Anda di halaman 1dari 2

Assalammualaikum wbt, Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-

tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana denga izinnya kita dapat bersama dalam
Mesyuarat Agung PIBG sesi 2018-2020/ 2021. Saya bersyukur kepada Allah
SWT kerana telah menggerakkan hati ibu bapa SK Bau untuk hadir dalam majlks
ini. Semoga mesyuarat agung PIBG kali ini dapat menyemarakkan semangat ibu
bapa dan guru untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam program demi
anak-anak sekolah.

Jawatankuasa PIBG sesi 2018-2020/ 2021 sehingga hari ini telah cuba
melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya. Walaupun
perancangan aktiviti dan sebagainya tidak berjalan lancar kerana kekangan
masalah Pandemik Covid-19 yang kita alami dan Perintah Kawalan Pergerakkan
( PKP ) kepentingan dan kebajikan anak-anak masih dititikberatkan. Sumbangan
ibu bapa dalam melancarkan program sekolah ke arah meningkatkan
pencapaian pendidikan dan sahsiah murid. Selain itu, ia juga disalurkan untuk
pembangunan sekolah demi keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita. Di
samping itu, kemajuan akademik, PIBG juga sentiasa bekerjasama dengan pihak
sekolah dan telah memastikan pembangunan sahsiah murid-murid agar mereka
selamat meneruskan kehidupan dalam era kecanggihan teknologi yang penuh
dengan cabaran.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru ibu bapa agar sentiasa dapat
memberikan kerjasama dalam setiap aktiviti yang diadakan. Marilah kita turun
bersama-sama ke sekolah ketika diperlukan untuk membantu menjadikan SKB
lebih komdusif untuk anak-anak kita belajar. Sumbangan dengan kepakaran ibu
bapa amatlah diharapkan untuk digabungkan bersama tenaga guru-guru yang
sentiasa memberikan komitmen mendidik anak-anak kita malah kita boleh
nampak kegigihan membaikpulih persekitaran sekolah tidak kira waktu.
Mudah-mudahan impian kita sebagai ibu bapa untuk melihat anak-anak kita
berjaya menjadi insan cemerlang tercapai selaras dengan misi dan visi SKB.
Saya berharap ahli jawatankuasa PIBG baru yang akan dilantik kelak dapat
meneruskan usaha lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan SKB yang kita
sayangi. Saya mewakili barisan Exco AJK 2018-2020/ 2021 mengucapakn ribuan
terima kasih di atas di atas kerjasama guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa
bersedia mencurahkan bantuan dalam memjayakan aktiviti yang dirancang. Kami
juga memohon maaf diatas segala kekurangan dan kelemahan yang datang dari
kami. Semoga SK. Bau sentiasa bergerak maju menuju kecemerlangan dengan
adanya gabungan mantap ibu bapa, guru-guru dan PIBG. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai