Anda di halaman 1dari 4

Teks Ucapan Menteri Pengajian Tinggi Sempena Perasmian

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 SMK Tan Sri Jaafar Albar,
Kota Tinggi, Johor.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


dan salam sejahtera. Terima kasih saudari Pengacara Majlis,..

SALUTASI

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia
dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena
Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 bagi SMK Tan Sri Jaafar Albar. Saya
berbesar hati merakamkan ucapan terima kasih atas jemputan untuk hadir ke majlis
hari ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tahniah
dan Syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan jawatankuasa PIBG kerana telah
dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksankaan mesyuarat pada kali ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan ,


Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG sekolah mesti diadakan
pada setiap tahun dengan memilih dan melantik AJK PIBG pada setiap kali
Mesyuarat Agung diadakan. Perlulah kita fahami Mesyuarat PIBG ini merupakan
salah satu bentuk permuafakatan anatara sekolah, iaitu pentadbir, guru-guru dan
ibu bapa. Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman
tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu
pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid di sekolah. Selain itu,
permuafakatan ini juga diharap dapat meningkatkan kerjasama dan perkongsian
anatara pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.
Di damping itu, PIBG juga mempunyai peranan saling melengkapi terhadap
fungsi Kementerian Pendidikan dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan
suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah
berkenaan. Selaras dengan anjakan ke-9 dalam 11 anjakan transformasi
Pendidikan negara iaitu berkerjasama denagan ibu bapa, komuniti dan sektor
swasta secara meluas.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,


Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna kerana pihak sekolah dan ibu
bapa dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan
dan masa depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang
menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan
kuasa PIBG. Selain daripada memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG yang baru
dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat PIBG
pada pagi ini akan berbincang dan mendapat persetujuan bersama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan


Saya dimaklumkan, kerjasama yang baik selama ini telah dapat membantu SMK
Tan Sri Jaafra Albar melonjak dalam prestasi SPM 2022 baru-baru ini dan STPM
2019. Selain itu, saya dimaklumkan pelbagai anugerah lain telah diraih sekolah ini
sama ada pada peringkat daerah hinggalah antarabangsa. Contohnya, Anugerah
Kecemerlangan Pengurusan PIBK 2021, Anugerah Kualiti PPD Kepimpinan
Inovasi, Anugerah Kualiti Amalan Terbaik Perkhidmatan Disiplin 2021, Anugerah
Kualiti Pasukan Sukan dan Permainan 2021, Bangkok International Intelectual
Property Invention 2020 dan banyak lagi. Sayabas dan tahniah diucapkan kepada
semua guru dan tidak lupa PIBG yang sentiasa menyokong usaha-
usaha peningkatan sahsiah murid, akademik dan sukan sekolah tanpa jemu.
Diharapkan untuk SPM 2022 dan STPM 2023, sekolah akan mencapai kejayaan
yang lebih gemilang lagi. Usaha-usaha AJK PIBG dalam menjayakan pelbagai
program dan aktiviti telah juga dapat
membantu sekolah meningkatkan keceriaan persekitarannya, memantapkan lagi
hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti anjuran bersama seperti Majlis
Hari Raya, Majlis Qurban, Sukan, Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah dan
Maulidur Rasul. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan
semua kerana menghantar anak ke sekolah ini. Insyaallah kepercayaan dan
keyakinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap guru-guru di sekolah ini dalam
mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan.

Harus diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di


rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita
terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk
berhadapan dengan segala gejala negative di luar rumah. Jelas tanggungjawab
menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa.
Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenangnya
diletakkan di atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah
perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain
membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan


Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan disini untuk
mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis pada pagi ini dan saya juga
ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa PIBG yang bakal
dipilih dan dilantik sebentar nanti. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-46 ini akan dapat berjalan lancer dan teratur. Dengan penuh takzim
saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Jaafar Albar, Kota Tinggi kali ke-46.
Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh.

Anda mungkin juga menyukai