Anda di halaman 1dari 2

Faridah Binti Jahori

Pejabat Pendidikan Daerah Dalat


96300 Dalat
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako
Petra Jaya
93050 Kuching

3 SEPTEMBER 2015

Puan,
MEMOHON UNTUK TIDAK MENGHADIRI KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN
LATIHAN SISC+ MATEMATIK ZON SARAWAK DI BAWAH PROGRAM
TRANSFORMASI DAERAH (DTP) 2015
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya, Faridah Bt Jahori, SISC+ Matematik Sekolah Menengah Pejabat Pendidikan
Daerah Dalat, ingin memohon untuk tidak menghadiri Kursus di atas kerana:
a. Saya merupakan ibu tunggal dan biasanya mengharapkan ayah saya untuk
menjaga anak saya jika saya bertugas di luar daerah. Ibu saya pula terlantar
sakit. Tetapi , dalam tempoh 8 - 10 September 2015 , saya perlu berada di
sisi anak saya yang akan menghadapi Peperiksaan UPSR 2015 walaupun ada
ayah dan ibu saya. Saya telah memohon cuti untuk tiga hari ini dan telah pun
diluluskan.
b. Walaupun anak saya tidak disasarkan pihak sekolah untuk mendapat 5A,
saya tetap ingin berada di samping anak saya sepanjang tempoh 3 hari
berharga anak saya sebagai motivasi dan sokongan kepada anak saya.
c. Semenjak saya melapor diri menjadi SISC+ di Pejabat Pendidikan Daerah
Dalat Januari lepas, saya tidak pernah gagal untuk hadir ke kursus yang
dianjurkan oleh KPM mahupun JPNS. Cuma untuk kali ini, saya mohon untuk
tidak hadir. Namun begitu, bahan-bahan kursus saya akan dapatkan dari
rakan-rakan SISC+ Matematik yang lain.
3. Saya berharap permohonan saya mendapat pertimbangan yang sewajarnya
daripada pihak puan.
Sekian , terima kasih

( FARIDAH BINTI JAHORI )


SISC+ MATEMATIK SM

Pejabat Pendidikan Daerah Dalat

Anda mungkin juga menyukai