Anda di halaman 1dari 1

Norizam bin Jaaman

No.724, Jalan Seri Impian 3/14,


Taman Seri Impian,
86000 Kluang Johor

Kepada,
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kluang
2755 Jalan Sentosa,
86000 Kluang, Johor
(u.p: Tuan Haji Hussin bin Mustaffa Penolong PPD Rendah)

No. Tel: 0127492182

29 Disember 2014

Tuan,
PERMOHONAN KEKAL DI SK PUNAN
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. Berikutan itu, saya dengan ini menolak pertukaran
yang telah tuan benarkan kepada saya iaitu di SK Bukit Paloh.
2.
Saya sangat berterima kasih dan menghargai kerana tuan sudi membenarkan pertukaran kepada
saya. Namun saya telah memikirkan secara mendalam akan hal ini yang mana terpaksa saya menolak.
3.

Antara sebabnya adalah;

3.1 Faktor jarak. Dari rumah saya ke SK Bukit Paloh mengambil masa hampir 1 jam atau 50 km untuk
perjalanan sehala. Ini memerlukan saya membelanjakan kos perbelanjaan yang tinggi jika berulang alik
setiap hari berbanding saya di SK Punan.
3.2 Faktor jawatan. Disebabkan saya memegang jawatan Penolong Kanan 1 di SK Punan sebagai jawatan
kedua terpenting untuk mentadbir sekolah yang akan dicalonkan sebagai sekolah new deal. Maka, perlu
persiapan untuk saya laksanakan bagi memastikan anugerah itu dapat dicapai nanti.
3.3 Faktor kekurangan guru. SK Punan masih kekurangan guru sebagai tenaga pengajar dan khidmat saya
masih diperlukan untuk menampung keperluan guru disini.
4.
Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan untuk mengekalkan saya di SK
Punan dan sekiranya ingin memindahkan saya, mohon jasa baik tuan untuk menempatkan saya sekitar 20
KM dari kediaman saya. Ini kerana saya berbesar hati jika pihak tuan mengambil kira pengorbanan saya
berkhidmat di kawasan pedalaman selama 11 tahun.
Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah saya hargai.
Sekian, Terima Kasih.
Yang Benar,
..
(NORIZAM BIN JAAMAN)
s.k : 1) Fail Berkenaan

Anda mungkin juga menyukai