Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU-ALUAN PERASMI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya diberi peluang untuk menitipkan
sepatah dua kata dalam buku program sempena Mesyuarat Agung PIBG SMKA Al-Mashoor
(Lelaki) kali ke-40. Pada kesempatan ini saya merakamkam setinggi-tinggi tahniah kepada
barisan pentadbir, guru-guru serta barisan AJK PIBG SMKA Al-Mashoor (Lelaki) bagi sesi
2021/2022 kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab mengadakan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-40.
Seperti yang kita sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah cukup
signifikan dengan kejayaan sesebuah sekolah. Hubungan baik antara ibu bapa dengan guru
seharusnya sentiasa terjalin dan kukuh demi pemuafakatan yang saling memerlukan. Tidak
dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG adalah penting dalam meletakkan hala
tuju dan kecemerlangan sesebuah sekolah.
Pada kesempatan ini juga, saya berharap agar PIBG sekolah ini dapat bergerak secara
aktif dan terancang. Hal ini agar kewujudan PIBG dapat memberi sumbangan bermakna ke
arah kecemerlangan yang diharapkan. Sehubungan itu, budaya kerja cemerlang dan
berpasukan perlulah dipupuk agar persatuan PIBG sekolah ini terus relevan menjadi
penyumbang kepada kecemerlangan anak-anak.
Saya yakin dan percaya barisan AJK PIBG yang akan dilantik mampu menerajui
kejayaan dan menempa kegemilangan. Sokongan dan kerjasama antara ibu bapa dengan guru
amatlah penting dalam menggapai kejayaan. Akhir kata, semoga Allah memberkati segala
usaha dalam menjalankan tanggungjawab melahirkan modal insan yang berjaya kepada
agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat daripada,

(TUAN HAJI ROSLI BIN OTHMAN )


Ketua Penolong Pengarah
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai