Anda di halaman 1dari 6

PIMK 3063

NURUL AFINI BINTI MOHD SARIFUDDIN


NUR SYAZWINA BINTI SHAHABUDIN
SITI ZULAIKHA BINTI ABDUL RANI
SOALAN TUTORIAL
Secara berpasangan, pilih satu prinsip pengelolaan kelas
dan aplikasikan satu tajuk dalam PdP Akidah dan Sirah.
Prinsip pengelolaan kelas: Perkara yang diketahui kepada
perkara yang belum diketahui

Hal ini bermakna pengetahuan yang lepas bagi seseorang murid berperanan
sebagai asas yang  membolehkan pengatahuan yang baharu bergantung kepadanya.
Oleh itu, jika guru ingin pengetahuan baharu diterima oleh murid, guru perlu
memastikan pengetahuan lepas murid mempunyai kaitan rapat dengan
pengetahuan yang baharu.
SIRAH TAHUN 2
SK: 4.3 Mengaplikasi iktibar dan meneladani keperibadian Nabi Muhammad SAW dalam
kehidupan sahabat
SP: 4.3.3 Menganalisis keperibadian dan tingkah laku Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan
bersahabat melalui kisah kehidupan baginda

Aktiviti :
1. Setiap orang murid diberikan mini whiteboard dan sebatang marker.
2. Guru meminta murid menulis sifat mulia Nabi setakat yang diketahui di atas mini
whiteboard.
3. Kemudian, guru menayangkan video tentang kisah kehidupan Rasulullah SAW.
4. Setelah video ditayangkan, dengan bimbingan guru, murid berbincang di dalam kumpulan
dan menganalisis sikap-sikap mulia Nabi yang terkandung dalam video.
5. Seterusnya, murid perlu mencatat jawapan yang telah dibincangkan bersama-sama guru
dalam buku tulis masing-masing.
AKIDAH TAHUN 2
SK: 2.1 Mengimani sifat-sifat Allah dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
SP: 2.1.1 menyenaraikan sifat-sifat Allah
Aktiviti :
1. Guru bertanya kepada murid tentang sifat-sifat Allah yang mereka tahu.
2. Guru meminta murid menulis sifat-sifat Allah setakat yang diketahui di hadapan
kelas.
3. Kemudian, guru memberikan gambar kepada murid tentang sifat-sifat Allah dan
bersoal jawab dengan mereka.
4. Guru meminta murid meneliti gambar tersebut dan bandingkan dengan jawapan
yang diberikan sebentar tadi.
5. Seterusnya, guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada waktu
tersebut.
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai