Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MESYUARAT AGUNG PIBGK KALI KE- 41


23 MAC 2019 (SABTU)
DEWAN TERBUKA SK GOPENG TAMAN GOPENG BARU

Bismillahirrahmaniirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Saudari Pengerusi Majlis.

1. Yang Berusaha, Dr. Mior Hamdan Bin Haji Ghazali, KPPD Kinta Selatan.
2. Yang Dihormati En. Mohd Faizal Bin Replis, YDP PIBG.
3. Yang Berusaha, Encik Zailan Bin Khalid, Guru Besar SK Gopeng Taman
Gopeng Baru.
4. Barisan Penolong Kanan,
5. AJK PIBG,
6. Guru-guru, Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan
izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena Majlis
Mesyuarat Agung PIBGK kali ke-41 bagi Sekolah Kebangsaan Gopeng Taman
Gopeng Baru. Saya merakamkan ucapan terima kasih di atas jemputan untuk hadir
ke majlis hari ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan Jawatankuasa PIBGK
kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat
ini.

Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

Tugas dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan guru semakin hari semakin
berat di zaman yang kian mencabar ini.Ianya bukan seperti zaman ibu dan ayah kita
mendidik kita dahulu. Untuk membolehkan kita mengamalkan corak didikan ibu bapa
kita dan guru masa lalu bukanlah perkara mudah terutama di tahun yang mendatang
ini. Di mana titik perubahan yang menjadikan tugas ibu bapa semakin sukar.
Adakah kerana zaman yang berubah atau kerana sistem pendidikan ataupun
sememangnya kerana kesilapan ibu bapa masakini dalam mendidik, mengajar dan
mengasuh anak-anak? Begitu juga dalam bab disiplin anak-anak kita, dari zaman
pra-sekolah, sekolah rendah dan kini menempuhi alam remaja. Jika tanpa
bimbingan yang sempurna bermula dari institusi keluarga dan disokong oleh sistem
pendidikan dan pembangunan akhlak anak kita di sekolah, sudah tentu lagi cepat
anak-anak kita terjerumus ke arah perkara yang tidak elok.

Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

Oleh disebabkan itulah, PIBG sekolah memainkan peranan yang penting dalam
institusi sekolah. Ianya bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa
dan guru di sekolah yang berkenaan. Permuafakatan ini diharapkan dapat membina
kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan
mutu pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid sekolah selain
mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa serta
komuniti setempat.

Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru-


guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malahan perlu
seiringan dengan kecemerlangan murid dari segi aspek akademik, sahsiah dan
kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa dan komuniti setempat. Kita tidak
boleh menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kepada pihak sekolah
semata-mata. Amat molek kiranya kita boleh duduk berbincang tanpa ada rasa
sangsi. Dalam konteks ini pihak PIBG perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang
kearah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan murid, guru serta
pembangunan sekolah.

Tuan-Tuan, Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian

Marilah kita renung dan fikirkan bersama. Janganlah kita alpa. Kerana cabaran
anak-anak kita di masa hadapan pastinya lebih mencabar. Kalau tidak, kita yang
bekalkan mereka dengan ilmu , didikan dan disiplin yang sempurna, nescaya kita
akan saksikan mereka tersasar jauh dari landasan satu hari nanti.
Guru-guru di SK Gopeng Taman Gopeng Baru ini mempunyai tanggung jawab besar
mengajar ilmu kepada anak-anak Tuan-Tuan dan Puan-Puan. Tetapi ianya tidak
mengurangkan atau melepaskan amanah dan tanggung jawab kita sebagai ibu bapa
dalam mengasuh dan mendidik mereka menjadi anak yang soleh dan solehah,
menjadi orang yang berguna dunia dan akhirat. Marilah kita bimbing mereka
bersama-sama.

Oleh yang demikian, ibu bapa mestilah sama-sama berperanan memperelokkan


gabungan kedua-dua institusi ini dalam PIBGK SK Gopeng Taman Gopeng Baru.
Semoga Allah s.w.t merahmati dan memberkati usaha dan kemampuan kita semua
ibu bapa dan juga semua guru SK Gopeng Taman Gopeng baru dalam mendidik
anak-anak kita cemerlang dunia dan cemerlang di Akhirat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan

Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil kesempatan di sini untuk
mengucapkan terima kasih atas jemputan ke majlis pada pagi ini. Harapan saya
ialah supaya Mesyuarat Agung PIBGK Kali ke-41 ini akan dapat berjalan lancar dan
teratur. Dengan harapan itu, saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat
Agung PIBGK kali ke-41 Sekolah Kebangsaan Gopeng Taman Gopeng Baru bagi
tahun 2019 .

Sekian, Wabillah Hitaufik Walhidayah

Assalamu’alaikum warahmatullah Hi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai