Anda di halaman 1dari 2

Masnizam bin Asrin

No 98 Blok 5 Felda Palong 10

73430 Gemas

Negeri Sembilan

Pengarah,

Bahagian Pendidikan Menengah

Majlis Amanah Rakyat

Ibu Pejabat MARA

Jalan Raja Laut

50609 KUALA LUMPUR 05 April 2022

Tuan/Puan,

PER: RAYUAN PERPINDAHAN PENEMPATAN TINGKATAN [1] MRSM TAHUN 2022

Merujuk perkara di atas, saya bapa kepada Arfah Khairiah binti Masnizam ingin membuat
rayuan perpindahan anak saya dari MRSM Kuala Krai, Kelantan ke MRSM pilihan berikut:

Pilihan Pertama : MRSM Serting.

Pilihan Kedua : MRSM Terendak

2. Berikut saya sertakan maklumat anak saya untuk rujukan pihak tuan:

Nama Pelajar: Arfah Khairiah binti Masnizam

No K/P Pelajar: 090308030356

3. Untuk maklumat Pihak tuan kami sekeluarga telah berpindah dari Kelantan ke Negeri Sembilan
seperti alamat di atas. Ini kerana saya yang juga anak sulung ingin menjaga kedua orang tua saya yang
telah semakin uzur.
4. Buat pengetahuan tuan juga ibu saya seorang pesakit kencing manis dan saraf yang memerlukan
penjagaan rapi dari saya. Sekiranya anak saya dapat berpindah ke MRSM yang berdekatan, dapat
memudahkan saya untuk memantau ibu dan anak saya juga menjimatkan masa dan kos.

5. Saya merayu agar pihak tuan dapat meluluskan permohonan pertukaran anak saya ke MRSM
yang berdekatan dengan tempat tinggal saya seperti yang tertera di atas.

Jasa baik dan pertimbangan wajar pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

MASNIZAM BIN ASRIN [760902-01-6055]

Waris/Bapa Arfah Khairiah binti Masnizam

No Telefon 0176698376

No Telefon Ibu 0182014179

Anda mungkin juga menyukai