Anda di halaman 1dari 23

17 ciri guru matematik yang berkesan

Adaptasi dari majalah Pendidik edisi Julai 2007-m/s 40 Personaliti guru , ciri personaliti sangat mustahak untuk menjadikan guru matematik sebagai guru yang berkesan. Lima personaliti yang kerap ditimbulkan ialah 1. sebagai model kepada pelajar 2. berani 3. bersih fizikal dan mental 4. baik hati 5. rajin Guru matematik yang berkesan mempunyai tujuh asas pengetahuan pengajaran 1. mengikut keutamaan 2. pengetahuan tentang pelajar 3. pengetahuan mengenai sifat pelajar 4. kandungan pedagogi 5. matlamat pendidikan 6. konteks pendidikan 7. kurikulum Guru matematik yang berkesan memberi tumpuan kepada 1. memahami matlamat pendidikan dan idea yang akan diajar 2. mengolah pemahamannya kepada pemahaman pelajar 3. mengurus, menyusun dan menyampai pengajaran 4. menilai pengajaran 5. mengimbas kembali pengajaran

21 Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan (UPSR/PMR/SPM)

27

JUL

by AH Ramat

Suasana Pembelajaran Yang Kondusif

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan. Pertama Tidak mensia-siakan biar pun seminit Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca. Kedua Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguhsungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran. Ketiga Gunakan masa awal pagi Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya. Keempat Buat nota ringkas Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan

anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah. Kelima Mengikut jadual sepenuhnya Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran. Keenam Mencuba soalan tahun lalu Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan. Ketujuh Ulang sebanyak kali yang boleh Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang. Kelapan Sentiasa menanya kalau tidak faham Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini. Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji. Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing. Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan. Semakin anda memberi

galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri. Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi. Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen. Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti. Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini. Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai). Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar. Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi,

sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut. Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak. Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata tidak dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri. Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti. Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata. Kesimpulan Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

CARA PEMBENTUKAN MINAT KEPADA MATEMATIK DAN KAEDAH-KAEDAH UNTUK PANDAI DALAM MATEMATIK
Apakah Matematik dan Kenapa Kita Perlu Matematik? Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya. Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda. Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu. Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita gunakan bagi mempelajari ilmu matematik. Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia. Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan

pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini. Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita. Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang. Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu. Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik. Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Suakatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan matematik. Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu

sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik. Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik. Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi. Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi. Peringkat Penguasaan Matematik Peringkat Kanak-kanak Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun merupakan masa yang paling untuk merangsang perkembangan otak mereka. Pada peringkat ini kanak-kanak mudah menerima apa yang diajar kepada mereka. Mereka juga suka kepada bendabenda baru. Di sini ibu bapa perlu memainkan peranan mendedahkan kanak-kanak tadi dengan sistem penomboran. Ibu bapa perlu mengajar kanak-kanak dengan asas matematik yang berkaitan dengan nombor-nombor asas. Kita perlu ajar mereka dengan nombor-nombor satu hingga sepuluh. Suruh mereka sebut dan hafal nombornombor tersebut. Peringkat Kanak-kanak Remaja Pada usia tujuh hingga dua belas tahun kanak-kanak perlu diajar dengan operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Pada peringkat ini, kanakkanak berada dalam alam persekolahan. Di sekolah, mereka diajar dengan pelbagai teknik pembelajaran, pelbagai operasi matematik dan terma-terma matematik . Mereka juga didedahkan dengan pecahan, peratus, statistik dan pelbagai operasi lain yang selalu diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Peringkat Remaja Pada usia tiga belas sehingga tujuh belas tahun, pelajar sudah berada dalam alam persekolahan menengah. Pada ketika ini, pelajar akan mempelajari matematik algebra

dan matematik diskrit di mana ianya lebih susah sedikit. Pada masa ini, pelajar-pelajar dianggap sudah dapat menguasai matematik secara luas selepas tamat zaman persekolahan. Peringkat Umum Peringkat ini ialah daripada umur lapan belas sehingga ke atas. Tahap ini merupakantahap di mana seseorang diharap mempunyai penguasaan yang kuat dalam matematik algebra dan matematik diskrit serta berjaya menguasai matematik secara keseluruhannya.

Individu Yang Terlibat Dalam Menanam Sikap Sukakan Matematik Dan Peranan Mereka. 1 . Ibu bapa Ibu bapa merupakan agen yang banyak mempengaruhi seseorang kanak-kanak. Ibu bapalah yang mencorakkan kehidupan seseorang itu. Segala yang ibubapa lakukan banyak memberi kesan kepada perkembangan mental kanak kanak. Ibubapa perlulah prihatin dalam hal ini. Ibubapa perlu memberi contoh yang baik kepada kanak-kanak dan mengajar anak-anak mereka dengan ilmu yang betul. Sikap sukakan matematik perlu ditanam kedalam diri kanak-kanak sejak mereka kecil lagi. Ibubapalah yang bertanggungjawab dalam hal ini. Mereka perlu memperkenalkan anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi. Perkembangan ilmu yang bermula di rumah akan memberi kesan yang besar kepada penguasaan dan minat kanak-kanak tersebut kepada ilmu itu. Kanak-kanak tersebut mungkin akan dapat menguasai ilmu itu dengan berkesan dan sangat berminat dengan subjek tersebut. Oleh sebab itulah ibu bapa perlulah dedahkan anak-anak mereka dengan masalah matematik. Galakan daripada ibu bapa adalah perlu. Ibu bapa perlu sentiasa menyatakan kepada anak-anak mereka yang matematik itu senang. Wujudkan perpustakaan di rumah dengan mengadakan banyak buku-buku matematik. Biar hidup mereka tidak lengkang dengan matematik. Biar mereka biasa dengan matematik dan merasa matematik itu suatu subjek yang senang. Biar mereka lihat matematik itu adalah sebahagian daripada kehidupan mereka dan lihat matematik adalah suatu subjek yang mudah. Apabila anak-anak kita memasuki alam persekolahan kita mestilah menggalakkan mereka supaya sukakan matematik. Selalulah kita sarankan mereka supaya skor markah yang tinggi dalam mata pelajaran matematik ini. Ibu bapa juga perlu selalu menyatakan kepada anak-anak mereka bahawa matematik adalah satu subjek yang

mudah dan senang untuk dipelajari serta boleh dikuasai dengan senang. Di asmping itu sebagai ibu bapa, kita juga perlu untuk mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian kita. Sarankan anak-anak kita supaya gunakan matematik dalam kehidupan di mana yang perlu.

2. Guru-Guru Sekolah juga penting dalam menanam semangat sukakan matematik di kalangan pelajar. Sebagaimana yang kita tahu punca utama kita mendapat ilmu adalah daripada guru. Bagaimana kita menerima sesuatu subjek itu adalah bergantung kepada pendekatan yang guru itu gunakan untuk memperkenalkan subjek itu kepada pelajarpelajarnya. Guru pula perlu tahu bagaimana hendak membuat seseorang pelajar berminat terhadap pengajaran yang diberikan. Guru perlu guna pendekatan yang mampu menarik perhatian pelajar terhadap matapelajaran yang diajar terutama mata pelajaran matematik. Pendekatan yang paling sesuai ialah pendekatan yang dapat membuat pelajar mudah faham apa yang diajar dan dapat mengingatinya sampai bilibila. Guru-guru berperanan menerangkan kepada para pelajar supaya minat terhadap mata pelajaran matematik. Jika pelajar malas dan susah faham dengan subjek matematik maka guru perlu memainkan peranan untuk menasihatkan mereka dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya dengan penuh dedikasi dan hikmah. Guru pula jangan sekali-kaliu biarkan pelajarnya patah semangat dalam matematik. Pastikan prestasi pelajar dalam matematik sentiasa stabil dan sentiasa ambil berat jika ada bahagian yang peljar tidak faham. Guru juga jangan patahkan semangat pelajar dengan memarahi atau memalukan pelajar yang tidak tahu atau tidak mampu menyelesaikan untuk sesuatu masalah matematik. Galakan mereka mengguanakan daya kreativiti mereka dalam menyelesaikanmasalah matematik yang kompleks dan susah. Guru juga mesti gilapkan kekreativiti dalam diri pelajar. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan kreativiti adalah wujud secara semulajdi namun kita masih boleh untuk gilaapkan dalam diri kita. Guru juga mesti cuaba dengan sedaya upaya untuk mahirkan pelajar denagn matematik. Perbanyakkan latihan dalam kelas. Pastikan semua pelajar dapat memahami apa yang diajar oleh guru setiap selepas kelas. Guru juga mesti selalu dedahkan para pelajar dengan kepentingan matematik dalam kehidupan manusia. 3 . Masyarakat

Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat sukakan matematik di kalangan pelajar sekolah. Masyarakat merupakan satu komuniti yang banyak mempengaruhi perkembangan mental dan minda pelajar-pelajar. Jika masyarakat tersebut adalah msyarakat yang mementingkan matematik maka pelajar aka mempunyai kepercayaan bahawa subjak matematik merupakan subjek yang penting dan sangat berguna dalam kehidupan, masyarakt dan negara. Dengan yang demikian mereka akan skor markah yang tinggi dalam peperiksaan. Masyarakat yang mundur dan bodoh tidak menyedari kepentingan matematik dan ini menyebabakan pelajar dalam masyarakat tersebut memandang rendah subjek matematik dan menganggap subjek tersebut tidak penting serta tidak mempelajari ilmu tersebut dengan bersungguh-sungguh. Oleh sebab itu, masyarakat mesti disedarkan betapa pentingnya subjek ini. Langkah ini sepatutnya dilakukan oleh kerajaan melalui kempen kempen. 4 . Kerajaan Kerajaan juga perlu memainkan perana ynag penting dalam mewujudkan semangat sukakan matematik dikalangan pelajar. Kerajaan boleh melakukan usaha melalui sekolah-sekolah menganjurkan kuiz matematik untuk menggalakakn pelajar mempelajari subjek matematik dengan lebih maju lagi. KAEDAH-KAEDAH MEMAHIRKAN MATEMATIK Terdapat banyak faedah untuk memahirkan diri kita dengan matematik. Individu yang berlainan mempunyai kaedah yang berlainan untuk memahirkan diri dengan subjek matematik. Kaedah main sambil belajar. Aktiviti ini dijalankan secara spontan untuk faedah perbuatan itu sendiri. Ini bermakna kaedah tersebut memberi kepuasan dalam keadaan sedar atau tidak. Terdapat unsur-unsur kespontanan, kurang berstruktur, tiada paksaan, dan menimbulkan kepuasan. Sebagai contoh kanak-kanak bermain batu sermban, mereka bukan sahaja seronok tetapi juga dapat membina ketelusan dalam mengira mata yang diperolehi. Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam keadan yang tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosio-emosi dan mental di mana mereka juga dapat meningkatkan kekekuatan dan

ketangkasan, dapat berinteraksi juga mempelajari nilai nilai sosial yang positif seperti bertolak-ansur, bertimbang rasa dan lain-lain lagi. Kesan keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di mana maklum balas yang di beri serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi pembentukan satu-satu konsep. Di dalam melaksanakan aktiviti permainan, ia harus berkaitan dengan objektif pembelajaran. Permaianan tersebut mesti sesuai dengan umur, pengalaman, kebolehan serta kecenderungan murid-murid. Arahan tentang permainan mestilah jelas, tepat dan mudah difahami. Kaedah ini harus melibatkan senua murid sekiranya dijalankan di dalam kelas. Maklum balas tentang betul atau salah dalam sesutu permainan hendaklah di beri dengan serta merta agar murid-murid bermotivasi untuk meningkatkan lagi motivasi mereka. Tempoh permainan tidak boleh pendek dan tidak boleh terlalu panjang. Ia seharusnya mengambil masa yang sederhana dan sesuai. Permainan harus melibatkan aspek psikomotor, kognitif dan efektif. Ia harus menekankan nilai kerjasama, keadilan, keseronokan dan kemahiran sosial. Permainan dijalankan dalam bentuk yang boleh menarik minat murid-murid dan merupakan satu bentuk pengajaran bukan sebagai pengganti guru. Kaedah inkuiri. Inkuri adalah m,erupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai :1) berasaskan proses penyelesaian masalah 2) berpusat kepada murid (murid mengambil bahagian yang aktif) 3) memberi latihan yang sebenar (dalam proses kemahiran berfikir secra kreatif dan kritis 4) menggalakkan murid alami proses pembelajari secara mengalami situasi yang sebenar 5) mengggalakkan murid membuat penyelidikan Teknik ini mempunyai proses yang berikut:1) mengenal pasti masalah 2) mengkaji masalah 3) mengumpul maklumat 4) meganalisis masalah 5) merumus masalah Mengenal pasti masalah.

Pelajar harus mengenal pasti soalan dan menentukan fakta yang di fahami. Dalam proses mengenal pasti masalah, kaedah,teknik, rujukan dan sumber yang sesuai perlu ditekankan.pertama sekali pelajar perlu mengkaji ramalan kerana ia dapat membantu memandu murid-murid mendapatkan maklumat yang paling mudah. Ia juga memandu murid-murid membuat ramalan tentang apa yang mungkin berlaku, bagaimana masalah ini boleh diselesaikan dan apakah langkah yang perlu dilakukan. Kedua mengumpul maklumat, setelah maklumat dikumpul murid dapat menyusun maklumat mengikut urutan. Di sini murid dapat membuat ramalan, memeriksa maklumat dan menentukan kebenarannya. Seterusnys murid-murid harus merangka prosedur dan urutan untuk menyelesaikan masalah melalui uji kaji. Ketiga ialah menganalisis, di mana murid-murid membuat analisis dan ujian tentang ramalan yang dibuat. Di sini murid murid cuba menyelesaikan masalah, membuat penilaian kreatif untuk pengsahan. Akhir sekali membuat rumusan iaitu murid-murid seharusnya sudah mempunyai rumusan dan kesimpulan tentang masalah atau fenomena yang dikaji. Pengendalian aktiviti inkuiri. 1) Pemerhatian Mempunyai dua keperluan asas iaitu pengesahan, kebolehpercayaan. 2) Penjelasan Melalui pemerhatian murid-murid dapat mengenalpasti persamaan perbezaan terhadap masalah yang dikaji. 3) Membuat ramalan Di sini murid-murid memberi penjelasan dan huraian tentang maklumat yang telah mereka kumpul. Ini melibatkan kemahiran murid -murid untuk mengemukan sebab ynag munasabah bagi hujah atau kenyataan tentang sesuatu kejadian, perkara, benda atau fenomena. 4) Uji kaji Dijalankan untuk membuktikan ramalan yang telahdibuat. Murid dapat menentukan ramalan itu sama ada benar atau salah. Murid juga sedar tentang arahan yang mereka ikut sama ada betul atau salah. Ini membolehkan mereka membuat uji kaji yang lain.

Kaedah perbincangan Kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dimana pelajar berkerja sama antara satu sama lain untuk meneliti dan membincangkan sesuatu topik atau masalah. Kaedah perbincangan dikatakan dapat mengalakkan murid-murid lebih bergerakbalas atau berreaksi tentang topik atau

masalah matematik yang sedang atau sudah dibincangkan.kaedah perbincangan merupakan satu aktiviti yang sangat mudah dijalankan dan mudah dilaksanakan dalam apa jua matapelajaran terutama sekali matematik dan (semua tajuk dalam matapelajaran matematik ) kaedah ini boleh dijalankan dalam sebarang situasi bilik darjah mahupun dirumah. Perbincangan boleh menjadi satu aktiviti yang berstruktur atau aktiviti yang bebas bergantung penilaian yang dijalankan. Disini peranan guru atau ibubapa boleh berubah mereka sepatutnya kurang bercakap, walaubagaimana pun mereka harus meransang pelajar mengeluarkan pendapat, bertanya, memikirkan jawapan, memberi komentar dan menyelesaikan masalah, guru dan ibubapa tidak seharusnya menjadi sumber rujukan utama sumber maklumat tetapi bertindak sebagai permudah aktiviti perbincangan. Matlamat dalam kaedah ini adalah memperkembangkan kebolehan dalam matapelajaran matematik dimana kaedah ini, mempertajamkan fikiran pelajar, melatih keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah matematik dan mengalakkan perkembangan kanak-kanak dalam matematik menjadi lebih subur.kaedah ini juga bermatlamat dalam melatih keupayaan murid dalam membuat perhubungan idea, membina keyakinan dalam diri kanak-kanak, memperluaskan ilmu pengetahuan dan juga bermatlamat mengembangkan kemahiran dalam diri kanak-kanak tersebut. Kaedah menyelesaikan masalah. Didalam kaedah ini kanak-kanak dikehendaki mengatasi rintangan atau kerumitan untuk mencapai matlamat. Faktor utama dalam menyelesaikan apa jua masalah matematik adalah dengan mengunakan segala pengalaman lampau dalam mendapatkan sesuatu penyelesaian yang belum pernah diketahui oleh kanak-kanak tersebut.Dalam kaedah menyelesaikan masalah terdapat 5 pekara yang telah dikaji. (1) pengeluaran idea individu Merupakan tindakan kanak-kanak mengeluarkan idea dalam mengatasi masalah dimana penyelesaian yang betul diperolehi daripada pengunaan sumber-sumber ingatan dan pesekitaran walaupun penyelesaian masalah yang betul tidak diketahui oleh kanak-kanak tersebut (1) Pencapaian konsep Dimana kanak-kanak perlu mencari perhubungan mengenai pelbagai pekara dalam masalah tersebut dimana hasil daripada perhubungan atau penjelasan tentang masalah tersebut maka lahirlah konsep untuk menyelesaikan masalah tersebut. (3) Kerja kreatif.

Tidak semua penyelesaian masalah dapat dapat digolongkan sebagai masalah yang begitu jelas. Ada juga keadaan-keadaan yang dapat diselesaikan dengan berbagaibagai cara dan tidak ada satu cara pun dianggap terbetul sekali.

(4) Membuat keputusan Dalam menyelesaikan masalah jenis lain kanak-kanak dikehendaki membuat pilihan, dan pemilihan tersebut tidak semestinya bergantung kepada peraturan-peraturan tertentu tetapi bergantung kepada tekaan atau keinginan kanak-kanak semata-mata. (5) Menyelesaikan masalah dalam kumpulan Sesuatu masalah boleh juga diselesaikan dalam kumpulan, kaedah penyelesaian ini diminati oleh para psikologist. Kaedah dapatan Kaedah ini lahir daripada teori-teori pembelajaran, ia perlu bagi ibubapa dan guru untuk mencapai pengajaran yang berkesan kepada kanak-kanak dan murid. Walaubagaimana pun ia hanya sesuai dalam keadaan tertentu sahaja. Kaedah ini bertujuan mencabar murid supaya mencari jawapan dari maklumat yang kurang lengkap, biasanya pembelajaran dari kaedah ini terdiri daripada bahagian-bahagian maklumat yang tidak lengkap dan murid juga perlu membuat kesipulan dari apa yang telah dilaksanakan.Cara pengajaran yang paling sesuai untuk kaedah dapatan ialah dengan cara memberi panduan, bantuan atau petunjuk. Peranan guru dan ibubapa ialah untuk mengadakan perbincangan terbuka dan untuk mendorong murid mengeluarkan pendapat serta memberi jawapan kearah yang ingin matlamat dicapai. Pendukung kaedah ini adalah Hilda Taba, beliau menerangkan kaedah ini dapat membentuk dan membina kebolehan dalam menyelesaikan masalah dikalangan murid dimana daripada maklumat yang tidak lengkap murid terpaksa berfikir dan mencari jawapan dan dengan secara tidak langsung mereka dapat belajar sendiri. Kaedah ini dapat mengekalkan pembelajaran murid kerana segala maklumat dan kesimpulan telah digunakan semasa pembelajaran. Menurutnya juga kaedah ini seharusnya dapat pegerakan atau motivasi intrinsik dikalangan murid dan pelajaran dapatan harus mencungkil, mencabar dan melahirkan minat dalam diri murid. Hafalan dan latih tubi. Teknik ini telah lama digunakan iaitu sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi, pada masa itu persekolahan masi belum wujud dan pengajaran khususnya agama

diturunkan kepada anak cucu dengan teknik hafalan dan latih tubi, teknik ini telah digunakan oleh orang Yahudi untuk mengajar agama dan pekara-pekara berkaitan dengan Tuhan mereka. Bagi mereka Tuhan adalah satu-satu pekara yang tidak boleh dipersoalkan oleh murid-murid mereka dengan itu teknik hafalan dan latih tubi digunakan untuk mengajar murid-murid tersebut dan tekni tersebut dikatakan sangat berjaya dan sangat berkesan sekali. Pada masa kini teknik hafalan dan latih tubi masih digunakan, teknik ini telah difahami dengan lebih mendalam dan kurang digunakan secara keterlaluan. Terdapat 2 jenis hafalan yang dikenalpasti iaitu hafalan rot dan hafalan logik. Hafalan rot adalah hafalan berbentuk simbol-simbol yang perlu diingat sepatah demi sepatah contohnya menghafal sefer dimana sefer adalah sejenis simbol yang perlu dihafal dan diingat satu persatu. Hafalan rot masih perlu digunakan pada masa kini untuk mengajar sefer, kira-kira, atau prinsip-prinsip. Pelajar pada mulanya hanya mengunakan hafalan rot kemudian hafalan rot mengenai sesuatu pembelajaran akan diambilalih oleh hafal logik. Hafalan lojik pula merupakan hafalan secara rasional yang melibatkan fenomena yang bermakna tentang tentang prinsip-prinsip yang perlu dipelajari, hafalan lojik memerlukan fahaman yang rasional mengenai konsep yang terlibat. Kebolehan membuat taakulan memainkan peranan penting untuk membawa kefahaman rasional ini, disamping kebolehan membuat perkaitan antara satu dengan yang lain diperlukan juga. Dalam situasi pengajaran didalam bilik darjah merupakan cara yang paling berkesan untuk mengajar teknik hafalan dengan berpandukan kepada 4 langkah, MEMIKIR + MENGULANG + MENYEBUT = MENGINGAT (1) Memikirkanpelajar harus memikirkan tentang sesuatu pekara dengan lebih mendalam samaada sefer atau formula matematik ini bermakna murid lebih menumpukan kepada isi kandungan yang harus diingat (2) Mengulangpelajar harus mengulangi bahan yang telah dipelajari, bahan-bahan tersebut diulang-ulang hingga murid tidak lagi teragak-agak apabila mengeluarkan idea tentang maklumat yang dipelajari. (3) Mengucapkanpelajar juga harus mengucapkan segala bahan yang telah dipelajari dihadapan guru atau sesiapa sahaja yang boleh menyemak dan memperbetulkan sekiranya terdapat sebarang kesalahan.

(2) Mengingatkanpelajar harus mengingat secara bersendirian bahan-bahan yang telah dipelajari supaya segala ilmu yang dipelajari lebih kekal dan ini merupakan peringkat terakhir dalam proses hafalan. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta dalam meningkatkan kecekapan tentan apa yang telah diajar ia bertujuan untuk mencapai tahap kemahiran atau untuk melekatkan sesuatu perkaitan supaya ia menjadi lebih kekal dalam ingatan. Dalam situasi pengajaran, latih tubi harus harus dielakkan dalam pelajaran yang bercorak kemasyarakatan ini disebabkan lati tubi dalam matapelajaran tersebut akan mengalakkan hafalan tetapi kaedah latih tubi amat digalakkan dalam matapelajaran matematik. Latih tubi amat sesuai untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti mengingati formula-formula yang penting. Hafalan dan latih tubi biasanya digunakan dalam langkah kedua iaitu mengulang bahan dan langkah ketiga iaitu mengucapan isi kandungan dihadapan guru. Dengan itu latih tubi adalah sebahagian daripada usaha menghafal atau mengingat sesuatu. Walaubagaimana pun kaedah ini mempunyai kelemahan iaitu ia akan menyekat dan menghadkan kebebasan berfikir dan menghalang daya kreatif murid. Namun begitu ia tidak harus ditolak secara bulat-bulat kerana banyak hikmah yang tersembunyi disebalik kaedah ini. Sebenarnya terdapat terlalu banyak kaedah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah dan membantu proses meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam bidang matematik.

Teknik Belajar Matematik


Posted by eta305 in Motivasi Diri. trackback

March 31, 2010

salam to all, hm hari ni just nak bg bbrp tips utk belajar matematik.. sbb rmai students terutama kaum Melayu dok ckp maths ni ssh la aper laye la maklum la kalau di poli ni thp diorg pun x sbrp kan..huhu.. tp sbnrnya tu semua alasan sja..hendak seribu daya x nak seribu dalih..btul x? so aku pun mencari bbrp tips yg blh dijadikan panduan oleh semua pelajar yg berminat meningkatkan taraf keupayaan dan kemahiran matematik masing2.. Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik. disini la masalahnya sbb students yg menjejak kaki ke poli ni kebanyakannya lemah konsep asas spt operasi +, -, x, /, kuasa dll..malah nak tekan kalkulator pun kdg2 lecturer yg kna tunjukkan gak.. huhu.. sbnrnya kalau kita dpt jwb sstu soalan, masa tu la kt akan rasa puas ngat sbb dpt jwpn btul kan..hehe..

Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu lah mengikuti langkah berikut:

mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu. Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri. Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas matematik. Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang. Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. Cara bergini akan lebih mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik. Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik.

Masa belajar matematik adalah bergantung kepada anda tetapi disarankan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan lakukan tiap-tiap hari. Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar. Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah matematik membantu anda lebih memahami topik-topik dalam matematik dan juga membantu anda lebih mengingat fomula matematik dan ia juga membaiki teknik menjawab anda. diharapkan pelajar semua dpt memanfaatkan tips yg diberikan..krn kejayaan tdk akan dtg bergolek..usaha menentukan segalanya..

Kaedah Pembelajaran Khas Matematik


1.0 Pengenalan Bukan semua kanak-kanak yang tidak pandai di dalam kelas malas belajar ataupun tidak bersungguhsungguh semasa belajar. Sebenarnya terdapat berbagai faktor yang menjadikan mereka demikian. Antaranya ialah kanak-kanak tersebut telah dilahirkan tidak seperti kanak-kanak normal yang lain kerana mengalami masalah yang tidak dapat dikesan dengan melihat kesempurnaan fizikal mereka yang sama dengan kanak-kanak normal yang lain. Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak lemah atau tidak pandai terutamanya dalam mata pelajaran matematik ialah disebabkan pengajaran guru yang sangat biasa. Menurut Brooks (1993) lima amalan guru yang biasa dilakukan dalam pengajaran Matematik ialah : i. guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar dihasratkan meniru apa-apa yang disampaikan ii. guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam pengajaran di bilik darjah iii. pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan iv. kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberi keutamaan v. pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi dikehendaki menguasai pengetahuan matematik yang mantap dan tetap. Namun masalah yang sangat ketara yang mengganggu pencapaian kanak-kanak dalam sesuatu mata pelajaran ialah masalah dalaman yang dialami oleh seseorang individu tersebut. Secara fizikalnya kita melihat mereka seperti kanak-kanak normal tetapi sebenarnya mereka menghadapi masalah yang tidak jelas dengan pandangan mata kasar. Hal ini telah dialami oleh salah seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Kumbar (SKJDK), 05300 Alor Star. Murid yang dimaksudkan ialah Adik Nur Nelissa bt Aznizul berusia 11 tahun. Adik Nur Nelissa mengalami masalah pertuturan semenjak lahir. Mengikut guru kelasnya Puan Fadilah bt Ahmad, adik Nur Nelissa tidak pernah mengeluarkan suaranya walaupun sepatah perkataan samada semasa belajar atau sebaliknya. Oleh itu apabila berhadapan dengan murid yang menghadapi masalah yang sedemikian maka sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi tentunya lima amalan biasa yang disebutkan di atas adalah tidak sesuai sama sekali.

2.0 Latar belakang Murid Adik Nur Nelissa bt Aznizul telah dilahirkan pada 11 Mac 1997 di Hospital Besar Alor Star. Adik Nur Nelissa merupakan anak sulung kepada pasangan Encik Aznizul b Osman seorang pegawai bank di bandar Alor Star dan Puan Siti Shabanun bt Mohamed seorang suri rumah. Adik Nur Nelissa adalah kakak kepada dua orang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Adik Nur Nelissa sekeluarga menetap di B41, Taman Derga Jaya, 05300 Jalan Datuk Kumbar, Alor Star dan jaraknya dengan SKJDK kira-kira 2.5 km. Adik Nur Nelissa disahkan mempunyai tahap pendengaran normal oleh Dr Sulaiman bin Hamzah Pegawai Pemulihan Perubatan, Hospital Alor Star dan disahkan pula mengalami masalah pertuturan oleh Dr Kho Peng Chan, Pegawai Perubatan, Unit Kanak-kanak Hospital Alor Star pada 23 Disember 2002, ketika berusia 5 tahun. Adik Nur Nelissa telah didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan No Pendaftaran MD 0104198. Melalui rekod kesihatan, adik Nur Nelissa mengalami perkembangan motor yang normal seperti kanakkanak lain. Adik Nur Nelissa boleh bergolek ketika berusia 4 bulan, boleh mencapai benda ketika berusia 6 bulan, boleh duduk sendiri ketika berusia 8 bulan, boleh berdiri sendiri dan berjalan sendiri ketika berusia 12 bulan. Namun dari segi perkembangan kognitifnya Adik Nur Nelissa agak lambat berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain kerana ketika berusia 5 tahun Adik Nur Nelissa masih belum mengenali sebarang normbor dan juga tidak mengenali warna. Adik Nur Nelissa mula menjejakkan kaki ke bangku sekolah pada Januari 2004 ketika berusia 7 tahun. Sejak hari pertama persekolahan hingga ke hari ini adik Nur Nelissa di tempatkan di Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di bawah beberapa orang guru terlatih.

3.0 Masalah Matematik Saya telah berjumpa dan berbincang dengan guru Matematik di kelas PKBP, Puan Fadilah bt Ahmad dan beliau telah memaklumkan bahawa kebanyakkan murid-murid PKBP menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik. Kebanyakan mereka mempunyai daya ingatan jangka pendek sahaja. Mereka dapat menguasai kemahiran yang dipelajari pada hari tersebut tetapi gagal mengingati pelajaran yang sebelumnya. Langkah seterusnya saya telah membina soalan ujian yang pendek bagi tajuk tambah untuk dijawab oleh beberapa orang murid. Melalui ujian tersebut, terbukti beberapa orang murid tidak menjawab langsung atau hanya menjawab beberapa soalan. Juga didapati mereka gagal menjawab dengan betul. Melalui ujian tersebut saya dapati Adik Nur Nelissa, telah dapat menjawab dengan baik soalan tambah tanpa mengumpul semula. Bagi soalan mengumpul semula, adik Nur Nelissa gagal menjawab soalan tambah dua digit dengan dua digit melibatkan mengumpul semula. Semasa ujian tersebut dijalankan saya membuat pemerhatian tanpa sebarang teguran dan saya dapati adik Nur Nelissa belum menguasai cara menambah yang melibatkan mengumpul semula. Sebagai contoh semasa menjawab soalan 13 iaitu 24 + 17, adik Nur Nelissa memberikan jawapannya 311. Begitu juga dengan soalan 14, 17 dan 18. Saya dapati adik Nur Nelissa dapat membilang dengan betul semasa operasi menambah tetapi hanya sedikit kesilapan sahaja yang dilakukannnya iaitu cara menulis apabila melibatkan mengumpul semula yang belum dikuasainya.

Untuk membetuli kesilapan atau kekeliruan yang dialami oleh Adik Nur Nelissa itu, saya telah menggunakan pendekatan pengajaran konstruktivisme, supaya pengetahuan tersebut dapat dibinanya sendiri melalui aktiviti atau pengalaman yang dilaluinya. Adik Nur Nelissa sangat unik kerana beliau tidak dapat berinteraksi secara lisan walaupun mempunyai deria pendengaran yang baik. Oleh itu saya memberi ruang yang secukupnya untuk adik Nur Nelissa berinteraksi dengan bahan pengajaran. Pembelajaran ini lebih tertumpu atau berpusatkan kepada beliau sendiri sedangkan saya hanya membantu memudahkan pembelajaranya sahaja. Saya telah merancangkan supaya Adik Nur Nelissa mengukuhkan konsep mengumpul semula yang menjadi kecelaruan dalam dirinya itu melalui pengalaman konkrit, kemudian diikuti dengan pengalaman secara semi konkrit dan seterusnya aktiviti secara abstrak. Aktiviti abstrak tersebut hanya dapat dilaksanakan apabila konsep mengumpul semula benar-benar difahaminya.

4.0 Pendekatan Pengajaran Matematik Dalam proses untuk membantu Adik Nur Nelissa menguasai mata pelajaran Matematik khususnya dalam kemahiran tambah dengan mengumpul semula, pendekatan yang difikirkan sesuai ialah pendekatan konstruktivisme. Konstruktivisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Disamping itu konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Saunders (1992) juga menjelaskan bahawa konsruktivisme ialah suatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang adaptasikan olehnya. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Menurut http://www.my-rummy.com dalam matematik kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunapakai untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang akan dipelajari pada masa yang akan datang. Implikasi daripada pendekatan konstruktivisme ini, dapatlah dinyatakan bahawa : i. pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid ii. guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah iii. guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru iv. guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. v. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif Kesimpulannya pendekatan konstruktivisme adalah seperti yang dinyatakan oleh Nik Aziz Nik Pa dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh indidvidu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran

individu yang lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.

5.0 Aktiviti Intervensi Khusus Matematik Dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi tajuk tambah dengan mengumpul semula bagi dua digit dengan dua digit, saya memilih untuk melakukan aktiviti konkrit, kemudian diikuti dengan aktiviti semi konkrit dan diakhiri dengan pengiraan secara abstrak. Menurut C. Thomas dalam Open University Malaysia (2007), aktiviti konkrit semi konkrit abstrak merupakan urutan aktiviti intervensi khusus yang tepat dan mesti diberikan kepada kanak-kanak dalam memupuk kefahaman yang betul tentang matematik melalui penggunaan konsep, kemahiran dan masalah-masalah matematik yang menggunakan perkataan secara tersusun. Dalam pengajaran secara individu yang telah dirancangkan tersebut saya telah memilih untuk menggunakan dekak-dekak sebagai aktiviti konkrit. Misalnya dalam mengira 43 + 39 = ______. Murid tersebut akan menambahkannya dengan cara menggunakan dekak-dekak. Sebelum itu murid telah menguasai hubungan sa dan puluh pada dekak-dekak. Setelah murid dapat melakukan kiraan tambah dengan mengumpul semula dengan menggunakan dekakdekak, murid mula dapat membuat kesimpulan apabila jumlahnya melebihi daripada 10 maka satu akan dikumpulkan kepada tempat puluh. Penguasaan murid menyelesaikan kiraan ditunjukkan apabila murid dapat membuat kiraan semakin pantas. Kemudian barulah guru memperkenalkan aktiviti mengira secara semi konkrit. Misalnya dalam soalan 43 + 39 = ______. Murid dibimbing untuk menggunakan simbol-simbol yang sesuai untuk membuat kiraan. Perubahan aktiviti konkrit kepada semi konkrit hanya berlaku apabila murid telah menguasai kemahiran tambah dengan mengumpul semula dengan melalui aktiviti konkrit dan begitulah selanjutnya Setelah murid benar-benar mantap mengira dengan menggunakan aktiviti semi konkrit, barulah murid didedahkan membuat latihan pengiraan secara abstark. Penggunaan buku kotak adalah lebih sesuai semasa membuat latihan mengira tersebut.

Kesimpulannya demikianlah intervensi khusus Matematik yang saya jalankan dalam aktiviti pengajaran bagi kemahiran tersebut kepada adik Nur Nelissa. 6.0 Penutup Tugasan ini telah memberi saya peluang untuk merasai pengalaman yang amat bermakna apabila saya terpaksa mengajar adik Nur Nelissa yang unik dan istimewa kerana beliau tidak dapat berinteraksi secara lisan. Namun perhatian dan kesungguhannya telah meyakinkan saya bahawa pendekatan konstruktivisme amat sesuai untuk memantapan pengetahuan seseorang murid dalam sesuatu kemahiran yang dipelajari. Namun sebagai seorang guru yang tidak biasa berhadapan dengan muridmurid PKBP, pengalaman yang sedikit ini menyedarkan saya bahawa guru yang berkesan tidak sepatutnya mengajar dengan amalan yang biasa sahaja seperti yang disebutkan di atas tadi. RUJUKAN

Brooks, J. & Brooks, M. E., (1993). The Case For Constructivist Classroom. Virginia : Association for Supervision and Curriculum Development. Kanak-kanak Belajar Matematik. [atas talian] http://www.my-rummy.com [18 Februari 2008] Open Universty Malaysia, (2007). HBSL2203: Kaedah Pembelajaran Khas Matematik. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Saunders, W.,(1992). The Constructivist Perspective: Implication and Teaching Strategies for Science. School Science and Mathematics, 92(3), 136-141.

Anda mungkin juga menyukai