Anda di halaman 1dari 1

KETAM MASAK PEDAS BAHAN-BAHAN:

5 ekor ketam 4 sudu makan cili kisar 3 ulas bawang putih | dikisar 4 ulas bawang merah | dikisar 3 sudu makan sos tomato 3 sudu makan cili sos 1 biji telur 2 sudu teh kunyit Garam secukup rasa Gula secukup rasa Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAKNYA: 1. Ketam yang telah dibersihkan, digaul garam dan kunyit. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ketam sebentar. Angkat dan ketepikan. 3.Panaskan minyak di dalam kuali sekali lagi, tumis bahan kisar sehingga berbau wangi. 4. Kemudian masukkan ketam, garam dan gula. Kacau rata. 5. Selepas itu masukkan cili sos dan tomato sos. Kacau lagi sehingga sebati. 6. Akhir sekali masukkan telur dan gaul rata. 7. Angkat dan sedia dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai