Anda di halaman 1dari 7

Cegah Kecacatan bayi !

Makan ubat folik asid 5-10 mg. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus- menerus hingga akhir
kandungan.
Tentukan yang anda sudah mendapat pelalian terhadap Rubella.
Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun.
Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat-ubat seperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat
doktor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling.
Jauhkan hamil jika umur melebihi 45 tahun.
Berserah dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Berdoalah setiap masa untuk mendapat zuriat yang
cemerlang: Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami
zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami.Lakukan suruhan Allah tanpa lalai,
banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan
ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.Mengikut orang tua-tua ketika
isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiyai atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini
boleh menyebabkan anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.Tidak perlu jalani ujian-ujian untuk
mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang-ujian negara dan hukum islam tidak
membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.

Setiap insan yang berkahwin pasti mengidamkan zuriat yang sempurna. Dengan kelahiran cahaya mata
/ anak kegembiraan pasti terpancar lebih-lebih lagi anak yang dianugerahkan oleh Allah seperti yang
diidamka.

PERTUMBUHAN JANIN DALAM KANDUNGAN

Setiap pasangan suami-isteri setelah mengetahui yang isteri sedang mengandung akan dengan
gembiranya membuat persediaan untuk menerima bayi baru mereka. Tetapi dalam tempoh si
isteri itu sedang mengandung kadang-kala timbul perasaan suka dan curiga. Hasrat suami-isteri
memanglah untuk mendapatkan janin yang sihat, yang sempurna sifat-sifatnya tanpa kecacatan pada
tubuh badannya. Proses pertumbuhan janin selama 40 minggu itu merupakan proses yang sangat
pesat terutamanya dalam peringkat trimester pertama. Daripada peringkat pensenyawaan
(fertilisation) di mana sel-sel dari pihak lelaki dan perempuan bertemu mewujudkan apa yang
dinamakan zygote dalam bahasa Inggerisnya. Proses multiplikasi sel-sel ini akan berterusan dengan
pesatnya sehingga terdapat tiga lapisan sel-sel yang berlainan, iaitu ektodem, mesodem dan
endodem. Daripada lapisan-lapisan ini akan bertubuhlah berbagai-bagai organ dan sistem-sistem
janin. Adalah menakjubkan kalau kita fikirkan bagaimana proses-proses ini dapat berjalan dengan
lancar dan teratur sehingga tertumbuhnya janin yang sempurna sifat-sifatnya tanpa apa-apa
kecacatan. Semua ini membayangkan kekuasaan Allah s.w.t.
Kecacatan kepada janin boleh juga berlaku kerana berbagai-bagai faktor. Ada punca kecacatan pada
janin yang kini dapat diketahui tetapi ada juga yang masih tidak dapat dikesan walaupun pada masa
kini terdapat teknologi yang begitu maju.

Seseorang wanita dalam lingkungan umur dua puluhan yang mengandung bagi kali pertama
mempunyai peluang yang baik sekali untuk melahirkan bayi yang tidak cacat. Apabila ia meningkat ke
peringkat umur empat puluhan risikonya untuk mendapat bayi cacat meningkat lebih sedikit. Walau
bagaimanapun peluang untuk mendapat bayi normal , jika tidak ada bayi -bayi atau saudara-mara
yang berdekatan yang cacat kerana unsur genetik masih juga tinggi. Hakikat ini perlulah disedari oleh
seseorang wanita supaya mereka tidak merasa curiga atau takut untuk mendapat anak. Bagi mereka
yang mempunyai adik - beradik atau saudara -mara berdekatan yang cacat , mereka bolehlah
mendapatkan maklumat dari doktor untuk mengetahui sama ada kecacatan itu disebabkan oleh
punca -punca genetik ataupun punca-punca lain yang jarang akan berulang.
Kandungan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian , iaitu trimester pertama , trimester kedua dan
trimester ketiga. Tempoh suatu trimester itu adalah selama 13 minggu. Trimester pertama iaitu
kandungan 13 minggu pertama merupakan waktu yang sangat kritikal kerana sesuatu penyakit yang
dihidapi oleh pendedahan kepada unsur -unsur kimia atau persekitaran kepada wanita yang
mengandung boleh membawa kesan yang buruk kepada janin pada waktu ini. Trimester pertama
merupakan waktu yang sangat aktif dalam proses pertumbuhan asas organ-organ dan sistem sistem janin. Itulah sebabnya penyakit Rubella umpamanya jika dihidapi oleh seseorang wanita yang
mengandung adalah lebih merbahaya jika terkena pada trimester pertama. Sesuatu gangguan
kepada pertumbuhan janin pada trimester yang pertama samaada penyakit-penyakit yang dihidapi
oleh ibu , unsur -unsur persekitaran seperti pendedahan sinaran X , bahan-bahan kimia di udara dan
ubat -ubat yang dianggap teratogenik bukan sahaja akan menjejaskan pertumbuhan janin malahan
boleh menyebabkan keguguran. Jika keguguran tidak berlaku, pertumbuhan janin akan terus
berjalan tetapi janin itu besar kemungkinan akan cacat. Jika kecacatan pada organ-organ terlampau
teruk janin itu mungkin akan mati semasa di dalam kandungan lagi. Jikalau ini tidak berlaku,
selalunya bayi itu akan hidup untuk beberapa ketika sahaja selepas dilahirkan.
Samaada seseorang bayi itu boleh hidup dengan kecacatan hanya boleh ditentukan oleh organ-organ
yang terlibat. Kerosakan pada jantung yang tidak sesuai untuk menampung keperluan hidup
seseorang bayi akan menyebabkan bayi itu mati sejurus selepas dia dilahirkan. Sebaliknya jantung
yang berlubang (seperti ventricular sepal defect) tanpa kerosakan yang lain mungkin tidak akan
membawa maut kepadanya. Keadaan ini boleh meyebabkan bayi itu mendapat penyakit paru-paru
(pneumonia) atau tidak subur. Kebanyakan lubang itu boleh tutup sendiri tanpa rawatan
pembedahan. Gangguan kepada tumbuhan janin yang wujud semasa trimester kedua dan ketiga
biasanya tidak memberi kesan yang sangat buruk kepada pertumbuhan janin. Umpamanya, jika
wanita hamil menghidap penyakit Rubella pada usia 18 minggu mengandung bayi yang dilahirkannya
mungkin hanya pekak sahaja, sedangkan, jika dia mengidap penyakit ini pada waktu trimester
pertama, bayi yang dilahirkannya akan lebih kecil dari biasa, mengalami lebam hati (neo-natal
hepatitis), selaput di mata (cataract), atau gangguan jantung dan saiz kepalanya kecil serta dia pekak
dan sebagainya.
Bayi-bayi yang dilahirkan ringan (kurang dari 5 paun) adalah disebabkan oleh berbagai-bagai
faktor. Punca yang biasa didapati dan boleh dikawal ialah jika ibu mengandung mengidap penyakit
darah tinggi (pre-eclamptic toxaemia) daripada peringkat trimester kedua lagi. Keadaan ini boleh
dikesan dari pemeriksaan antenatal dan rawatan sewajarnya boleh diberikan untuk menurunkan
darah tinggi. Ibu-ibu yang merokok, meminum alkohol dan ibu-ibu yang rendah tahap pemakanannya
juga boleh menyebabkan bayi dilahirkan ringan. Banyak juga di antara bayi-bayi yang dilahirkan
kurang berat tidak dapat dikesan punca-puncanya tetapi sekumpulan besar daripada bayi-bayi yang
kecil ini terdapat dari golongan mereka yang datang dari kumpulan sosio-ekonomi yang lebih rendah.

Bayi -bayi yang mengalami gangguan kromosom trisomy 18 ( sindrom Edward ) dan (sindrom Patau )
boleh menyebabkan mereka dilahirkan lebih kecil dengan kecacatan fizikal seperti kecacatan jantung
, kecacatan otak dan sebagainya.

Cara -cara mengawasi pertumbuhan janin


Doktor -doktor telah lama menggunakan tanda -tanda seperti timbangan berat ibu yang mengandung
dan pembesaran rahim dari semasa ke semasa untuk mendapat maklumat tentang kadar
pertumbuhan janin di dalam kandungan. Alat -alat yang lebih moden seperti ultrasonography telah
digunakan untuk mengikuti pertumbuhan janin di dalam kandungan. Alat ini tidak memberi pancaran
sinaran X kepada ibu dan janin dan berjaya memberi maklumat seperti janin kembar , tumbuhan di
dalam rahim dan juga beberapa keadaan kecacatan fizikal di tubuh janin. Untuk mengikuti
pertumbuhan janin di dalam kandungan , doktor -doktor membuat pemeriksaan ultra-sound dari usia
kandungan 16 minggu hingga 20 minggu dan juga membuat sekurang-kurangnya satu lagi ujian pada
usia kandungan lebih daripada 32 minggu. Daripada maklumat yang didapati doktor -doktor dapat
mengetahui sama ada kadar pertumbuhan janin itu memuaskan.

Kesimpulan
Walaupun pasangan suami-isteri Islam digalakkan oleh agama untuk memohon kepada Allah s.w.t.
supaya di anugerahkan cahaya-mata yang sihat , yang sempurna sifat-sifatnya, mereka juga mestilah
mendapatkan maklumat dan berikhtiar untuk memastikan supaya ibu mengandung itu berada dalam
keadaan sihat dan dilindungi dari keadaan-keadaan yang boleh mengganggu pertumbuhan janin.
Seseorang wanita boleh mendapatkan ujian darah untuk memastikan yang dia mempunyai imuniti
kepada penyakit rubella umpamanya. Ibu mengandung dinasihatkan supaya mendapat pemeriksaan
ante-natal supaya penyakit-penyakit seperti darah tinggi , kencing-manis , anaemia , penyakit infeksi
kencing dan sebagainya dapat dirawat dengan sewajarnya. Seseorang ibu mengandung yang
mendapati tanda-tanda kelahiran seperti pecah air , rahim berdarah atau sakit di bahagian
abdomennya mestilah mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Kelahiran prematur boleh
dihentikan dengan ubat-ubat jika rawatan di beri peringkat awal lagi.

Salam 1 Malaysia,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu yang menyatakan ibu-ibu yang sering berjumpa doktor
sewaktu proses kehamilan merupakan langkah-langkah pencegahan daripada melahirkan anak-anak
yang cacat. Bagi memastikan supaya ibu mengandung itu berada dalam keadaan sihat dan dilindungi
dari keadaan-keadaan yang boleh mengganggu pertumbuhan janin, seseorang wanita boleh
mendapatkan ujian darah untuk memastikan yang dia tidak mempunyai imuniti kepada penyakit rubella
umpamanya.
Ibu mengandung dinasihatkan supaya mendapat pemeriksaan ante-natal supaya penyakitpenyakit seperti darah tinggi, kencing manis, anemia, penyakit infeksi kencing dan sebagainya dapat
dirawat dengan sewajarnya. Seseorang ibu mengandung yang mendapati tanda-tanda kelahiran seperti
pecah air, rahim berdarah atau sakit di bahagian bawah abdomennya mestilah mendapat pemeriksaan
doktor dengan kadar segera. Kelahiran awal boleh dihentikan dengan mengambil ubat-ubatan jika
rawatan diberi pada peringkat awal lagi.

Kelahiran anak merupakan dambaan setiap keluarga yang tidak ternilai harganya. Diharapkan,
kelahiran anak yang masih dalam kandungan bisa selamat, sehat dan tidak mengalami cacat apapun.
Namun demikian, seringkali anak yang terlahir telah mengalami cacat sejak dari kandungan.
Pada umumnya, terdapat banyak faktor yang diduga berpengaruh selama ibu mengandung seperti
halnya obat-obatan, kekurangan gizi, stres psikologik dan lahir prematur dapat berpeluang terhadap
akibat bayi terlahir cacat mental ataupun fisik. Memang betul, bayi terlahir cacat tersebut merupakan
suatu musibah yang datang dari Tuhan Yang Maha Kuasa. Tetapi manusia diharuskan untuk
menggunakan akalnya dalam upaya mencegah kejadian tersebut.
Selama janin berproses dalam kandungan, dari tahap pertama ke tahap berikutnya telah diketahui
ada masa-masa peka. Pada masa ini, terdapat tahap tertentu yang sangat membahayakan bagi
perkembangan janin. Jika pada masa peka ini terjadi benturan dengan zat-zat tertentu akan
menyebabkan keguguran atau bayi terlahir cacat. Demikian halnya, jika selama kehamilan si ibu
mengalami stres berat maka akan berpeluang besar terhadap proses kelahiran dan anak mengalami
kelainan.
Kiat Menghindari
Dalam upaya menghindari bayi terlahir cacat maka setidaknya ada empat hal yang harus diperhatikan
oleh ibu hamil. Dan ini akan menentukan kesehatan atau cacat bayi sejak bulan pertama hingga akhir
kehamilan.
Pertama, hindari kebiasaan meminum obat tanpa sepengetahuan dokter. Biasanya ibu yang
mengalami kehamilan, kondisi badan semakin lama semakin melemah. Ketegangan mental semakin
meningkat sehingga timbul perasaan jengkel. Bagi ibu yang tidak bersabar, dengan sembarangan
akan membeli dan meminum obat tertentu. Bahkan, banyak ibu hamil justru menyukai minum obat
penenang, semisal thalidomit.
Sekilas memang obat penenang dapat menghindari beban stres kehamilan. Namun pemakaian obat
penenang justru sebenarnya sangat membahayakan, menyebabkan cacat pada janin yang
dikandungnya. Terutama sekali jika minum obat penenang tersebut sering pada minggu kelima dan
minggu ketujuh.
Disamping itu, penyinaran rontgen yang berlebihan juga sangat membahayakan. Biasanya akibat
yang akan dialami anak adalah gangguan terhadap gerakan-gerakan motorik. Semakin banyak
penyinaran rontgen maka dampak yang akan ditimbulkanya semakin besar.
Kedua, hindari ketegangan emosional. Di usia kehamilan yang semakin tua, pada umumnya
ketegangan emosional semakin tinggi. Walaupun hal ini sulit untuk dihindarkan, namun setidaknya
ada usaha yang kuat untuk untuk menghindarinya. Dalam hal ini terdapat sebuah penelitian yang
dilakukan oleh Fels sangat menarik untuk direnungkan.

Dalam hasil penelitianya ditemukan bahwa wanita hamil dengan susunan syaraf otonom yang labil,
memiliki fetus-fetus paling aktif. Kondisi seperti ini akan menyebabkan ibu hamil mengalami
ketegangan emosi, reaktif dan mudah tersinggung. Misalnya, jika suami mengancam hendak
membunuh istrinya yang sedang hamil, karena tuduhan perselingkuhan. Dalam hal ini, akan sangat
mengguncang kejiwaan istri. Akibat dari kegoncanagn emosi ini, biasanya anak akan terlahir dengan
berat badan yang kurang dibanding dengan panjangnya. Pada perkembangan berikutnya, anak akan
mengalami gangguan sulit makan.
Akibat lain, jika kegoncangan psikis ibu terjadi pada bulan pertama kehamilan. Biasanya anak akan
terlahir dengan memiliki gangguan mental yang kurang normal. Gangguan ini biasanya disebut down
syndrome. Sedangkan jika gangguan emosi terjadi pada bulan kedua kehamilan, maka akan
mengakibatkan terjadinya gangguan syndroma nafsu terhambat. Anak-anak yang demikian akan
memiliki ciri apatis, pasif, dan tampak tidak bergairah.
Demikian halnya sebuah hasil penelitian yang telah dilakukan oleh Thomas OConnor di Institute of
Psychiatry London sebagai berikut. Bahwa dari 7.000 ibu yang pernah mengalami stres saat
kehamilan maka akan berdampak pada perkembangan anak. Sebanyak 15 persen anak yang terlahir
menjadi hiperaktif.
Ketiga, hindari kepercayaan takhayul. Di masyarakat tradisional masih sangat subur sebuah
kepercayaan takhayul terutama yang berhubungan dengan kehamilan. Misalnya, jika ibu hamil
membenci orang buta, maka anak yang bakal terlahir cenderung ikut buta. Contoh lain, jika saat istri
hamil, suami dilarang membunuh ular. Sebab jika hal ini dilanggar maka anak yang akan terlahir
cenderung kepalanya menyerupai ular.
Memang terdapat penelitian terhadap kepercayaan takhayul, namun sebisa mungkin ibu hamil harus
tetap dapat mengendalikan diri dengan sebaik-baiknya. Terdapat sebuah penelitian yang dilakukan di
laboratorium psikologi di Nijmogen Belanda. Penelitian tersebut menemukan bahwa sebenarnya
kepercayaan takhayul bagi ibu hamil muncul disebabkan dinamika sistem hormonal. Jika ibu hamil
sangat mempercayai takhayul, maka hal tersebut akan mempengaruhi instabilitas hormonal yang
akan merembet ke arah perubahan psikis. Setelah psikis goncang, maka akan merembet ke arah janin
yang dikandungnya.
Sebuah kepercayaan takhayul lainya adalah kondisi ngidam. Dalam kacamata psikologi, bahwa
ngidam sebenarnya hanya sebuah reaksi lain dari ketidakmenentuan emosi ibu dalam menghadapi
kehamilan. Misalnya, ketika ibu hamil dan mengidam yang harus makan beras satu gelas setiap hari,
kiranya hanya merupakan kondisi instabilitas emosi, yang seharusnya dapat dikendalikan. Jika hal ini
dibiarkan tentu akan mengganggu kesehatan.
Disamping itu, terdapat kepercayaan takhayul lainya yang harus dihindari. Yakni, sebuah
kepercayaan tradisional bahwa jika ibu hamil banyak membayangkan nenek atau famili sedarahnya
yang telah meninggal dunia, maka anak yang terlahir akan menirunya. Kepercayaan takhayul ini
disebut sebagai reinkarnasi atau titisan arwah. Hal tersebut sangat tidak dapat dibenarkan. Jika
seandainya seorang anak membawa ciri fisik mirip kakek yang telah meninggal, sebenarnya dapat
dijelaskan secara ilmiah.
George Mendel, seorang ahli kandungan (ginekolog) telah menemukan dalam sebuah penelitian
bahwa memang ada kecenderungan gen tertentu diturunkan. Misalnya, jika terdapat gen dari seorang
kakek mendominasi, maka berpeluang untuk menurun pada cucunya. Hanya seberapa jauh
kecenderungan penurunan tersebut tergantung pada prosentase gen yang terbawa dari kakeknya.
Keempat, hindari sikap penolakan terhadap janin. Bahwa sikap menolak terhadap kehamilan akan
berpeluang terhadap kecacatan sikap dan perilaku anak kelak dalam hidupnya. Sebab, dengan adanya
sikap penolakan maka akan berpengaruh terhadap cara pengasuhan yang semena-mena. Dalam
sebuah penelitian yang dilakukan oleh Geisser di Jerman Timur dan Sears di Amerika Serikat tentang
sikap ibu hamil. Bahwa lebih dari 90 persen ibu yang menyukai janin yang dikandungnya, tetap
terbawa hingga anak lahir dan besar.
Setelah mengetahui beberapa bahaya bayi dalam kandungan, seharusnya dijadikan pijakan. Ibu yang
sedang hamil harus berhati-hati, kecacatan anak karena ulah orang tua akan berakibat fatal hingga di
hari tua. Bukankah mencegah lebih baik daripada mengobati?

Salam 1 Malaysia,
Kehamilan merupakan proses yang dialami bagi kaum wanita. Semua wanita pasti
mengharapkan bayi dalam rahimnya lahir dengan sempurna. Terdapat beberapa sebab atau punca yang
menyebabkan seseorang wanita mengalami gangguan kehamilan yang menyebabkan bayi lahir dalam
keadaan cacat.
Punca-punca berlaku kecacatan:
Antaranya pengambilan alkohol dan rokok.
Alkohol bersifat teratogen yang mampu
menimbulkan gangguan pada perkembangan embrio janin sehingga bayi lahir dengan fizikal yang tidak
sempurna. Rokok juga mampu merosakkan perkembangan janin di mana ia menganggu perkembangan
otak serta fizikal bayi dan berisiko besar kelahiran bayi cacat seperti bibir sumbing dan cacat jantung.
Penggunaan beberapa jenis ubat-ubatan bersifat teratogen pada saat kehamilan boleh
merosakkan perkembangan janin kerana melalui penelitian ubat ini terbukti dapat menyebabkan
penurunan aliran darah dan oksigen ke janin. Hal ini menyebabkan kelahiran bayi cacat seperti anggota
badan tidak lengkap.
Malnutrisi atau gizi buruk juga menyebabkan gangguan kehamilan dan kelahiran bayi cacat
terutama di beberapa negara miskin. Kekurangan vitamin A, B, K, kalsium, magnesium, asid folat,
tiamin dan riboflavin terbukti menimbulkan cacat pada bayi. Faktor genetik juga menjadi penyebab bayi
cacat dan kegagalan janin iaitu kelainan gen tunggal dan kelainan kromosom.
Langkah-langkah pencegahan:
1) Ibu-ibu mengandung perlu makan ubat folik asid 5-10 mg setiap hari sehingga akhir kandungan.
2) Pastikan anda sudah mendapat pelalian terhadap Rubella.
3) Jangan cuba gugurkan kandungan dengan apa cara pun.
4) Jangan makan ubat-ubat seperti tranquilizer, ubat kanser tanpa mendapat nasihat daripada doktor.
Jika ada sejarah kecacatan dalam keluaraga, dapatkan khidmat Kaunseling Genetik.
5) Jauhkan hamil jika umur sudah melebihi 45 tahun. Berserah dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Berdoalah setiap masa untuk mendapat zuriat yang cemerlang.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,


Saya bersetuju dengan pendapat saudara yang menyatakan ibu yang berusia 4o tahun ke atas
sangat berisiko melahirkan bayi yang mempunyai masalah kecacatan. Perkara itu boleh dielakkan
dengan merancang kehamilan awal. Hal ini kerana seseorang wanita dalam lingkungan umur dua
puluhan yang mengandung bagi kali pertama mempunyai peluang yang baik sekali untuk melahirkan
bayi yang tidak cacat. Apabila ia meningkat ke umur empat puluhan risikonya untuk mendapat bayi
cacat meningkat lebih sedikit. Walaubagaimanapun, peluang untuk mendapat bayi normal, jika tidak ada
bayi-bayi atau saudara-mara yang berdekatan yang cacat kerana unsur genetik masih juga tinggi.

Seseorang wanita dalam lingkungan umur dua puluhan yang mengandung bagi kali pertama
mempunyai peluang yang baik sekali untuk melahirkan bayi yang tidak cacat. Apabila ia meningkat ke
peringkat umur empat puluhan risikonya untuk mendapat bayi cacat meningkat lebih sedikit. Walau
bagaimanapun peluang untuk mendapat bayi normal , jika tidak ada bayi -bayi atau saudara-mara
yang berdekatan yang cacat kerana unsur genetik masih juga tinggi. Hakikat ini perlulah disedari oleh
seseorang wanita supaya mereka tidak merasa curiga atau takut untuk mendapat anak. Bagi mereka
yang mempunyai adik - beradik atau saudara -mara berdekatan yang cacat , mereka bolehlah
mendapatkan maklumat dari doktor untuk mengetahui sama ada kecacatan itu disebabkan oleh
punca -punca genetik ataupun punca-punca lain yang jarang akan berulang.

Salam 1 Malaysia,
Saya bersetuju dengan pendapat cikgu yang menyatakan punca kecacatan adalah daripada
kesilapan gen yang diwarisi. Oleh itu, hakikat ini perlulah di sedari oleh seseorang wanita supaya
mereka tidak merasa curiga atau takut untuk mendapat anak. Bagi mereka yang mempunyai adikberadik atau saudara-mara berdekatan yang cacat, mereka bolehlah mendapatkan maklumat dari
doktor untuk mengetahui sama ada kecacatan itu disebabkan oleh punca-punca genetik ataupun puncapunca lain yang jarang akan berulang.

Berserah dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Berdoalah setiap masa untuk mendapat zuriat yang
cemerlang: Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami
zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami.Lakukan suruhan Allah tanpa lalai,
banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan
ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.Mengikut orang tua-tua ketika
isteri hamil, suami janganlah memburu, menganiyai atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini
boleh menyebabkan anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.Tidak perlu jalani ujian-ujian untuk
mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang-ujian negara dan hukum islam tidak
membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
Setiap insan yang berkahwin pasti mengidamkan zuriat yang sempurna. Dengan kelahiran cahaya mata
/ anak kegembiraan pasti terpancar lebih-lebih lagi anak yang dianugerahkan oleh Allah seperti yang
diidamka.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,


Setiap insan yang berkahwin pasti mengidamkan zuriat yang sempurna. Dengan kelahiran
cahaya mata, kegembiraan pasti terpancar lebih-lebih lagi anak yang dianugerahkan oleh Allah seperti
yang diidamkan. Namun terdapat juga bayi yang dilahirkan mempunyai kecacatan. Oleh itu, sebagai
umat Islam, kita perlulah berserah dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Berdoalah setiap masa untuk
mendapat zuriat yang cemerlang. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau
mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai dan banyakkan membaca Al-Quran, berzikir
dan bertasbih sentiasa. Bagi ibu yang mengandung, amalkanlah membaca surah Al-Fatihah, 3 Qul dan
ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.

Anda mungkin juga menyukai