Anda di halaman 1dari 2

Ruj.

Kami : SMKD
Tarikh : 10 April 2017
Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
50604 KUALA LUMPUR
( u.p. Unit Perjawatan dan Perkhidmatan )

Puan,

PERMOHONAN PENGISIAN JAWATAN PEMBANTU MAKMAL DI SMK DHARMA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pembantu Makmal sekolah yang tunggal, Cik NorAliyya binti Nor Baharin ( K.P. 920227-08-5558 ) telah
berpindah dari SMK Dharma secara rasmi mulai dari 1 hb Januari tahun ini. Semasa saya menanggung kerja
sebagai pengetua SMK Dharma, saya telah meluluskan pemindahan Pembantu Makmal ini tanpa pengganti
di atas rayuan beliau baru mengandung dan menghadapi masalah kesihatan. Lagipun, tiada ahli keluarga
yang dekat untuk membantunya. Sejak sesi sekolah bermula tahun ini, tiga guru Sains termasuk saya telah
menyediakan radas untuk aktiviti Sains dan juga mengemaskan makmal. Ini menambahkan lagi beban guru
Sains yang sudah pun berat di sekolah yang kecil. Guru-guru Sains juga tidak begitu mahir dalam teknik
penyediaan makmal.

3. Sekolah SMK Dharma hanya ada seorang Pembantu Operasi dan seorang Pembantu Tadbir.
Peranan Pembantu Makmal ini adalah juga meringankan beban kerja pejabat sekolah.

Sekolah ingin merayu kepada budi baik puan untuk menghantar seorang pengganti supaya
mengurangkan beban kerja guru dan juga staf sokongan secepat mungkin. Segala pertimbangan dan
kerjasama daripada tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( CHAN MEI PHENG )


PK Tadbir & Kurikulum
SMK Dharma

Anda mungkin juga menyukai