Anda di halaman 1dari 2

Nik Nurfatiha Binti Tuan Abdullah Zawawi

No. 42 Jalan Emas 5, Taman Emas,


27200 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur.

Pegawai Pendidikan Daerah Lipis


Pejabat Pendidikan Daerah Lipis
27200 Kuala Lipis
( U.P. Sektor Pengurusan )

Melalui :

Guru Besar,
SK Kerambit,
27200 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur.

Tuan,
PERMOHONAN PERTUKARAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM, KUALA LIPIS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Maklumat saya adalah seperti berikut :


Nama : NIK NURFATIHA BINTI TUAN ABDULLAH ZAWAWI
No. Kad Pengenalan : 930914-03-5500
3. Saya penama di atas, sedang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis
dan ingin memohon pertukaran ke Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, Kuala Lipis.

4. Untuk makluman pihak tuan, permohonan ini adalah kerana perjalanan dari rumah saya
ke tempat kerja agak jauh iaitu 25km sehala. Jarak yang agak jauh ini sedikit sebanyak
membuatkan saya agak kepenatan kerana saya perlu keluar rumah lebih awal untuk
mengelakkan kesesakan lalu lintas dan juga untuk memastikan saya sampai di sekolah mengikut
masa yang ditetapkan. Tambahan pula, saya sekarang mengalami rabun silau yang teruk dan
saya kurang berkeyakinan untuk memandu dalam keadaan hari masih gelap ditambah pula
dengan jalan yang bersimpang siur menuju ke SK Kerambit.

5. Saya difahamkan terdapat kekosongan jawatan Pembantu Pengurusan Murid


Prasekolah di SK Wan Ibrahim, Kuala Lipis. Perkara ini dapat membuka ruang untuk
memudahkan lagi proses pertukaran saya bagi mengisi kekosongan jawatan di sana.

6. Akhirnya, dengan rendah hati saya mengharapkan agar permohonan pertukaran saya ini
dipertimbangkan sebaiknya oleh pihak tuan. Segala bantuan dan keprihatinan daripada pihak
tuan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………
(NIK NURFATIHA BINTI TUAN ABDULLAH ZAWAWI)
No. Kad Pengenalan : 930914-03-5500
No. Telefon : 010-7641947
Emel : niknurfatiha93@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai