Anda di halaman 1dari 2

PENERANGAN TENTANG FORMAT PENULISAN

”LAPORAN KAJIAN TINDAKAN”

PERKARA PENERANGAN

TAJUK KAJIAN  Ringkas - Menggambarkan kajian dalam bentuk positif.

PENGENALAN  JIKA PERLU SAHAJA – TIDAK SEMESTINYA ADA.


 Baca dan analisis Kajian literatur / kajian lepas berhubung
dengan masalah yang dikaji untuk mengukuhkan hujah.
 Ringkas dan lebih kurang ½ atau 1 muka surat.

REFLEKSI  Luahan perasaan berhubung dengan masalah yang dikaji.


PENGAJARAN &  Mengapa masalah ini mengganggu anda dalam P&P?
PEMBELAJARAN  Bagaimana masalah ini mengganggu anda dalam kelas?
LEPAS / LALU  Gambaran ringkas tentang masalah tersebut – apa yang telah
berlaku dalam kelas.
 Gambaran tentang usaha-usaha yang telah dilakukan tetapi
kurang berkesan.
 Pada pendapat anda, mengapa P&P yang dilaksanakan kurang
berkesan?
 Mengapa masalah ini perlu diselesaikan segera?

ISU KEPRIHATINAN  Apa masalah utama yang dihadapi?


/ FOKUS KAJIAN  Mengapa ia sangat penting dan perlu diselesaikan dahulu?
 Buktikan kewujudan masalah tersebut dengan data statistik
( PERNYATAAN (kekerapan/peratus/min).
MASALAH ) 1. Pra - Keputusan peperiksaan/ujian.
2. Pra - Analisis dokumen/skrip jawapan.
3. Analisis Ujian Pra
4. Analisis hasil dapatan temubual/Soal selidik.
5. Pemerhatian – rambang atau berstruktur.

Nota : TIDAK SEMESTINYA GUNAKAN SEMUA JENIS


INSTRUMEN - Guna instrumen yang boleh
menggambarkan masalah sebenar dengan jelas.

OBJEKTIF KAJIAN  Nyatakan objektif dalam bentuk yang boleh diukur/dibuktikan/


boleh dikutip datanya.
 Bahagikan Objektif Kajian kepada Objektif Umum dan Objektif
Spesifik.

KUMPULAN  Nyatakan tingkatan, kelas & bilangan pelajar yang terlibat.


SASARAN  Nyatakan juga latar belakang keluarga, akademik pelajar dan
lain-lain jika data-data tersebut diperlukan dalam kajian
tersebut.

PERANCANGAN &  Namakan program intervensi yang digunakan dalam kajian


PELAKSANAAN tindakan ini.
KAJIAN TINDAKAN  Jelaskan dengan ringkas tujuan program intervensi yang
digunakan dalam kajian tindakan ini.
 Mengapa anda rasa ia boleh menyelesaikan masalah yang
dihadapi?
 Bagaimana program tersebut dilakukan? Gambarkan proses
pelaksanaan dengan jelas dan terperinci.
(Gambarfoto, rakaman video dll boleh digunakan dan
dilampirkan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas)
 Menggunakan instrumen-instrumen berikut untuk mengumpul
data-data dapatan kajian.

1. Pemerhatian – rambang atau berstruktur.


2. Soal selidik/temubual – lampirkan soalan.
3. Ujian (pra & pasca) – lampirkan soalan.
4. Analisis dokumen (skrip jawapan).

DAPATAN Setelah kajian dilakukan:


KAJIAN:
KEPUTUSAN,  Tunjukkan kesan intervensi berdasarkan pemerhatian / soal
ANALISIS DATA & selidik / temubual / ujian / analisis dokumen.
PERBINCANGAN  JIKA PERLU buat perbandingan sebelum (pra) dan selepas
(pasca) kajian.
 Data-data dapatan kajian boleh dipaparkan dalam bentuk
jadual atau graf.
 Berikan komen berdasarkan data-data kajian yang dikumpul
 Mengapa keputusan sedemikian? – buat refleksi kajian

REFLEKSI KAJIAN Setelah kajian dilakukan:

 Luahan perasaan tentang program intervensi yang telah


dilaksanakan sepanjang kajian tindakan ini.
 Masalah-masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan?
 Apa perubahan sikap dan prestasi pelajar yang anda lihat
pada pelajar dan diri sendiri?
 Adakah kajian tindakan ini telah mencapai objektif kajian
yang telah disasarkan?
 Apakah bentuk kejayaan yang telah dicapai melalui
kajian tindakan ini:
1. Kesan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas
2. Peningkatan Keputusan Peperiksaan PMR atau SPM
3. Keberkesanan kos operasi
4. Penjimatan masa
5. Peningkatan dalam kepuasan hati guru / murid
6. Potensi inovasi untuk disebarluaskan kepada pihak
lain.
 Apa yang anda pelajari melalui kajian ini?

RUJUKAN Senaraikan rujukan yang berkaitan.

LAMPIRAN Sertakan Borang Soal selidik yang telah digunakan, data terperinci,
gambar aktiviti, model dan lain-lain yang perlu dalam laporan
kajian tindakan ini.

Disediakan oleh:

LEE KEN VOON


S.M ST. PATRICK
TAWAU

Anda mungkin juga menyukai