Anda di halaman 1dari 2

Soalan Tugasan 2 MTE3111:

Anda dikehendaki memberikan satu contoh aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan
topik ukuran dan sukatan.
AKTIVITI UKURAN
i. Membuat anggaran tentang panjang objek seperti batang kayu, tali (yang
dibawa) , tembok, panjang dinding bangunan, tinggi pokok/bangunan. Murid
murid membuat catatan pada borang yang disediakan oleh guru .
ii. Mengukur panjang sebenar objek-objek tersebut dengan pita ukur, atau
pembaris dengan bimbingan guru.
iii. Membuat pembentangan hasil dapatan yang diperolehi oleh murid bersama-sama
dengan guru.
iv. Semakan dan pengujian sama ada jawapan yang diberikan oleh murid adalah
bertepatan dengan ukuran sebenar.

AKTIVITI SUKATAN
i. Guru membuat pertandingan kecil bagi mengukur sukatan yang diperolehi oleh
setiap kumpulan.
ii. Acara memasukkan air ke dalam botol dengan menggunakan span untuk
memasukkan air ke dalam botol.
iii. Setiap kumpulan membuat anggaran dengan mengguji sukatan air yang mana
lebih banyak kandungannya.
iv. Seterusnya guru membuat sukatan yang betul dengan menggunakan unit liter
dan mililiter.
v. Murid membaca sukatan air dengan bacaan pada bekas atau bikar yang
mempunyai bacaan dalam unit mililiter dan juga unit liter.
vi. Guru membimbing murid membaca dengan bacaan yang betul dan kedudukan
mata yang betul apabila membaca sukatan air tersebut.
Huraikan satu aktiviti ko kurikulum yang boleh dilaksanakan oleh kelab matematik di
luar waktu pembelajaran
Membina bentuk 3Dimensi
1. Guru membekalkan peralatan yang diperlukan oleh murid-murid seperti kad manila,
gam , gunting dan perhiasan-perhiasan lain yang difikirkan sesuai.
2. Guru mengedarkan kertas yang mempunyai bentuk-bentuk 3D tersebut
3. Murid menguntingkan bentuk-bentuk tersebut dan mencantumkan mengikut bentuk
yang telah disediakan oleh guru.
4. Murid akan dapat menghasilkan bentuk 3D mereka sendiri.
5. Disamping itu, murid juga mendapat pengalaman baru dan merasai sendiri
pengalaman mencipta bentuk 3D.
6. Seterusnya, murid juga boleh digalakkan untuk membina bentuk0bentuk 3D yang
lebih mencabar lagi.
7. Ini bertujuan murid dapat mengenalpasti ciri-ciri bagi setiap bentuk-bentuk 3D
tersebut seperti bilangan sisi, bilangan bucu, bilangan permukaan sama ada
melengkung atau rata.
8. Bentuk-bentuk ini boleh digantungkan dalam bilik matematik untuk penghasilan hasil
kerja murid.

Anda mungkin juga menyukai