Anda di halaman 1dari 3

PENERANGAN TENTANG FORMAT PENULISAN

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

PERKARA

PENERANGAN

TAJUK KAJIAN

Ringkas - Menggambarkan kajian dalam bentuk positif.

PENGENALAN

JIKA PERLU SAHAJA TIDAK SEMESTINYA ADA.


Baca dan analisis Kajian literatur / kajian lepas berhubung dengan
masalah yang dikaji untuk mengukuhkan hujah.
Ringkas dan lebih kurang atau 1 muka surat.

REFLEKSI
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN
LEPAS / LALU

ISU
KEPRIHATINAN /
FOKUS KAJIAN

( PERNYATAAN
MASALAH )

Luahan perasaan berhubung dengan masalah yang dikaji.


Mengapa masalah ini mengganggu anda dalam P&P?
Bagaimana masalah ini mengganggu anda dalam kelas?
Gambaran ringkas tentang masalah tersebut apa yang telah
berlaku dalam kelas.
Gambaran tentang usaha-usaha yang telah dilakukan tetapi kurang
berkesan.
Pada pendapat anda, mengapa P&P yang dilaksanakan kurang
berkesan?
Mengapa masalah ini perlu diselesaikan segera?
Apa masalah utama yang dihadapi?
Mengapa ia sangat penting dan perlu diselesaikan dahulu?
Buktikan kewujudan masalah tersebut dengan data statistik
(kekerapan/peratus/min).
1. Pra - Keputusan peperiksaan/ujian.
2. Pra - Analisis dokumen/skrip jawapan.
3. Analisis Ujian Pra
4. Analisis hasil dapatan temubual/Soal selidik.
5. Pemerhatian rambang atau berstruktur.

Nota : TIDAK SEMESTINYA GUNAKAN SEMUA JENIS


INSTRUMEN - Guna instrumen yang boleh menggambarkan
masalah sebenar dengan jelas.
OBJEKTIF KAJIAN

Nyatakan objektif dalam bentuk yang boleh diukur/dibuktikan/


boleh dikutip datanya.
Bahagikan Objektif Kajian kepada Objektif Umum dan Objektif
Spesifik.

KUMPULAN
SASARAN

Nyatakan tingkatan, kelas & bilangan pelajar yang terlibat.


Nyatakan juga latar belakang keluarga, akademik pelajar dan lainlain jika data-data tersebut diperlukan dalam kajian tersebut.

PERANCANGAN &
PELAKSANAAN

Namakan program intervensi yang digunakan dalam kajian


tindakan ini.

KAJIAN
TINDAKAN

Jelaskan dengan ringkas tujuan program intervensi yang


digunakan dalam kajian tindakan ini.
Mengapa anda rasa ia boleh menyelesaikan masalah yang
dihadapi?
Bagaimana program tersebut dilakukan? Gambarkan proses
pelaksanaan dengan jelas dan terperinci.
(Gambarfoto, rakaman video dll boleh digunakan dan dilampirkan
untuk mendapat gambaran yang lebih jelas)
Menggunakan instrumen-instrumen berikut untuk mengumpul
data-data dapatan kajian.
1. Pemerhatian rambang atau berstruktur.
2. Soal selidik/temubual lampirkan soalan.
3. Ujian (pra & pasca) lampirkan soalan.
4. Analisis dokumen (skrip jawapan).

DAPATAN
KAJIAN:
KEPUTUSAN,
ANALISIS DATA &
PERBINCANGAN

Setelah kajian dilakukan:

REFLEKSI KAJIAN

NOTA
Nyatakan masa &
tarikh pelaksanaan
aktiviti

Tunjukkan kesan intervensi berdasarkan pemerhatian / soal selidik


/ temubual / ujian / analisis dokumen.
JIKA PERLU buat perbandingan sebelum (pra) dan selepas
(pasca) kajian.
Data-data dapatan kajian boleh dipaparkan dalam bentuk jadual
atau graf.
Berikan komen berdasarkan data-data kajian yang dikumpul
Mengapa keputusan sedemikian? buat refleksi kajian

Setelah kajian dilakukan:

Luahan perasaan tentang program intervensi yang telah


dilaksanakan sepanjang kajian tindakan ini.
Masalah-masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan?
Apa perubahan sikap dan prestasi pelajar yang anda lihat pada
pelajar dan diri sendiri?
Adakah kajian tindakan ini telah mencapai objektif kajian
yang telah disasarkan?
Apakah bentuk kejayaan yang telah dicapai melalui kajian
tindakan ini:
1. Kesan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas
2. Peningkatan Keputusan Peperiksaan PMR atau SPM
3. Keberkesanan kos operasi
4. Penjimatan masa
5. Peningkatan dalam kepuasan hati guru / murid
6. Potensi inovasi untuk disebarluaskan kepada pihak
lain.
Apa yang anda pelajari melalui kajian ini?

RUJUKAN

Senaraikan rujukan yang berkaitan.

LAMPIRAN

Sertakan Borang Soal selidik yang telah digunakan, data terperinci,


gambar aktiviti, model dan lain-lain yang perlu dalam laporan kajian
tindakan ini.

Disediakan oleh:
LEE KEN VOON
S.M ST. PATRICK
TAWAU

Anda mungkin juga menyukai