Anda di halaman 1dari 2

TEKS PUAN ZAKIAH BINTI ARIFFIN, PEN.

KANAN
PENTADBIRAN SMK AMINUDDIN BAKI,CHEMOR.
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan selamat sejahtera.

- Yang Dihormati, Pn.Norzila Binti Hamid, Pen.Kanan PPKI


Sek.Men.Keb Aminuddin Baki,
- Yang Dihormati, Pn. Nur Intan Binti Ismail, Pen.Kanan PPKI
Sek.Men.Keb Kajang Utama.
- Guru-guru pengiring, PPM, seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.

Alhamdulillah, lantaran dengan keizinan dan keredhaanNya, dapat


kita berkumpul di sini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada PPKI dari SMK Kajang Utama atas kesudian meluangkan
masa membuat lawatan penanda aras ke sekolah kami. Semoga
dengan kunjungan ini menjadi titik permulaan jalinan ukhwah antara
kita.

Saya ingin memberi sedikit gambaran tentang PPKI di sekolah ini,

1. Di sekolah ini, mempunyai bilangan guru-guru seramai 11 orang


bersama 1 orang Penolong Kanan dan 4 orang PPM.

2. Manakala murid-muridnya seramai 41 orang yang mempunyai


masalah pembelajaran seperti autisme, down sindrom, hyper
active, ADHD, Serebral Palsi, dan disleksia.

3. Kursus yang ada di sini ialah Kemahiran Hidup Masakan , KH Seni


kreatif, KH Dobi, KH Jahitan dan KH Cuci Kereta.

4. KEKUATAN PPKI SMK Aminuddin Baki Chemor

- Ada dalam kalangan murid-murid telah berjaya sambung belajar ke


Kolej Hazza dalam kursus Masakan. Di dalam bidang ‘carwash’
ada murid kita yang telah berjaya membuka perniagaan ‘Carwash’
di Klebang. Ada juga yang telah bekerja di kilang Carsem dan
Mydin Mall.
- Pada tahun ini kita telah menghantar wakil murid pendidikan khas
ke pertandingan hiasan meja makan VIP (pramusaji) sempena
Karnival Pendidikan Khas Peringkat Negeri dan kita telah berjaya
mendapat tempat ke-2.
- Pertandingan Futsal peringkat daerah kita telah mendapat tempat
ke-3 dan 2 orang daripada murid PPKI di sekolah ini telah terpilih
untuk mewakili daerah ke peringkat Negeri.
- Pertandingan Petanque pula, dalam kategori perempuan senior
kita telah mendapat tempat ke-3 dan kategori lelaki senior kita
telah mendapat tempat ke-2 di perigkat daerah.
- Pertandingan MTQ, murid PPKI di sekolah ini telah mewakili
daerah di peringkat negeri dalam hafazan dan syarahan.
- Dalam pertandingan olahraga 3 orang murid telah mewakili daerah
ke peringkat negeri.

5. KEKANGAN
- Kurang sokongan daripada pihak ibu bapa
- Kewangan untuk membeli peralatan yang lebih canggih
dan moden
- Penyelenggaraan dalam pendawaian dalam bangunan
PPKI kurang memuaskan kerana selalu berlaku ‘black
out’.
6. Harapan, semoga dengan lawatan penanda aras ini kita
boleh bertukar-tukar pandangan dan berkongsi idea untuk
memurnikan PPKI di sekolah kita.
7. Sekian sahaja daripada saya, semoga kita bertemu lagi.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai