Anda di halaman 1dari 3

KERTAS CADANGAN

WEBINAR PERSEDIAAN MURID KE SEKOLAH ERA


ENDAMIK

TAJUK CADANGAN:
JOM SEMBANG SANTAI BERSAMA KPPIBKS PD

TARIKH
23 OKT 2021

MASA
2.00 PTG

TEMPAT
YOUTUBE, STREAM YARD / GOOGLE MEET

ANJURAN:
KPPIBKS PORT DICKSON
dengan kerjasama
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PORT DICKSON
1.0 PENDAHULUAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menggariskan bahawa


setiap murid perlu mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri
dan peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir ke sekolah.
Berdasarkan penyataan ini, besarlah harapan kami untuk meneliti dan melusuri
kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada, ibu bapa, guru,
pihak sekolah, PPD, swasta dan komuniti dalam bersama-sama berganding bahu bagi
membantu pihak sekolah dan anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna dan
baik terutama dalam daerah Port Dickson.

Dalam ketidaktentuan era endamik Covid-19 yang melanda kini, pendidikan dilihat
turut terkesan dan sukar untuk kita menjangkakan sampai bila ianya akan berakhir.
Pembukaan sekolah dan penutupan sekolah juga dilihat menjadi isu yang hangat
diperkatakan oleh pelbagai pihak. Masing-masing perlu memikirkan pendekatan
sendiri yang terbaik dan difikirkan baik bagi sekolah masing-masing. Anak-anak juga
dilihat kurang bermotivasi untuk ke sekolah mereka dan tidak nampak hala tuju yang
jelas tentang keperluan tersebut.

Oleh yang demikian, sesi bual bicara webinar yang dianjurkan ini diharap dapat
membuka mata semua pihak dan memberi penjelasanan dan arah tuju yang baik dan
dirasakan berkesan untuk dilaksanakan diperlbagai peringkat, sama ada keperluan
untuk anak-anak, ibu bapa, pihak sekolah, PPD, pihak swasta dan komuniti awam
dalam bersama-sama menjayakan misi pendidikan negara ini.

2.0 OBJEKTIF
1. Meneliti persediaan pihak sekolah sempena pembukaan sekolah.

2. Memperjelaskan peranan ibu bapa dalam membantu anak-anak membuat


persediaan diri kembali ke sekolah.

3. Berkongsi pengalaman dan idea bersama yang boleh disumbangkan oleh kominiti
dalam membantu mewujudkan iklim sekolah yang sejahtera.

4. Menilai persediaan semua pihak dalam pengurusan psikologi di era endamik


Covid-19.
3.0 MODUS OPERANDI

TARIKH: 23 OKT 2021


MASA: 2.00 petang
TEMPAT : Atas talian (Youtube/ Stream yard/ Google Meet)
KAEDAH PELAKSANAAN : Webinar atas talian
SASARAN : Ibubapa, PIBG, Guru-guru, PPD dan seluruh Komuniti Awam di
Port Dickson khasnya dan seluruh Malaysia amnya

PANELIS : 2 orang Panel Forum jemputan


Ahli panel:
1. Penyelaras KPPIBKS PD - Pn. Arah bt Abu Bakar
2. Ketua Pen. Pengarah / Ketua Kaunselor MAINS Norazman bin Amat

5.0 BAJET KEWANGAN


( sila rujuk lampiran perbelanjaan)

6.0 PENUTUP
Diharap cadangan webinar ini dipertimbangkan untuk kelulusan sebagai usaha
awal KPPIBKS Port Dickson untuk membantu pelbagai pihak dalam
menjalankan amanah yang diberikan.

Disediakan oleh:

SITI ASYUURA BINTI JALALUDDIN


S/U KPPIBKS PD

Anda mungkin juga menyukai