Anda di halaman 1dari 2

PRAKTIKUM

CONTOH DAN FORMAT PENULISAN JURNAL


Bilangan Jurnal : Keempat MINGGU
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 Okt 2020
4
: Murid menghadapi masalah dalam menjawab soalan kemahiran
Tajuk
berfikir aras tinggi (KBAT)

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :


Sepanjang tempoh pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 2, saya dapat meneliti
bahawa beberapa orang murid dalam kelas tersebut telahpun menghadapi msalah dalam menjawab
soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Murid-murid telah mengambil banyak masa untuk
memberi jawapan. Sesetengah murid cuba untuk menjawabnya tetapi kebanyakan jawapannya tidak
betul ataupun tidak menepati kehendak soalan.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :


Salah satu punca murid-murid tersebut mempunyai masalah ini adalah mereka tidak dilatih untuk
berfikir dan menjawab soalan KBAT. Sebelum ini mereka sudah biasa menghafal kandungan
pembelajaran yang telah dipelajari sebelum ini. Selain itu, mereka juga tidak digalakkan untuk
membuat perbinvcangan antara satu sama lain dan ilmu yang mereka dapatinya adalah berpandukan
nota sahaja. Di rumah, selain membuat latihan di sekolah dan menyiapkan kerja rumah, mereka tidak
pernah membuat kerja tambahan seperti mencari bahan pembelajaran dalam atas talian. Murid-
murid tidak gemar dalam memikir cara penyelesaian bagi soalan-soalan berunsurkan KBAT dan kritis.
Kesan terhadap isu yang berlaku adalah mereka akan kehilangan minat dan berasa bosan semasa sesi
soal jawab yang berunsurkan KBAT.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :
Menurut Seman (2005), mendapati bahawa guru-guru kerap memberikan soalan yang bertumpu
kepada penyoalan beraras rendah kepada murid iaitu pada peringkat pengetahuan dan pemahaman.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu tersebut, saya menyusulkan
beberapa kaedah lain sebagai penyelsaian kepada masalah tersebut :
1) Mempertingkatkan soalan aras tinggi dalam sesi pdp
2) Mempelbagaikan aktiviti 'Solve The Quiz'
3) Aktiviti 'Gallery Walk'

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :


3 Minggu

6. TINDAKAN SUSULAN :
Pertama dahulu, saya akan mempertingkatkan soalan-soalan kritis dalam sesi pdp. Hal ini adalah
kerana jika saya bertanya kebanyakan soalan yang berunsur KBAT, terdapat kemungkinannya murid-
PRAKTIKUM

murid akan berasa takut dan bimbang semasa pdp berlangsung. Seterusnya, saya mempelbagaikan
aktiviti penyelsaian masalah kepada murid seperti 'Solve The Quiz' dalam kaedah bermain. Ini adalah
untuk menarik minat murid terhadap proses memantapkan pemikiran murid yang berunsur KBAT.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN : 1 NOV 2020

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :


Saya telah mendapat impak yang positif melalui tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan
cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti. Penggunaan soalan-soalan berunsur KBAT secara berlebihan
dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memudahkan saya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid Tahun 2.Selain itu, saya juga dapat mengasah tahap pemikiran murid yang bertaraf rendah. Murid-
murid juga telah mengawal rasa takut untuk menjawab dalam kelas jika guru bertanya sebarang soalan.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :


Saya berasa sangat berpuas hati dengan perlakuan murid yang mula berusaha untuk menjawab soalan yang
berunsur KBAT. Selain itu, mereka juga telah berubah dengan memberanikan diri untuk mengangkat tangan untuk
menjawab soalan yang diujarkan oleh guru. Pendekatan ini mampu memperkembangkan tahap pemikiran murid
yang lemah kepada tinggi dalam Subjek Bahasa Tamil di Tahun 2.

RUJUKAN
Serman Salleh. (2005). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Salak Didik. Jurnal Pendidikan Bahasa 
Melayu IPBM. 5(1), 53-60. 

Anda mungkin juga menyukai