihat kesilapan yang perlu diperbaiki . Latihan penuh ini
juga membuka peluang untuk kami lebih selesa berlakon dengan kostum dan props.

Kekutan Dan Kelemahan

Dalam mengadakan sesuatu pementasan mesti akan ada kekuatan dan kelemahan. Saya
menjurus kepada kekuatan pementasan ini. Antara kekuatan adalah bimbingan daripada
pensyarah kami iaitu Puan Ratna Laila dan Dr Faiziah. Kedua-dua pensyarah kami memberi
banyak bimbingan dan bantuan dari segi sumber wang. Pensyarah kami banyak
meluangkan masa bagi melantik kami walaupun waktu bekerja sudah tamat mereka
sanggup hadir pada waktu malam untuk membimbing dan melatih kami. Kami amat bertuah
kerana mendapat pensyarah yang sangat baik hati.

Kekuatan yang seterusnya adalah sikap kerjasama sesama ahli pasukan amat baik.
Semua ahli dalam pementasan saling hormat-menghormati dan berkerjasama sesama ahli.
Sebelum dan semasa hari pementasan setiap ahli memainkan peranan dan tanggungjawab
masing-masing sampai ke saat terakhir. Jika seorang ahli tidak dapat hadir ke latihan maka,
ahli yang lain akan menganti mereka untuk membuat latihan. Bertitik tolak daripada itu, bagi
membuat persediaan props dan set untuk pementasan semua ahli turut membantu untuk
menyiapkannya. Persiapan props dan set tidak hanya ditugaskan kepada ajk props dan set.
Pada hari pementasan juga, semua ahli kumpulan membuat solekan secara sendiri. Semua
ahli sangat membatu antara satu sama lain.

Di samping itu, setiap pelakon berlakon dengan penuh semangat dan eksperasi yang
sungguh baik. Ini menjadikan sketsa kami berjaya dan mendapat sambutan daripada
penonton. Pensyarah kami juga memberi komen yang baik. Dengan susunan latar belakang
dan props yang menarik, sketsa ini menjadi lebih nyata. Pelakon menghayati watak yang
disandar dan berlakon secara real. Ini yang menjadikan pementasan kami menarik dan
dapat memahami perjalanan cerita.

Kelemahan yang terdapat sepanjang mengadakan pementasan adalah pengurursan


masa. Semasa pementasan masa tidak dapat teratur dengan baik kerana menggunakan
mikrofon ber pengait telinga. Setiap watak perlu menukar mikrofon ber pengait telinga
selepas habis satu babak, yang mengambil banyak masa. Ini juga menyebabkan mikrofon
ber pengait telinga tidak dapat dipasang dengan betul. Suara tidak dapat dilontarkan dan
penonton tidak dapat dengar. Ini menjadi satu kelemahan.
Cabaran Yang Dihadapi Dan Cara Atasi

Dalam menjalankan sesuatu program mesti terdapat pelbagai cabaran. Cabaran yang kami
menghadapi adalah persiapan tempat. Balai Kerapatan di IPG sudah ditempah bagi banyak
program yang menyebabkan kami tidak dapat menjalankan latihan di balai kerapatan. Ini
menyebabkan kami tidak dapat menentukkan susunan props dan set serta pergerakan.
Kami berlatih di dalam kelas sahaja. Dalam kelas kami tidak mencukupi ruang yang
sepatutnya tetapi kami tidak putus asa. Kami teruskan latihan kami di dalam kelas.

Cabaran yang seterusnya adalah props dan kostum. Kami cuba memohon untuk
mendapatkan props dan kostum daripada pensyarah daripada jabatan lain melalui
pensyarah kami tetapi permohonan kami tidak diluluskan. Kami terpaksa mencari alternatif
lain iaitu kami mereka sendiri props tersebut. Ini mengambil masa yang sedikit untuk
membuat props kami.

Cabaran yang terakhir yang kami menghadapi adalah terpaksa tundakan masa
pementasan. Pementasan kami sepatutnya diadakan pada Majlis Elektif Terbuka Bahasa
Melayu. Malahan, pengurusi majlis mengatakan bahawa sketsa kami mengambil masa yang
banyak dan perlu disingkatkan. Tambahan pula, beliau memberitahu kami sehari
sebelumnya pada pukul 12 tengah malam. Keputusan ini tidak dipersetujui oleh kami kerana
jika disingkatkan masa; perjalanan cerita tidak dapat difahami oleh penonton. Jadi kami
mengambil keputusan munasabah selepas berbincang dengan ketua jabatan Bahasa
Melayu dan Pensyarah kami. Jadi, kami membuat keputusan untuk membuat pementasan
sketsa kami selepas habis Majlis Elektif Terbuka Bahasa Melayu.

Refleksi

Projek pementasan teater ini sangat seronok untuk dilaksanakan. Walaubagaimapun, penat
kerana melakukan tugasan ini, kami semua dapat menjayakan juga tugasan ini.
Saya juga mendapat pelbagai ilmu baharu serta pengalaman berharga untuk mementaskan
teater kanak-kanak dan menguruskan sesebuah organisasi. Saya juga dapat membuang
rasa malu saya dan berlakon di depan penonton. Saya berharap dapat menggunakan
pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi ini semasa di sekolah nanti.Tugasan
seperti ini sangat membantu bakal guru seperti kami untuk menimba ilmu baharu dan
pengalaman. Ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dan bantu-membantu dalam
sesebuah organisasi atau kumpulan. Saya berharap tugasan ini akan terus dilaksanakan
untuk pelajar yang akan datang supaya mereka boleh memperoleh iilmu dan pengalaman
seperti yang telah saya dapat.

Anda mungkin juga menyukai