Anda di halaman 1dari 12

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDARKAN NOMBOR DALAM

KALANGAN MURID TAHAP 1 MENGGUNAKAN TEKNIK


MEMBUNDARKAN NOMBOR ‘GIGI ATOK’

HAZLINA BINTI YASSIN

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MAHKOTA


81900 KOTA TINGGI
JOHOR
Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran


membundarkan nombor dalam kalangan murid Tahap 1 di Sekolah Kebangsaan Bukit
Mahkota dengan menggunakan Teknik Gigi Atok. Fokus kajian ini adalah untuk melihat
sejauh mana murid dapat membundarkan nombor dengan menggunakan teknik ini.
Tinjauan awal mendapati murid-murid Tahap 1 tidak dapat menguasai pembundaran
nombor dengan baik berdasarkan pemerhatian, temubual dan ujian yang dijalankan.
Oleh yang demikian pengkaji telah menggunakan rekabentuk Kajian Tindakan yang
dianalisis secara diskriptif dan naratif. Data yang dikumpul adalah menggunakan
pemerhatian, temubual dan ujian. Dapatan kajian menunjukkan intervensi yang telah
digunakan telah berjaya meningkatkan kemahiran membundarkan nombor seterusnya
meningkatkan minat murid tanpa menjejaskan kurikulum yang telah ditetapkan.

Kata Kunci: Kemahiran Membundarkan Nombor, Murid Tahap 1, Teknik Gigi Atok.

1.0 PENGENALAN

Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota. Sekolah ini terletak di kawasan
pedalaman iaitu di kawasan felda. Latar belakang murid yang terlibat dalam kajian ini
kebanyakan adalah daripada murid yang sederhana. Saya telah diamanahkan mengajar di
sekolah ini dalam matapelajaran Matematik di kelas 2 Usaha. Murid yang terlibat dalam kajian
ini adalah seramai 5 orang.

2.0 PENGENALAN – ISU PERMASALAHAN


Sebelum kajian ini dijalankan kebiasaannya saya akan menggunakan kaedah pengajaran yang
biasa diamalkan semasa PdP. Namun demikian, sekumpulan kecil murid saya masih tidak
mampu membundarkan nombor dengan cepat dan betul. Kebanyakan murid memberikan
pelbagai alasan apabila melakukan proses membundarkan nombor. Dalam menghadapi
masalah ini, penting untuk memilih kaedah pembundaran yang sesuai untuk situasi yang
diberikan dan mempertimbangkan kesan pembundaran terhadap ketepatan dan relevansi nombor.
Selain itu, dalam beberapa situasi, boleh menggunakan teknik lain, seperti penyelarasan digit,
untuk mengurangkan kesalahan pembundaran. Menurut teori pembundaran, kajian pembundaran
nombor melibatkan aspek teori yang membincangkan konsep, prinsip, dan kaedah pembundaran.
Ini termasuk pembundaran ke atas, pembundaran ke bawah, pembundaran ke nombor bulat
terdekat, dan lain-lain. Kajian teori ini membantu kita memahami dasar-dasar pembundaran
nombor. Selepas daripada itu untuk menambah baik amalan pdpc saya, Saya mengamalkan
‘Teknik Gigi Atok’ kepada murid-murid di kelas saya.

3.0 Fokus Kajian

Kajian ini memfokuskan isu permasalahan membundarkan nombor. Masalah ini menyebabkan
murid-murid gagal memahami cara membundarkan nombor dengan betul. Kajian ini sangat
penting untuk dilaksanakan kerana dapat membantu meningkatkan amalan pengajaran saya
dalam mata pelajaran matematik terutamanya ketika membundarkan nombor. Murid selalu
keliru dalam memberikan jawapan apabila membundarkan nombor. Kelemahan ini
menyebabkan murid gagal memberikan jawapan yang tepat apabila membundar samada
membundarkan kepada puluh terdekat atau ratus terdekat.

Objektif kajian Tindakan ini adalah :

a) Mengenal pasti penggunakan teknik Gigi Atok dapat meningkatkan prestasi murid-murid
dalam kemahiran membundarkan nombor

Persoalan kajian dalam penyelidikan ini pula ialah :

a) Apakah penggunaan Teknik Gigi Atok dapat meningkatkan penguasaan dan prestasi
murid-murid dalam menguasai kemahiran membundarkan nombor?

Kumpulan sasaran
a) Kumpulan Sasaran kajian ini seramai 5 orang murid di kelas 2 Usaha yang terdiri
daripada tiga orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan

4.0 KAEDAH KAJIAN (METADOLOGI)

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan rekabentuk Model Kurt Lewin (1946) yang
menyatakan bahawa terdapat 4 langkah penting dalam proses pelaksaan kajian Tindakan.
Langkah-langkah tersebut ialah mereflek, merancang, memerhati dan mereflek semula.

Rajah 1: Model Kajian Tindakan Lewin

Rajah 1 :

5.0 PERANCANGAN

5.1 Intervensi
Dalam penyelidikan tindakan ini, pengkaji telah menggunakan intervensi pembelajaran
menggunakan teknik membundarkan nombor Gigi Atok . Teknik ini dijadikan sebagai
medium dalam melaksanakan kajian ini bagi melihat penguasaan kemahiran
membundarkan nombor murid tahun 2 Usaha.

Rajah 2: Rajah tentang Teknik Gigi Atok

Rajah 3: Proses pembundaran (a)


Rajah 4: Proses pembundaran (b)

Langkah-langkah penggunaan Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok

1. Apabila ingin membundarkan nombor, kenalpasti nilai pada rumah sa terlebih


dahulu.
2. Kemudian terus lukis gigi di bahagian atas mengikut urutan nombor hingga 10.
3. Murid perlu dingatkan bahawa jumlah gigi yang perlu dilukis hanya 10 batang
sahaja.
4. Sekiranya murid sudah melukis gigi di atas, baki gigi perlu dilukis di bahagian
bawah.
5. Murid perlu fokuskan pada bahagian gigi yang sedikit sahaja.
6. Jika bilangan gigi di atas yang sedikit, jawapan yang perlu diberikan adalah
gandaan 10 selepas nilai pada rumah puluh pada soalan.
7. Sekiranya bilangan gigi bawah yang sedikit, jawapan yang perlu diberikan ialah
merujuk kepada nilai rumah puluh, dan kekalkan nilainya.

Refleksi Pemerhatian Sepanjang Aktiviti:


Semasa aktiviti dijalankan murid kelihatan amat seronok dan leka dengan teknik pembundaran
ini kerana mereka dapat melukis gambar gigi sambil mengira bilangan gigi. Murid memberitahu
kepada pengkaji bahawa mereka tidak rasa bosan tetapi pembelajaran lebih gembira dan lucu
dengan melihat gambar-gambar gigi atok yang dilukis oleh murid. Ini adalah selaras dengan
dapatan kajian lepas daripada Dr. Paul Duncum, beliau adalah seorang ahli pendidikan seni
yang telah mengkaji hubungan antara seni visual dan matematik. Kajian-kajiannya menekankan
bagaimana seni visual boleh digunakan untuk memperkukuh pemahaman konsep matematik.
Dr. Ulrich Reimer juga adalah seorang profesor matematik yang telah mengkaji hubungan
antara seni, teknologi, dan matematik. Beliau mempromosikan penggunaan seni visual dan
teknologi dalam pembelajaran matematik.

Refleksi Kendiri Sepanjang Aktiviti:

Selepas penggunaan teknik ini digunakan perasaan pengkaji pada ketika itu sangat seronok
kerana murid Tahun 2 Usaha pengkaji berjaya membundarkan nombor dengan cepat dan betul.
Selain itu pengkaji juga tidak sabar untuk melihat murid-murid yang lain juga untuk bersama-
sama menggunakan teknik ini dalam membundarkan nombor. Pengkaji telah belajar cara untuk
mengendalikan penyelidikan tindakan dan penulisan dari segi laporan. Ini adalah penting agar
hasil dapatan kajian dapat dianalisis dan dipamerkan dengan jelas. Pengkaji juga belajar untuk
mematuhi etika penyelidikan agar menjadi seorang penyelidik yang beretika dan dipercayai.
Perkara yang paling pengkaji seronok ialah apabila mendapat respon positif daripada murid-
murid bahawa kemahiran membundarkan nombor sudah menjadi lebih mudah dan
menyeronokkan.

6.0 TINDAKAN DAN PEMERHATIAN


Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota iaitu seramai 5 orang murid
Tahun 2 yang terdiri daripada 3 murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Rajah di bawah
menunjukkan penjelasan terperinci tentang cara pelaksanaan tindakan atau intervensi Teknik
Membundarkan Nombor Gigi Atok yang telah dilaksanakan selama dua minggu.

Gelungan Fasa Huraian

Pertama Melihat Pelaksanaan pengajaran secara


bersemuka dan penilaian ujian
(Minggu Pertama)
bertulis 1 di jalankan semasa
kemahiran membundarkan nombor.

Berfikir Pengkaji perlu berfikir kaedah


pengajaran yang sesuai bagi
membantu murid yang lemah dalam
kemahiran bertutur di dalam kelas.

Bertindak 1. Pengkaji memperkenalkan


Teknik Membundarkan Nombor
Gigi Atok.
2. Menghasilkan Teknik
Membundarkan Nombor Gigi
Atok dan tunjuk cara
mengaplikasikan teknik.
3. Murid dibimbing penggunaan
teknik.
Kedua Melihat Terdapat peningkatan jumlah jawapan
yang betul melalui ujian bertulis 2
(Minggu Kedua)
Berfikir Pengkaji perlu melakukan
penambahbaikkan melibatkan langkah
pennggunaan teknik membundarkan
nombor.

Bertindak Murid mengaplikasikan Teknik


Membundarkan Nombor Gigi Atok bagi
pembundaran nombor yang lebih
besar.

Dapatan refleksi selepas gelungan kedua: Setelah melalui 2 gelungan kajian tindakan
proses pelaksanaan Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok dapat dilaksanakan dengan
baik.
Rajah 5: Proses tindakan terhadap intervensi yang dilaksanakan

1.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan intervensi ini telah menguasai kemahiran


membundarkan nombor dalam kalangan murid Tahun 2 Usaha SK Bukit Mahkota.
Kajian yang dilakukan ini telah dapat menunjukkan impak yang positif walaupun
sekadar menggunakan Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok dan menjadi sandaran
dalam melaksanakan pengajaran. Malahan penggunaan Teknik Membundarkan
Nombor Gigi Atok mendapati hasil temubual bersama murid Tahun 2 Usaha
menunjukkan minat yang ketara terhadap mata pelajaran Matematik. Temubual ini
dijalankan selepas 2 minggu penggunaan Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok
kepada 5 murid yang terlibat.

1.1 Dapatan Temubual

Responden Skrip Temubual Dapatan

Murid 1 Seronoknya cikgu kita boleh bundar sambal melukis seronok


gigi.

Murid 2 Cikgu, esok kita belajar lagi ye. Senang sangat nak cari teruja
jawapan bundar.

Murid 3 Cikgu esok ada matematik lagi tak? Saya tak sabar nak semangat
belajar lagi esok

Murid 4 Alhamdulilah, mudah sangat saya nak bundarkan Mudah


nombor guna gigi atok

Murid 5 Saya gunakan cara yang sama dan tunjukkan kepada motivasi
kawan-kawan kelas lain.

Rajah 6: Dapatan Temubual bersama Responden


1.2 Dapatan Ujian

Ujian bertulis dijalankan selepas 2 minggu iaitu 10 hari menggunakan Teknik


Membundarkan Nombor Gigi Atok yang melibatkan perkataan dalam silibus Tahun 2.
Dapatan kajian ujian bertulis tersebut ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Bil Murid Jantina Ujian Bertulis 1 Ujian Bertulis 2


8 soalan 8 soalan

1 Murid 1 Lelaki x /

2 Murid 2 Lelaki x /

3 Murid 3 Perempuan x /

4 Murid 4 Perempuan x /

5 Murid 5 Perempuan x /

Rajah 7 Dapatan Ujian bersama Responden

1.3 Refleksi Analisi Dapatan Kajian

Pengkaji membuat analisis secara diskriptif dan naratif oleh semua data dapatan kajian
tersebut yang mana menunjukkan peningkatan pada semua murid dan telah berjaya
membundarkan nombor kepada puluh yang terdekat. Berdasarkan dapatan kajian yang
diperolehi, 5 orang murid memberi respon yang positif. Mereka menyatakan sebelum
menggunakan teknik ini, mereka sukar untuk membundarkan nombor. Mereka
menyatakan penggunaan teknik ini menyeronokkan untuk membundarkan nombor
mengikut sebarang nilai yang terdekat. Tambahan pula, mereka menyatakan bahawa
teknik ini mudah diaplikasikan. Mereka mengakui bahawa mereka dapat
membundarkan nombor dengan betul selepas penggunaan teknik ini. Selain itu, melalui
Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok sangat membantu untuk menambah baik
amalan pengajar pengkaji sebagai seorang Matematik tahun 2 Usaha untuk membantu
murid-murid membundarkan nombor seperti yang terkandung dalam DSKP Matematik
Tahun 2. Dapatan ini selaras dengan Ng (2017) yang menyatakan bahawa motivasi
belajar murid bergantung kepada gaya pengajaran guru untuk memupuk minat murid
terhadap pembelajaran tersebut.
2.0 RUMUSAN DAN IMPLIKASI

Kajian tindakan yang dilaksanakan ini telah dapat menghuraikan objektif kajian iaitu
mengenal pasti penggunakan Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok dapat
meningkatkan prestasi murid-murid dalam kemahiran membundarkan nombor.
Berdasarkan dapatan kajian dengan penggunaan teknik ini dapat membantu murid
membundar dengan mudah. Tindakan yang dilakukan menggunakan Teknik
Membundarkan Nombor Gigi Atok adalah satu kaedah atau teknik yang baik dalam
membantu murid menguasai kemahiran asas dalam mempelajari matapelajaran
Matematik. Hasil dapatan temubual menunjukkan murid sangat seronok, teruja dan
bermotivasi selepas penggunaan Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok.

Penggunaan Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok dalam pengajaran


Matematik memiliki berbagai implikasi positif yang dapat meningkatkan efektivitas
pembelajaran, terutama untuk anak-anak. Antara implikasi yang diperolehi dengan
menggunakan Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok adalah meningkatkan
keterlibatan murid dalam pembelajaran. Teknik ini biasanya lebih menarik daripada
pembelajaran konvensional, sehingga dapat meningkatkan penglibatan murid. Murid
cenderung lebih fokus dan seronok ketika pembelajaran berbentuk visual. Selain itu ia
juga meningkatkan emosi murid. Teknik ini seringkali memicu emosi positif, seperti
kegembiraan dan kebanggaan ketika murid berhasil membundarkan nombor. Ini
membantu memperkuat koneksi emosional mereka terhadap pembelajaran. Bahkan
penggunaan Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok juga mampu meningkatkan
motivasi murid.

Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok juga melibatkan penggunaan


psikomotor murid. Teknik ini sering memanfaatkan deria murid, seperti penglihatan,
pendengaran, dan pergerakan fisik.

Penggunaan Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok dalam pengajaran Matematik


adalah pendekatan yang berpotensi efektif untuk meningkatkan kemahiran
membundarkan nombor pada murid-murid sekolah rendah di Malaysia. Pada masa
akan datang pengkaji bercadang untuk memperkembangkan lagi potensi penggunaan
Teknik Membundarkan Nombor Gigi Atok dengan memperbanyakkan lagi soalan
menggunakan kaedah yang sama.
3.0 RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai