Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


2022/2023

Terima kasih,
Pengacara Majlis…

Yang Berusaha,
Encik Joseph Tindan,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Limbang,
Unit Pembangunan,
Sektor Pembelajaran,
Wakil PPD Limbang.

Yang Berusaha,
Naib Yang Dipertua PIBG SK Telahak,
Encik Mohd Alizan bin

Yang Berusaha,
Ketua - ketua Kampung,
Rakan - rakan Guru Penolong Kanan,
Barisan Guru,
Barisan Staf,
Ahli - ahli exco PIBG,
Barisan ibubapa,
Dan murid - murid sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam


Malaysia Madani. Alhamdulillah, seiring kita menadah
tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah
SWT, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah
dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam  Majlis 
Anugerah Kecemerlangan Murid SK Telahak bagi sesi
persekolahan 2022/2023.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan


berbanyak - banyak terima kasih kepada Yang Berusaha
Encik Joseph Tindan sebagai wakil kepada Pegawai
Pendidikan Daerah Limbang beserta rombongan kerana
sudi menghadiri majlis kita pada pagi ini.

Hadirin sekalian,
Majlis yang diadakan pada pagi ini khusus untuk
meraikan kejayaan anak-anak dalam bidang akademik
dan bidang kokurikulum. Kami menggunakan kaedah
penilaian PBD Berterusan dan juga telah melaksanakan
Ujian Akhir Sesi Akademik selaras dengan kehendak
KPM pada Januari yang lepas. Inilah keputusan yang
telah diperolehi, dan pada hari ini kita dapat lihat anak -
anak telah bersedia untuk memperolehi ganjaran
setimpal usaha yang telah dilakukan. Tahniah dan
syabas diucapkan kepada semua murid.

Kepada murid yang tidak menerima penghargaan pada


hari ini, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan saya
ini. Untuk menjadi seorang murid yang cemerlang,kita
harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah
berputus asa. Berpeganglah pada prinsip alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Saya
percaya murid-murid yang mendapat sijil, hadiah dan
anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin
berusaha dan konsisten dalam usaha. Mereka yang
cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan
bukannya rajin menjelang peperiksaan semata-mata
atau rajin mengikut musim. Saya percaya jika para
pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima
anugerah pada hari ini,anda juga pasti akan berada di
kerusi tersebut pada tahun akan datang.

Oleh itu, besarlah harapan saya agar pihak PIBG dan


pihak sekolah dapat bersama - sama mengukuhkan dan
memantau aktiviti membaca buku di rumah.
Gunakanlah manfaat ketika cuti persekolahan yang akan
datang dengan mengulangkaji pelajaran .Semoga anak -
anak dapat mendapatkan manfaat dan dapat
memantapkan lagi kemahiran dalam mendalami
kemahiran - kemahiran yang asas seperti kemahiran
membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Sebelum mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan


ribuan terima kasih kepada semua pihak khususnya
barisan guru dan staf SK Telahak , barisan EXCO PIBG,
dan pihak ibu bapa yang telah bertungkus lumus
menyiapkan persediaan bagi penganjuran majlis kita
pada pagi ini. Semoga kerjasama seperti ini sentiasa
dijadikan amalan bagi program - program yang akan
datang.

Sekian dari saya. Assalamualaikum WBT.

Anda mungkin juga menyukai