Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti Pergerakan Jari,

Tangan dan Mata

Aktiviti Pergerakan Tangan


Latihan bagi tangan
Murid dikehendaki:
i. Menggenggam dan membuka tangan. Hendaklah dilakukan
beberapa kali.
ii. Menggenggam dan menghancurkan atau meronyokkan sehelai daun
atau kertas.
iii. Menggenggam dan merasa beg yang berisi kekacang.
iv. Menggenggam dan merasa bola.
v. Memegang benda-benda seperti pensel atau pembaris. Guru
menunjukkan cara memegang yang betul.
vi. Melukis bentuk-bentuk bebas menggunakan jari di udara.
vii. Melukis bentuk-bentuk di dalam bekas yang mengandungi pasir atau
tanah.
viii. Memasang butang baju, menanggalkan dan memasang semula.
ix. Membuka tali kasut dan mengikat semula.

Aktiviti Pergerakan Mata


Latihan bagi mata
Murid dikehendaki:
i. Menutup kedua-dua mata dengan tangan, membuka mata,
melihat dan menyebut benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru.
ii. Menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang
ditunjuk atau dipegang oleh guru. Lakukan latihan yang sama pada mata
yang sebelah lagi.
iii. Melihat sesuatu benda yang dipegang oleh guru dan dibawa dari
kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.
iv. Menyebutkan nama benda-benda kecil yang dipegang oleh guru
seperti getah pemadam, pengasah pensel, mancis, dan seterusnya bendabenda sederhana besar dan benda-benda yang besar.
v. Menyebutkan warna benda atau alat yang ditunjukkan oleh guru.
vi. Menyebut bentuk blok-blok geometri yang diperbuat daripada
kadbod atau plastik sama ada segi empat, segi tiga, bulat, separuh bulat,
bujur dan sebagaimya.

Aktiviti Pergerakan Tangan

Anda mungkin juga menyukai