Anda di halaman 1dari 2

Huraikan langkah yang perlu anda ambil untuk memastikan proses pengajaran

dan pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan.

Antara langkah yang perlu diambil untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan ialah dengan menganalisis murid
dengan lebih dekat dan mendalam. Seseorang guru bertanggungjawab mengetahui
tentang ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada pelajar serta
gaya pembelajaran pelajaran yang digunanakan. Hal ini disebabkan setiap murid
memiliki perbezaan individu yang tertentu. Jadi, penganalisisan yang dibuat oleh guru
terhadap pelajar mampu menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Guru dapat
mengetahui kebolehan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih berkesan
sekiranya guru telah nyatakan objektif atau hasil pembelajaran terlebih dahulu
sebelum memulakan sesi PdPc. Hal ini disebabkan, objektif pembelajaran akan
menentukan kaedah pembelajaran yang digunankan, Murid yang dapat mencapai
objektif pembelakaran membuktikan bahawa guru telah berjaya menyampai
pegajaran denagn berkesan.

Seterusnya, guru perlu menentukan pemilihan kaedah media dan bahan sumber yang
akan digunakan dalam PdPc. Dalam langkah ini pemilihan kaedah yang dirancang
haruslah bersesuaian dengan pelajar, objektif dan kurikulum. Bagi perisian
pengajaran di peringkat sekolah, pembangun perisian seharusnya merujuk kepada
dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain
dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak tersasar. Pembangun
perisian seharusnya merancang bahan serta kaedah penyampaian yang sesuai.
Pemilihan kaedah serta bahan yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi
mencapai objektif pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu,
faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan yang ada perlu
diambil kira.

Penilaian dan pengubahsuaian juga menyumbang ke arah pengajaran dan


pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan. Penilaian ini bertujuan bagi
menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, pengajaran perlulah dinilai. Proses
penilaian juga membolehkan pembangun perisian membuat pengubahsuai perisian
bagi membaiki kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam pembelajaran supaya
memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian melibatkan aspek
menilai kefahaman pelajar, menilai aspek pembelajaran dan pengajaran dan akhir
sekali menilai media dan kaedah yang digunakan

Anda mungkin juga menyukai