Anda di halaman 1dari 2

Tetapan DNS

Di sini kami menyediakan tutorial yang ringkas bagaimana untuk


melakukan pelepasan dengan menggunakan kaedah tetapan DNS/DNS
Settings. DNS adalah nama singkatan dari Domain Name System yang di
mana dengan menggunakan Open DNS adalah sangat mudah dan tidak
menyusahkan anda sewaktu melayari Internet. Open DNS dapat
membantu anda untuk melayari Internet dengan tanpa had. Rujuk
di pautan ini untuk memahami apa itu DNS.
Baiklah, dengan tetapan DNS ini anda hanya perlu membuat sekali sahaja
dan ianya boleh dinyah-aktifkan.
1. Klik pada butang "Start" dan masuk ke "Control Panel"
2. Pilih "Network and Sharing Center"
3. Kemudian klik pada rangkaian Internet anda yang berada di bahagian
"Connection"
4. Setelah itu akan keluar satu tetingkap baru, dan klik "Properties"
5. Klik dua kali(double click) pada "Internet Protocol Version 4"
6. Akan keluar satu tetingkap baru lagi dan tandakan(tick) "Use the
following DNS server addresses"
7. Isikan angka DNS pada ruangan yang disediakan:
- Preferred DNS: 8.8.8.8
- Alternate DNS: 8.8.4.4
8. Setelah angka diisikan, klik butang OK dan tutup kesemua tetingkap.
9. Dan anda boleh nikmati kadar kunjungan laman sesawang yang tiada
hadnya ke blog Kari Ngeri.
10. Selesai.

Pelompat DNS
Pelompat DNS adalah dalam bahasa Melayu yang telah diterjemahkan dari
bahasa Inggeris yang dipanggil DNS Jumper. Sistem pelompat DNS ini
adalah sama seperti tetapan DNS. Tetapi pelompat DNS merupakan cara
automatik yang digunakan sebuah alat/tool yang di mana anda tidak perlu
bersusah payah untuk masuk ke Control Panel dan sebagainya. Ianya
hanya perlu beberapa klik dan terus berfungsi. Tutorial ini hanya untuk
pengguna Windows sahaja. Mari kita cuba.
1. Langkah pertama anda perlu ada DNS Jumper.

2. Langkah kedua, klik dua kali pada fail yang sudah anda selesai muat
turun tadi. Kemudian klik pada butang "Fastes Dns" di sebelah kiri seperti
gambar di bawah.

3. Setelah itu akan keluar satu tetingkap yang ia sedang mencari DNS
untuk anda dan tunggu beberapa saat untuk pencarian.
4. Apabila selesai pencarian, tekan butang "Apply Dns Servers".
5. Setelah itu, anda boleh tutup DNS Jumper itu dan boleh terus melayari
blog Kari Ngeri.

Anda mungkin juga menyukai