Anda di halaman 1dari 2

Panduan Membuat Kritikan Artikel Jurnal

olehWasilah Pendidikan Khaspada pada 22hb Februari 2012 pukul 10.12 ptg ·
Gunakan panduan berikut untuk membantu anda dalam melaksanakan tugasan Kritik

ArtikelJurnal tersebut: 
1. Persediaan untuk kritik - baca (skim) keseluruhan artikel untuk mendapatkan maksud
keseluruhan (overall view) ~ bacasepintas lalu- Lihat tajuk dan ingat untuk mencari maklumat2
yang diperlukan- Baca dengan teliti artikel, cari isi-isi penting 
2. Menulis Kritik 

Pengenalan : secara ringkas, laporkan sinopsis artikel 

Body (badan kritik) 

Penyataan Masalah (2-4 perenggan)


a. Tentang apa? Adakah signifikan/berkaitan? Adakah ia dinyatakan dgn jelas ataudiserahkan
kpd pembaca untuk menanggap?
b. Adakah penyataan yg jelas tentang : tujuan/objektif kajian, hipotesis/teori yg digunakandlm
kajian dan definisi / terma khusus yang digunakan dalam kajian. 

Sorotan Kajian ( 2-3 perenggan)


a. Bagaimanakah sumber yang dinyatakan/dipetik sesuai dengan tajuk kajianb. Adakah sorotan
terlalu luas / terlalu sempitc. Adakah artikel yg disorot yg terbaru / lama. Adakah sorotan
tersebut mencukupi?d. Apakah bukti yang ada bias / sepenuhnya ditulis secara objektif  3.
Design (bentuk) dan Prosedur (3-6 perenggan)

 NOTA:

 Inilah jantung kritikan anda!


a. Apakah jenis metodologi kajian yang digunakan? 
b. Adakah bentuk kajian bentuk replika/ kajian terdahulu / kajian asal (asli)
c. Apakah alat kajian yang digunakan? Adakah alat kajian tersebut cukup/dapat
mengukur sampel kajian?
d. Adakah prosedur kajian dirancang dgn teliti dan berstruktur?
e. Adakah alat kajian telah diuji - ujian rintis (pilot test). Apakah impak ujian rintis
terhadapimplementasi prosedur?
f. Adakah prosedur jelas sehingga dapat direplikakan?
g. Apakah wujud pembolehubah (variables) dan bagaimanakah variables tersebut
dikekalkantahapnya?
h. Adakah pemilihan sampel kajian mencukupi dan sah ?

Analisis Data dan Persembahan (2-4 perenggan)


a. Bagaimanakah analisis data artikel tersebut? 
b. Apakah jenis data yang dipersembahkan? (qualitatif, quantitatif - rajah, jadual, graf,
diagram, pai)
c. Adakah dapatan kajian menyokong hipotesis awal/tujuan kajian? Adakah dapatan
tersebut positif / negatif?
d. Adakah kelemahan, masalah yang dinyatakan telah dibincangkan secara jujur/telus
danterbuka? 

Rumusan dan Implikasi ( 1-2 perenggan)


a. Adakah data menyokong rumusan yang dibuat 
b. Adakah rumusan berkaitan dengan tujuan asal kajian?
c. Apakah implikasi kajian dibuat?
d. Apakah perbezaan audiens pembaca dinyatakan dalam implikasi kajian tersebute. Adakah
cadangan kajian selanjutnya dinyatakan dlm kajian tersebut?

 Penutup : Apakah penilaian keseluruhan anda terhadap artikel tersebut?

Anda mungkin juga menyukai