Anda di halaman 1dari 1

PRAKATA YANG DIPERTUA PIBG

Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera.


Terlebih dahulu saya ingin memanjangkan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan izin dan limpah kurnianya jua kita dapat bersama-sama berkumpul pada hari
ini untuk menunaikan satu tanggungjawab yang murni iaitu mengadakan Mesyuarat Agung
PIBG Sekolah Kebangsaan Parit Kasan bagi kali ke-50
Sepanjang pemerhatian saya sebagai Yang Dipertua PIBG, guru-guru dan pihak
sekolah bertungkus lumus dalam merancang dan menjayakan pelbagai aktiviti sama ada
dalam bentuk akademik, kurikulum, ko-kurikulum mahupun pembinaan sahsiah demi
kejayaan anak-anak kita pada masa hadapan. Namun semuanya tidak akan bermakna tanpa
sokongan dan bantuan daripada kalangan kita sebagai ibu bapa. Oleh itu, Marilah kita
berganding bahu, bersama-sama membantu demi memastikan anak-anak kita mampu
berdaya saing lantas mencipta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.
Justeru,pada kesempatan ini, saya mewakili semua ibu bapa dan waris pelajar sekolah
ini, ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar, barisan pentadbir
sekolah, ketua-ketua Panitia dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Parit Kasan atas
kesungguhan mereka dalam mendidik anak-anak kita meskipun terpaksa berkorban masa,
wang ringgit dan tenaga.
Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada barisan AJK
PIBG 2022/2023 yang telah berjaya menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan
selama ini dengan baik dan penuh dedikasi. Sebagai penutup bicara, saya memohon sejuta
kemaafan seandainya selama saya menerajui kepimpinan PIBG sesi 2022/2023, terdapat
kelemahan daripada pihak saya selaku YDP PIBG. Sesungguhnya kelemahan itu, adalah atas
kelemahan saya dan segala yang baik itu adalah kurniaan daripada Allah S.W.T. Salam
hormat buat semua dan selamat bermesyuarat.
Sekian, terima kasih.

ZAMRI BIN AHMAD


Yang Di Pertua PIBG SK Parit Kasan
Sesi 2022/2023

Anda mungkin juga menyukai