Anda di halaman 1dari 2

Sekapur Sireh Seulas Pinang

Assalamualaikum Warahmatullah hi Wabarakatuh

Salam perkenalan dari saya selaku Guru Besar SK Permatang Pasir, bermula 25 September 2017. Ia
merupakan titik permulaan saya untuk mencorak visi dan misi organisasi warga SK Permatang
Pasir.

Hampir 2 tahun 2 bulan berada di sekolah ini, sudah cukup untuk saya mengenali intipati
perjalanan pendidikan dan komitmen yang diberi oleh ibu bapa di sini.

Ahli Jawatankuasa PIBG SKPP yang mantap memudahkan segala acara yang ingin
dibuat.Kerjasama guru-guru dan ibu bapa amat diperlukan di SKPP bagi kecemerlangan anak-anak
bangsa. Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh.Terima Kasih juga diucapkan kepada ibu
bapa/penjaga yang menyumbang kertas A4 untuk kegunaan sekolah terutamanya dalam
Pentaksiran Bilik Darjah.

Marilah kita sama-sama mencapai Visi dan Misi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia hingga
tahun 2025. Kini, kita berada di Gelombang Kedua(2016-2020) menjana sistem yang telah kita
jalankan dalam Gelombang Satu (2013-2015).

Terdapat 6 Aspirasi Murid iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Kemahiran Dwibahasa, Kemahiran
Kepimpinan, Etika dan Kerohanian, Identiti Nasional dan Perpaduan.

Sementara 4 Komponen yang perlu ada pada setiap murid lepasan Sekolah Rendah ialah
Pentaksiran bilik darjah, Pentaksiran Psikometrik, PAJSK dan Pentaksiran awam iaitu Penilaian
Pentaksiran Sekolah Rendah atau UPSR.

Akhirkata, saya mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan di atas kejayaan


dan kecemerlangan anak-anak tuan puan di Hari Kualiti 2019 SK Permatang Pasir.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

Nukilan,

Hjh Zulliana binti Abd.Samad

Guru Besar SK Permatang Pasir


blob:https://web.telegram.org/b0751073-dcee-4651-936d-8357a0bf9613

Anda mungkin juga menyukai