Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH INDUKTIF DAN DEDUKTIF

KAEDAH INDUKTIF DAN DEDUKTIF

Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam
pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok Soon Sang,
2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan mengajar yang melibatkan satu
proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumatmaklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul
Aziz, 2004). Hilda Taba mempercayai bahawa pelajar membuat generalisasi hanya setelah
maklumat dapat diorganisasi dengan sempurna. Taba adalah lebih dikenali dengan model
pengajarannya yang melibatkan pemikiran induktif. Menurut beliau, dengan menggunakan pelbagai
strategi, pelajar boleh dibantu menyelesaikan masalah dengan jayanya. Strategi induktif ini mengalir
dalam proses kognitif dan memerlukan pelajar menggunakan teknik soalan-soalan ringkas (Hilda
Taba, 1962). Pengajaran berasaskan gaya pemikiran deduktif adalah satu pendekatan mengajar yang
mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep. Konsep deduktif boleh ditakrifkan
sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip,
hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus
(Mok Soon Sang, 2003). Seperti dalam pendekatan induktif, ia juga menggunakan proses
penaakulan yang tinggi. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar
yang kompleks kerana ia memerlukan murid-murid memperolehi kefahaman yang mendalam dan
pengetahuan yang cukup. Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek matter, pendekatan
deduktif melibatkan pelajar-pelajar mempelajari peraturan-peraturan atau diberi maklumat tertentu
sebelum mereka diminta melakukan penganalisisan bahan yang hendak dipelajari itu. Kaedah ini
menjadi pilihan, kerana pelajar terlibat secara aktif dalam kumpulan dan dapat melatih mereka
untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar lemah dapat berinteraksi dengan pelajar pandai.
Selain itu mereka dapat melatih diri untuk berkomunikasi dan bergaul dengan pelajar yang pelbagai
latar belakang. Pendekatan Induktif Pendekatan Induktif memberi peluang kepada pelajar membuat
kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep ataupun benda. Ianya mengutamakan contoh-contoh
pada awal pengajaran dan dibuat generelisasi daripadanya. Pendekatan Induktif ini juga tidak
digalakan memberi definisi penerangan dan kandungan pelajaran dan ianya lebih mengutamakan

mengemukakan soalan, memerhati, mengkaji, membentuk contoh serta kesimpulan diberikan


kemudian.
Konsep Induktif Antara Konsep Induktif ialah:1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum
2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.
3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu.
4. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran.
5. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum.
6. Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan.
7. Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan pengetahuan.
8. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untu menguasai sesuatu kemahiran.
9. Menekankan pengajaran berbentuk konkrit.
10. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di bawah bimbingan guru.
11. Menekankan penglibtan murid secara aktif.
12. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
13. Banyak menekankan aspek lisan.
Kelebihan Pendekatan Induktif
Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir dalam
kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan keupayaan mental untuk mengenal
pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada pembentukan sesuatu ayat. Selain itu, daya
kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat dipertingkatkan kerana mereka sendiri
yang terlibat dalam pengesanan rumus. Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif
dalam kalangan pelajar.Melalui pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana
tugas menentukan rumus dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaranakan
menjadi lebih hidup. Kelebihan lain menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat
disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam bilik darjah dan
juga murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada peringkat awal pembelajaran
sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu
perkara ini boleh mengurangkan kebosanan mereka
Kelemahan Pendekatan Induktif
Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu juga dengan
pendekatan induktif. Antara kelemahaan pendekatan ini adalah pengajaran yang dilakukan
mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid mengesan rumus. Sekiranya
sesebuah kelas itu terdiri daripada murid-murid yang ramai jumlahnya, penjurusan fikiran ke satu
arah sukar dibuat kerana setiap murid mempunyai fikiran, pendapat dan pemahaman yang berbeza.
Bagi murid-murid yang lemah pula, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana adalah sukar
bagi mereka untuk memikirkan rumus-rumus daripada contoh-contoh ayat yang diberikan.
Model Deduktif
Dalam pengajaran yang bermodelkan pendekatan ini guru memainkan peranan penting untuk
menerangkan atau mengajarkan dan diasaskan kepada hoskut tertentu, manakala murid hanya
mendengar dan mengikutinya. Walaubagaimanapun, kefahaman mereka dinilai melalui aktivitiaktiviti yang disediakan pada peringkat aplikasi. Untuk menentukan bahawa pengajaran ini
mendatangkan kesan yang lebih mendalam, guru haruslah memastikan bahawa generalisasi yang
hendak diajarkan itu dihuraikan dengan jelas, difahami dan contoh-contoh penerapan generalisasi
di dalam ayat-ayat mestilah mencukupi dan benar-benar menepati rumus-rumus tersebut. Guru
tidak digalakkan untuk dimasukkan contoh-contoh yang memperlihatkan penyimpangan,
terutamanya pada awal pengajaran. Contoh-contoh tidak semestinya diberikan oleh guru tetapi
boleh juga diminta daripada murid, iaitu setelah contoh-contoh yang disediakan oleh guru
dikemukakan. Dalam aplikasi pula, latihan-latihan yang disediakan haruslah beraneka jenis dan
dalam konteks yang bermakna. Hal ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid

menerapkan rumus dalam situasi yang baru. Pendekakatan menggunakan deduktif dicirikan dengan
pelajar mempelajari berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan
fakta/contoh AplikasiContohRumus/Generalisasi
Konsep Deduktif
1. Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum.
2. Satu produksi fakta untuk membuktikan satu penyataan umum.
3. Menganalisa fakta yang membentuk generalisasi.
4. Membuat satu penghuraian daripada umum kepada khusus.
Kelebihan Pendekatan Deduktif.
Kelebihan pendekatan deduktif adalah ianya memudahkan tugas guru yang mana guru
mengemukakan prinsip asas manakala murid menggunakan prinsip berkenaan. Pendekatan ini
berbeza dengan pendekatan induktif kerana pendekatan ini cara ini cepat dan menjimatkan masa
pengajaran kerana rumus-rumus disediakan dan dihuraikan terus oleh guru. Murid tidak perlu
mengambil masa untuk memikirkan atau mengesan rumus. Pendekatan ini juga boleh meninggalkan
kesan pembelajaran yang memuaskan kepada pelajar-pelajar dewasa. Apa yang lebih penting ialah
ianya tiada risiko mendapat hasil yang salah atau tidak sempurna.
Kelemahan Pendekatan Deduktif
Manakala kelemahan menggunakan pendekatan ini adalah pengajaran mungkin membosankan
kerana murid dibebani dengan rumus-rumus yang wajib dipatuhi. Pendekatan ini boleh
mengongkong kreativiti mereka kerana mereka terlalu terikat kepada rumus. Selain itu, pemikiran
murid tidak tercabar untuk mengesan dan menentukan rumus kerana rumus-rumus diberikan oleh
guru. Justeru itu, penglibatan murid tidak begitu aktif kerana guru lebih banyak memainkan
peranan, khususnya dalam hal menghuraikan rumus. Melihat dari segipsikologi, sesuatu yang dapat
dikesan atau dijumpai sendiri oleh murid dalam sesuatu pembelajaran dapat menjamin ingatan yang
lebih kekal, berbanding dengan sesuatu yang diberitahu terus oleh guru. Dengan demikian,
pendekatan ini tidak begitumenjamin ingatan yang berkekalan dalam kalangan murid tentang
rumus-rumus yang diajarkan itu.

Anda mungkin juga menyukai