Anda di halaman 1dari 2

No.

Rujukan : IRM/PG/A0124/23/01/0004
Tarikh : 13 Januari 2023

Ustaz Wan Mohd Hanif Saifuddin bin Wan Ahmad


Sekolah Kebangsaan Skitong Meranti,
D/A Pejabat Pendidikan Daerah Simunjan,
94800 Simunjan, Sarawak.
u.p. : Encik Ramli bin Bohari (Guru Besar SK Skitong Meranti)

Assalamualaikum w.b.t / Selamat sejahtera

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH MOTIVASI SEMPENA PROGRAM CHEER TO SCHOOL


2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Islamic Relief (IR) merupakan organisasi amal antarabangsa yang telah beroperasi di lebih 45
buah negara. Sejak tahun 1984, IR telah mempunyai rangkaian tetap di lebih 30 buah negara
merangkumi lebih 100 buah cawangan seluruh dunia. IR telah membantu kira-kira 120 juta penerima
manfaat di seluruh dunia sejak ditubuhkan, untuk memberi khidmat kemanusiaan kepada golongan
yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan pegangan politik. IR juga membantu
dalam fasa kecemasan dan fasa pembangunan, bertujuan untuk mengupayakan para asnaf
meneruskan kehidupan mereka sepanjang pasca bencana.

3. IR Malaysia ingin memaklumkan tentang penganjuran program Cheer to School 2022 di


Sarawak. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban pihak sekolah, ibu bapa atau
penjaga dalam menyediakan kelengkapan persekolahan untuk kegunaan para pelajar. Selain itu,
program ini juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada mereka supaya dapat mencapai
kecemerlangan. Oleh itu, pihak kami ingin menjemput tuan untuk mengisi slot ceramah motivasi dengan
butiran program seperti berikut:

a) Tarikh : 31 Januari 2023


b) Masa : 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi
c) Lokasi : Sekolah Kebangsaan Maludam, Sarawak
4. Pihak IR Malaysia berharap agar permohonan ini mendapat sokongan daripada tuan dalam
membantu menjayakan program ini. Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, staf kami sedia
dihubungi di talian 012-847 4405 (En. Shahrul).

Sekian. Terima kasih.

“Fikir Kemanusiaan, Fikir ISLAMIC RELIEF!”


b/p Islamic Relief Malaysia

Siti Fadilah Mohd Hood


Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif

Anda mungkin juga menyukai