Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI

KE-46 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

OLEH TUAN HAJI NUR FAIZ BIN JAMIL


YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH YONG PENG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Terima kasih  kepada saudara/i pengacara majlis.

Yang Berusaha,
Encik Zainudin bin Hasan
Yang Dipertua PIBG SMK Datuk Menteri

Yang Berusaha,
Tuan Hj. Azman bin Shahadan
Pengetua, SMK Datuk Menteri

Penolong-penolong Kanan, ahli Jawatankuasa PIBG, para ibu


bapa, guru-guru, penerima anugerah kecemerlangan dan murid-
murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih


kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke-46 dan Majlis
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan bagi tahun
2022.

1
Saya juga amat bersyukur kerana kita dapat bersama-sama
dalam majlis yang penuh ceria ini. Secara peribadi, saya berasa
amat bangga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
mesyuarat pada hari ini, hal ini jelas membuktikan komitmen dan
iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan dalam
organisasi yang dianggotai.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Sebagaimana kita sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru


( PIBG ) merupakan sebuah organisasi yang cukup signifikan dan
penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Tidak dapat
dinafikan bahawa peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah
sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah
kerana PIBG menjadi medium atau wahana untuk mencetuskan
hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan.
Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang
terbilang dan bukanlah hanya angan-angan kosong semata-mata,
malah diharapkan dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi mencapai
hasrat yang sama-sama kita inginkan.

Tuan-tuan/Puan-puan,

Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat


bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan secara
bersama dan seiring. Oleh itu saya menyeru supaya pihak sekolah
dan ibu bapa bersama-sama berpadu tenaga dan menyumbang
buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG demi
kecemerlangan pendidikan anak-anak murid SMK Datuk Menteri.
2
Elemen perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat penting
yang akan membolehkan sesebuah organisasi itu memaksimumkan
sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlangan
yang membanggakan.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Seperti yang ditekankan dalam dasar pendidikan negara iaitu


‘Pendidikan Untuk Semua’, suasana pembelajaran yang seronok
dan membahagiakan haruslah diterapkan dalam sesebuah sekolah,
institusi mahupun universiti. Maka, untuk mencapai ke arah
suasana ini, budaya cinta, kasih atau sayang, kegembiraan dan
hormat-menghormati haruslah menjadi asas dalam sesebuah
institusi itu agar ilmu dapat diperoleh dan dieksploitasi dengan lebih
berkesan, seiring dengan keperluan negara bagi mencapai status
negara maju menjelang 2025.

Kerajaan juga telah memperuntukkan belanjawan yang besar


untuk memajukan bidang pendidikan supaya kita dapat duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan masyarakat dan negara
maju yang lain. Pembentangan Belanjawan 2023 menggariskan
antara fokus utama untuk Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu
meningkatkan taraf pendidikan negara dan memelihara kebajikan
guru serta murid-murid.

3
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Walaupun berbagai-bagai kemudahan yang telah disediakan


oleh kerajaan, namun yang amat menyedihkan, masih terdapat
murid-murid yang tidak cakna akan kepentingan pelajaran.
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan, sudah pasti masa depan
anak-anak tidak terjamin.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting


untuk memastikan anak-anak mendapat ilmu pendidikan yang
sempurna. Ibu bapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab
mendidik anak-anak 100% kepada pihak sekolah. Sebagai ibu
bapa, ibu bapa perlu sedar bahawa masa anak-anak di sekolah
hanya 6 jam sehari, manakala masa mereka di rumah dan di bawah
pengawasan ibu bapa adalah lebih kurang 18 jam. Maka, tidak
wajarlah jika terus menuding jari menyalahkan guru-guru di sekolah
jika anak-anak kita tidak berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, sebagai
ibu bapa, kita hendaklah sentiasa memberi kerjasama kepada
pihak sekolah untuk kebaikan anak-anak.

Harapan kita pada masa akan datang ialah dapat melihat


peratusan pelajar yang mampu mencapai kecemerlangan semakin
meningkat. Seperti mana yang kita sedia maklum, masalah sosial
yang melanda para pelajar kita agak membimbangkan. Oleh itu, ibu
bapa mestilah mampu berdepan dengan dunia yang penuh cabaran
ini. Para pelajar mestilah yakin pada diri sendiri dan mereka
mestilah juga menjadi pemandu dan penentu bangsa kerana

4
pemuda pemudi adalah tiang negara. Oleh itu, para pelajar perlu
pendewasaan sikap dan tingkah laku serta mengamalkan budaya
yang sihat agar pemahaman agama dapat membimbing manusia
ke arah kebenaran dan mampu memberikan rasa kedamaian,
kerukunan dan kesejahteraan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Untuk mencapai sesuatu hasrat dan keinginan, kita mestilah
berusaha. Saya yakin, dengan adanya gandingan yang mantap dan
usaha yang gigih daripada pihak sekolah, ibu bapa atau pihak-
pihak lain akan menjadikan SMK Datuk Menteri lebih beraspirasi
dan cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada


penerima-penerima anugerah kecemerlangan dan syabas kepada
pihak sekolah yang telah menganjurkan majlis ini dengan jayanya.
Semoga sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan
dalam semua bidang yang sedang dan akan diceburi.

Akhir kata, saya dengan berbesar hati merasmikan Mesyuarat


Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Menteri kali
ke-46 dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan bagi tahun 2022 .

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai