Anda di halaman 1dari 5

Ada Apa Dengan Tarian Poco-poco?

Oleh: Abu Numair Nawawi B. Subandi


http://fiqh-sunnah.blogspot.com
Dalam beberapa hari ini, ramai rakan facebook dan berita akhbar bercerita tentang tarian poco-poco.
Situasi tersebut mungkin sebagai respon terhadap fatwa (atau kenyataan) yang dikeluarkan
Jawatankuasa Mufti Negeri Perak.
Dari mana atau asal-usul tarian tersebut sendiri masih samar-samar dan tiada sesiapa pun lagi yang
tampil memberi penjelasan tuntas tentangnya. Peliknya ia begitu cepat tersebar dan menjadi kegilaan
masyarakat di Malaysia tanpa mengira usia dan pangkat.
Walau bagaimanapun, asas yang terdapat dalam tarian poco-poco tersebut jelas. Iaitu mengandungi
unsur seni joget lenggok tubuh, muzik, dan nyanyian. Ditarikan oleh lelaki dan wanita, sama ada secara
tertutup mahupun terbuka, dalam kumpulan berasingan atau bersamaan lelaki dan wanita.
Tepuk Tangan dan Seni Joget Tari-menari
Di zaman awal Islam, praktik bergembira dengan cara tepuk-tangan, bersiul, dan tari-menari dikenali
sebagai salah satu bentuk ritual ibadat milik masyarakat Arab jahiliyyah. Selain itu, disebutkan juga
mereka yang mula-mula mencipta praktik tarian adalah pengikut Samiri dari kalangan umat Nabi Musa
alaihis Salam yang ingkar. Tarian dijadikan oleh mereka sebagai satu bentuk praktik meraikan
kegembiraan dan ritual penyembahan ke atas patung lembu.
Imam Abu Bakar ath-Thurthusi rahimahullah (Wafat: 520H) ketika mengkritik amalan golongan sufi,
beliau berkata:

Adapun menari dan mengolah perasaan, ia mula direka oleh pengikut Samiri (dari kalangan umat Nabi
Musa). Iaitu ketika Samiri membinakan untuk mereka sebuah patung berbentuk anak lembu yang
mengeluarkan suara. Mereka pun menari-nari di sekelilingnya sambil berdendang riang gembira
dengannya. Tarian adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu. (Tafsir alQurthubi, 11/238)
Allah Subhanahu wa Taala berfirman menceritakan perlakuan kaum Arab (Quraisy) jahiliyyah:


Solat mereka di sekitar Baitullah itu tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan. (Surah al-Anfal, 8:
35)

Apabila Islam datang, ritual-ritual jahiliyyah tersebut pun ditinggalkan tanpa mengasingkan sama ada
semata-mata tarian atau tarian yang disertakan dengan kepercayaan. Begitu juga dengan praktik tepuktangan dan siulan untuk berhibur.
Rasulullah mengajar bagaimana praktik ibadah (solat) dan tawaf yang benar. Manakala tepuk-tangan
yang berbentuk isyarat dibenarkan bagi wanita ketika dalam solat apabila mendapati imam melakukan
kesilapan. Jauh sekali untuk praktik hiburan dan bersuka-ria.
Ada sebahagian pihak yang membenarkan tarian dengan dalil kaum Habsyah yang membuat
persembahan tombak di masjid ketika hari raya. Dalam hadis persembahan tombak tersebut, terdapat
lafaz:

Orang-orang Habsyah datang seperti orang menari (yazfinuun) ketika hari Ied di masjid. (Hadis Riwayat
Muslim, 4/418, no. 1483) Manakala dalam riwayat yang lain turut disebutkan perkataan
(yarqushuun).
Para ulama menjelaskan bahawa menari di sini merujuk kepada seni bermain senjata sambil melompat,
tunduk, dan menghayun-hayun senjata dengan tangan yang mana kelihatan seperti orang sedang
menari. Dilakukan pada hari raya dan tidak dijadikan sebagai permainan yang menjadi kebiasaan secara
umum.
Ini mungkin sama seperti persembahan seni bermain senjata dalam ilmu persilatan. Maka, tidaklah boleh
disamakan dengan tarian terkinja-kinja mengikut rentak muzik tertentu berbentuk hiburan yang diketahui
umum.
Secara logiknya pula, adakah tarian poco-poco ini sesuai dibawa ke masjid sebagaimana permainan
tombak kaum Habsyah tersebut sehingga mahu disamakan dengannya?
Oleh itu, tradisi jahiliyyah berupa tari-menari yang telah sedia ditinggalkan Rasulullah bersama-sama
para sahabatnya ini tidak perlulah untuk kita hidupkan kembali. Apatah lagi bila mengenangkan ia salah
satu bentuk syiar agama yang dimulakan dan dimainkan oleh orang-orang kafir semenjak dahulu kala
hingga kini. Juga merupakan seni yang sinonim dengan orang-orang fasiq.
Bahkan Ummu Alqamah menceritakan:



Bahawasanya anak-anak perempuan saudara lelaki Aisyah dikhitankan. Mereka kesakitan disebabkan
khitan tersebut. Lalu ada dari kalangan mereka meminta kepada Aisyah, Bolehkah kami menjemput
orang yang dapat menghiburkan mereka?

Aisyah berkata, Boleh. Maka mereka pun menjemput seorang lelaki (si fulan) untuk menyanyi.
Kemudian datanglah Aisyah menghampiri mereka di rumah tersebut dan beliau melihatnya sedang
menyanyi sambil melenggok-lenggokkan kepala. Aisyah berkata, Uhh, syaitan! Keluarkan dia!
Keluarkan dia! Maka ia pun dikeluarkan. (Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, 1/427, no. 1247.
al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 10/223. Dinilai hasan oleh al-Albani)
Sebagaimana kata Syaikh al-Albani rahimahullah, hadis ini menunjukkan dibolehkan berhibur dengan
sedikit nyanyian tanpa alat muzik (seperti syair Arab). Tetapi tidak boleh diiringi dengan tarian, joget,
menghentak-hentak kaki, atau yang sama dengannya yang menjadikan jatuhnya maruah diri. Tidak juga
boleh dijadikan sebagai pekerjaan bagi meraih pendapatan. (Rujuk: Tahrim Alat ath-Tharb, m/s. 131)
Nyanyian dan Muzik
Hukum nyanyian berserta alat muzik dalam Islam memiliki perbahasan yang agak panjang. Secara
ringkasnya, para imam empat mazhab sepakat mengharamkannya. Melainkan nyanyian kanak-kanak
atau hamba perempuan yang dimainkan dengan iringan kompang pada hari raya dan majlis pernikahan
(walimatul urus) secara khusus.
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyatakan:





Berdasarkan Imam keempat-empat mazhab, bahawasanya keseluruhan alat muzik adalah haram
sebagaimana telah ditetapkan dalam Shahih al-Bukhari dan selainnya. (Majmu al-Fatawa, 11/576)
Manakala dari sebahagian pengkaji kontemporari, ada di antara mereka yang membolehkan nyanyian
bermuzik dengan syarat-syarat tertentu seperti tidak keterlaluan dan dengan lirik-lirik yang baik. Walau
bagaimanapun, syarat-syarat kelompok yang cuba mengharuskan ini bersifat agak subjektif dan
menimbulkan lebih banyak perbahasan (kerana bersifat agak toleran dengan keadaan).
Apapun, apabila melihat pendapat dari kedua-dua kelompok ini secara umum, jelas bahawa nyanyian
poco-poco bertentangan dengan syarat-syarat tersebut.
Jika kita perhatikan baik-baik, pasti akan kita fahami liriknya penuh dengan pujian terhadap bentuk dan
lenggok tubuh wanita yang berbaur syahwat berahi. Muziknya pula mengarahkan kepada irama dan joget
yang mengkhayalkan.
Pergaulan bebas (Ikhtilath)
Dalam praktik tarian poco-poco yang diketahui umum di Malaysia hari ini, ia telah mula dimainkan secara
terbuka sama ada oleh lelaki mahupun wanita, sama ada secara bersama atau berasingan.
Dari sudut syara, percampuran lelaki dan perempuan seperti itu telah masuk ke dalam bentuk pergaulan
bebas yang dilarang keras oleh Islam.

Semenjak anak-anak berusia seawal 10 tahun, Islam telah menyeru ibu bapa supaya mengasingkan
tempat-tempat tidur mereka. Dilarang pula tidur berkongsi selimut.
Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:


Perintahlah anak-anak kamu bersolat pada usia tujuh tahun. Pukullah mereka jika mereka meninggalkan
solat pada usia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka. (Hadis Riwayat Ahmad, 11/369, no.
6756. Dinilai hasan oleh an-Nawawi, al-Albani, dan Syuaib al-Arnauth)




Tidak boleh seorang lelaki memandang aurat lelaki lain dan tidak boleh seorang wanita memandang
aurat wanita yang lain, dan tidak boleh seorang lelaki bersama dengan lelaki lain dalam satu kain
(selimut) dan tidak boleh seorang perempuan bersama dengan wanita lain dalam satu kain (selimut).
(Hadis Riwayat Muslim, 2/238, no. 512)
Dalam solat, Islam mengasingkan saf wanita di belakang dan lelaki di hadapan. Hendak masuk masjid
pun Rasulullah telah mengasingkan pintu-pintu masuknya untuk lelaki atau perempuan sahaja.
Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:




Sebaik-baik saf lelaki adalah yang paling hadapan dan yang paling buruk adalah yang paling belakang.
Dan sebaik-baik saf bagi wanita adalah yang paling belakang, yang terburuk bagi mereka adalah yang
paling depan. (Hadis Riwayat Muslim, 2/435, no. 664)
Selain itu, Islam juga memerintahkan supaya menundukkan pandangan terhadap wanita melainkan
dengan sebab-sebab tertentu yang diperlukan. Ini menunjukkan bahawa Islam sangat menjaga batas
pergaulan di antara lelaki dengan wanita. Di antara hikmah peraturan ini adalah bagi mendidik hati dan
mengelakkan nafsu syahwat menguasai diri.
Jika batas-batas ini diabaikan, bukanlah suatu yang menghairankan bila pelbagai gejala sosial dan
amalan negatif berlaku di depan mata kita hari ini. Sehingga ada anak-anak seawal usia 10 tahun pun
sudah pandai bercumbuan, merogol, dan berzina.
Kesimpulan
Tanpa ciri-ciri di atas tadi, tidaklah ia dinamakan sebagai tarian poco-poco. Apatah lagi tarian, muzik,
nyanyian, dan praktik tepuk-tangan itu sendiri antara perbuatan yang dibenci Islam. Demikianlah ia, tanpa
ciri-ciri disebutkan, bukanlah namanya tarian poco-poco. Dalam masa yang sama, banyak lagi bentuk
hiburan di luar sana yang lebih selamat lagi bermanfaat. Jadi, kenapa perlu terus berpoco-poco?.
Wallahu alam

Anda mungkin juga menyukai