Anda di halaman 1dari 7

PEMBELAJARAN

BERASASKAN
MASALAH (PBM)
ROHINI A/P EGAMBARAM
Definisi Pembelajaran Berasaskan Masalah
PBM merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan
masalah sebenar yang relevan dan bermakna sebagai fokus dalam
proses pembelajaran.

PBM sangat berkesan untuk memupuk kemahiran berfikir aras tinggi


dalam kalangan murid-murid (Ramasamy, 2006).

Strategi PdP ini berpusatkan murid dan secara tidak langsung dapat
meningkatkan kebolehan mereka untuk menganalisis, mensintesis
dan menilai sesuatu masalah.
Ciri-ciri PBM berdasarkan model klasik
Barrow dan Tamblyn (1980) yang memperkenalkan model klasik untuk strategi
pembelajaran berasaskan masalah telah menggariskan empat ciri utama:

Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang
betul atau salah.

Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti


jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian.

Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri.

Guru berperanan sebagai pembimbing.


Kelebihan PBM

Kaedah berstruktur untuk membantu murid membina kemahiran


berfikir dan menyelesaikan masalah.

Murid dapat menguasai isi pembelajaran dengan baik.

Murid mempunyai lebih banyak kebebasan.

Terdapat proses bagi guru membimbing dan memimpin murid.

PBM membolehkan murid memainkan peranan yang aktif melalui


proses menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan.
Menemui apa yang ingin dipelajari.

Membina kemahiran sosial untuk memperolehi pencapaian yang lebih baik


dalam pasukan.

Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Menyatakan dan mempertahankan keadaan menggunakan bukti dan hujah


yang mantap.

Menjadi lebih fleksibel semasa memproses maklumat dan menunaikan


tanggungjawab.

Mengamalkan kemahiran yang diperlukan selepas tempoh persekolahan


tamat.
Kelemahan PBM
Memerlukan pemantauan yang berterusan dan memerhatikan murid
sepanjang proses.

Memakan masa yang lama iaitu mengambil masa untuk mengumpul


bahan-bahan dan maklumat tentang masalah.

Tidak semua guru boleh menjadi penasihat yang baik, untuk PBM
murid memerlukan fasilitator yang berdedikasi, rajin dan terlatih.

Memerlukan masa yang lama untuk penyediaan, perbincangan dan


perbandingan jawapan.
Aktiviti berdasarkan strategi

Kerja kumpulan: contoh, setiap kumpulan diberi satu isu semasa


dan perlu berbincang serta melayari internet untuk mengumpul
bukti dan hujah.

Penguruskan projek: contoh, menyediakan folio tentang


pencemaran di pasar malam.

Main peranan: contoh, awak perlu membeli tiga biji telur ayam di
kedai runcit.

Anda mungkin juga menyukai