Anda di halaman 1dari 1

Cyberjaya Babes & Tots Childcare Centre (003012533-M)

D-1-13 Jalan Vita 1, Plaza Crystalville, Lingkaran Cyberpoint Timur, 63000 Cyberjaya, Selangor
Office No : 03-83286942 Mobile : 019-2777486 Email Add : cyberjayababesandtots@gmail.com

_______________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh : 17 April 2024

Ibu bapa yang dihormati,

Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Merujuk kepada perkara di atas, pihak Babes and Tots Childcare Centre akan mengadakan Jamuan Hari Raya
bersama guru dan kanak-kanak pada Jumaat, 26 APRIL 2024, 12 Tengahari.

2. Jamuan adalah berkonsepkan ‘Pot Luck’ dimana ibu bapa digalakkan untuk membawa makanan
atau minuman ke taska pada hari tersebut supaya boleh dikongsi bersama kanak-kanak yang lain.
Makanan boleh diberi kepada guru bertugas pada waktu pagi atau sebelum jam 12 Tengahari. Ibu bapa
juga boleh memberi sumbangan berbentuk wang ringgit kepada admin atau guru bertugas sebelum atau
pada Khamis, 25 April 2024 supaya kami dapat menambah menu makanan serta minuman. Makanan
berunsurkan mee segera, makanan ringan serta minuman gas adalah dilarang samasekali.

3. Kanak-kanak haruslah memakai pakaian bertemakan Hari Raya Aidilfitri.

4. Jamuan ini adalah di antara guru dan kanak-kanak sahaja, ibu bapa TIDAK TERLIBAT ketika
jamuan diadakan. Gambar-gambar sekitar jamuan akan di kongsi bersama ibu bapa melalui aplikasi
Anak2u.

Sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh hubungi Cik Bella di 019-2777 486. Kerjasama dari pihak tuan/puan
amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Mohd Hafiz Bin Abdul Ghani


Pengetua
Babes and Tots Childcare Centre

Anda mungkin juga menyukai