Anda di halaman 1dari 2

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SELAMAT PAGI

Terima kasih kepada pengerusi majlis

Yang Berusaha, Encik Salleh Bin Jahaya, Guru Besar Sek. Keb. Sukau

Yang Berbahagia, Encik Norsin Bin Gapar, Penolong Kanan. Kurikulum

Puan Faridah binti Ghani, Penolong. Kanan HEM

Encik Jusri Dandan, penolong kanan Ko-kurikulum

para tetamu jemputan

guru-guru

ibu bapa

dan anak-anak yang dikasihi sekalian

Pertama sekali, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kerana


dengan keizinannya, kita semua dapat berada dalam Majlis Anugerah
Kecemerlangan SK. Sukau bagi tahun 2018. Tahniah diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat kerana telah berjaya menganjurkan majlis yang
ditunggu-tunggu ini dengan jayanya.

Hadirin sekalian,

Hari Anugerah Kecemerlangan adalah hari pencapaian akademik diukur dan


diberi penghargaan. Hal ini tidak bermaksud pencapaian murid dari segi
sahsiah dan kokurikulum tidak dipandang. Oleh sebab itu, tokoh-tokoh murid
mewakili bidang kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum turut diberi
penghargaan yang tinggi dalam majlis ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Anak-anak kita biar lelaki mahupun perempuan mempunyai personaliti yang


berbeza dan keupayaan yang berlainan antara satu sama lain. Anak-anak kita
ada yang pintar dalam akademik, ada yang mudah belajar kemahiran-
kemahiran di luar bilik darjah dan ada pula yang sangat handal bersukan. Biar
apa pun kemahiran yang mereka ada, itu sangat penting untuk mereka
kerana apa yang dipelajari hari ini akan dibawa ke masa hadapan. Kalau
anak sudah cerdik pandai dalam akademik, bolehlah diajar kemahiran-
kemahiran lain yang belum dikuasai. Sekiranya anak pintar dalam kemahiran,
kita sebagai ibu bapa di rumah, ajarlah anak sedikit sebanyak dalam
pelajarannya. Walaupun begitu, kejayaan anak kita pada hari ini tidak
bermakna sekiranya sahsiah dan akhlak mereka tidak seiring.

Hadirin sekalian, guru hanya mengajar di sekolah tetapi kita sebagai ibu bapa
adalah guru pertama anak-anak kita. Pembelajaran tidak sahaja berlaku di
sekolah tetapi ia bermula dan akan terus ada di rumah. Murid hanya ada di
sekolah sekitar 6 ke 7 jam manakala selebihnya mereka ada di rumah. Maka,
tanggungjawab kitalah untuk meneruskan pendidikan yang anak-anak kita
terima di sekolah dengan membantu mereka mengenal adab dan akhlak.
Tanpa adab, tiadalah peradaban dan kemajuan.

Sebagai ibu bapa, kita harus sedar bahawa kejayaan yang sebenar bukan
dilihat dengan sijil, bukan juga dengan kekayaan. Ketika kita semua berjaya
melihat wajah Tuhan di dalam syurga, maka itulah kejayaan yang sebenar,
nikmat yang tiada bandingnya.

Sekian sahaja ucapan saya pada hari ini. Tahniah saya ucapkan kepada
anak-anak yang menerima anugerah dan juga kepada setiap warga
SK.Sukau dan PIBG atau mana-mana pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam majlis ini.

Dengan ini, saya merasmikan MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


SEKOLAH KEBANGSAAN SUKAU BAGI TAHUN 2018.

Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai