Anda di halaman 1dari 1

Nurul Afini Binti Mohd Sarifuddin

Lot 621-B, Kampung Pintu Geng


15100, Kota Bharu
Kelantan
___________________________________________________________________
Unit Praktikum,
IPG Kampus Ipoh,
31150 Hulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan. 27 September 2020

Tuan,

Permohonan Menjalankan PBS di SK

Merujuk perkara di atas, saya Nurul Afini binti Mohd Sarifuddin dari unit U1 memohon
pertukaran untuk menjalankan PBS dari SJKT ke SK atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan.

2. Seperti yang kita ketahui di negeri Kelantan hanya terdapat satu sekolah SJKT iaitu di
Kuala Krai. Hal ini telah menimbulkan kesulitan di mana jarak sekolah tersebut ialah 72
km yang mengambil masa selama satu jam 21 minit dari perumahan saya yang berada
di Bandar Kota Bharu.

3. Di samping itu, kedua-dua ibu bapa saya masih bekerja menyebabkan mereka tidak
sempat untuk menghantar mahupun menjemput saya sekiranya saya perlu menjalankan
PBS di kawasan tersebut.

4. Saya mengucapkan ribuan kemaafan dan terima kasih atas keprihatinan tuan dalam
mempertimbangkan masalah yang saya hadapi ini. Saya berharap pihak tuan bersetuju
dengan permohonan yang saya nyatakan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Afini
Afini Sarifuddin

Anda mungkin juga menyukai