Anda di halaman 1dari 1

Siti Nur Aisyah Binti Ab llah

SK Taman Impian,
Taman Impian Ria,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.

Guru Besar,
SK Taman Impian,
Taman Impian Ria,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang. 3 JANUARI 2022

Tuan,

MAKLUMAN DAN PERMOHONAN PENANGGUHAN TARIKH MELAPOR DIRI.

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berdasarkan surat kelulusan pertukaran dari JPN Sarawak yang bertarikh 13 Disember
2021 yang die-melkan pada 28 Disember 2021, saya telah diarahkan melapor diri pada 3 Januari
2022 . Walaubagaimanapun saya tidak dapat melapor diri pada tarikh yang ditetapkan dan
memohon penangguhan tarikh melapor diri kepada tarikh 6 Januari 2022 atau mana-mana tarikh
yang terdekat bergantung kepada urusan serahan tugas dan hal berkaitan dengannya selesai.

3. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertimbangan pihak tuan untuk meluluskan
permohonan penangguhan melapor diri di SK Taman Impian di atas sebab-sebab yang berikut ;
3.1 Menyelesaikan urusan serahan tugas di SK Kampong Baru Kapit, Sarawak.
3.2 Menguruskan hal perpindahan termasuk urusan perpindahan barang-barang dan kenderaan
serta urusan penerbangan ke Semenanjung memandangkan kelewatan saya menerima surat
penempatan perpindahan.

4. Saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan saya dahulukan dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………..
(SITI NUR AISYAH BINTI AB LLAH)

Anda mungkin juga menyukai