Anda di halaman 1dari 1

Hasil Pembelajaran 4.1.

1 Menyatakan organ pernafasan haiwan

Hasil pembelajaran 4.1.1 adalah pada Tahap Penguasaan 1. Menyatakan diletakkan pada aras pertama
Taksonomi Bloom iaitu aras mengingat. Guru mentargetkan kesemua pelajar Kelas 4 Tulip dapat menyatakan
keempat-empat jenis organ pernafasan haiwan iaitu Peparu, Insang, Kulit Lembap dan Spirakel.

Hasil Pembelajaran 4.1.2 Memberi contoh haiwan dengan organ pernafasannya

Bagi hasil pembelajaran yang kedua pula menyatakan dan memberi contoh haiwan lain adalah berada pada aras
kedua Taxanomy Bloom iaitu memahami. Pelajar dapat menerangkan konsep dan ini dapat dilihat apabila pelajar
memberi contoh haiwan lain yang menggunakan organ pernafasan yang sama. Sebagai contoh guru
menunjukkan gambar seekor katak dan pelajar perlu memberi contoh haiwan lain yang sama organ pernafasan
dengan katak. (ms31-32)

Hasil Pembelajaran 4.1.3 Mengelaskan haiwan mengikut organ pernafasan

Pada hasil pembelajaran KBAT ini guru memilih aktiviti mengumpul dan mengelas (Grouping and Classifying).
Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria
tertentu seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. HP bagi pengajaran in, murid perlu
mengelas haiwan mengikut kumpulan organ pernafasannya yang betul. (ms83)

Anda mungkin juga menyukai